Monday, February 11, 2008

Cerita-cerita Cuti

A'kum..salam pagi Isnin... lepas 4 hari cuti, so sama2 la kita kembali bekerja. Heheheh.. Cuti Tahun Baru Cina, ramai yang tanya...axa tak kemana2 ke.. maybe sebab axa selalu je ada plan jalan2. Cuti kali ini memang axa dan family hanya lepak dan rehat kat rumah.. buat aktiviti kekeluargaan. Patutnya plan awal nak gi Janda Baik, tapi dibatalkan atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. So... duk umah je la...tapi axa masih banyak aktiviti even tak gi bercuti ke mana2...


Rumah Kami

Hari Khamis, sebelah pagi bawak Ibu (mak mertua) gi tengok rumah KAMI yang dah siap tu. Seronok betul sebab memang tak lama lagi la kami akan pindah masuk. Tunggu dapat kunci je la ni.. Belah petang, datang lagi..kali ni bawak mak, ayah ngan adik pulak. Duk rancang apa yang nak dibuat nanti.. nak tanam apa...heheh.. so excited. Yang best, depan rumah kami ada taman yang hijau....ada jogging track, dan ada reflexology area, betul2 depan umah axa. Memang sengaja ayah aszra pilih rumah tidak berdepan ngan rumah orang even harganya kat 10K juga la berbeza dengan rumah2 di jalan yang lain...



Depan rumah kami


Beriadah @ Central Park

Lepas lawat rumah KAMI, singgah kat Central Park pulak. Dua hari berturut2 axa ngan adik jogging kat situ. Ayah Aszra main basket ball, Wan ngan Atok pulak, layan aszra main kat playground.






Swimming @ Pusat Akuatik Shah Alam


Pagi Sabtu, kami bertiga ke Pusat Akuatik Shah Alam. Dah kat dua bulan tak gi swimming. Ayah Aszra habiskan 20 laps kat adult pool..dan axa ngan aszra main2 kat baby pool....




Chocolate Marble Cake


Balik dari swimming, axa terus masuk dapur. Memang dah berangan2 nak buat kek ni. Sekali lagi dapat dr Julia. Thanks... Actually nama kek ni Kek Marble Susu, tapi axa letak lebih banyak coklat, maka jadi lah Chocolate Marble Cake namanya..sedap...



Aszra jadi model kek ibu


Kenduri Arwah

Belah malam... kami sekeluarga ke kenduri arwah kat umah Ucu Bik (adik ayah) kat Kg Tok Muda. Ucu bik ni kawin ngan orang Jawa..so time makan ..kami dijamu dengan Nasi Ambang (nasi yang dihidang dalam dulang..campur ngan lauk pauk sekali.). Ni kali kedua axa makan nasi ambang. Jenuh nak menghabiskan satu dulang wooo...



Aszra yang sibuk nak pakai tudung gi kenduri

Aszra in action


Biasala..memang banyak tentang aszra yang nak diceritakan. Kiranya, aszra ni watak utama dalam blog axa ni. Di usia meningkat ke 1 tahun 8 bulan.. banyak perkembangan yang axa dapat tengok. Sekarang ni.. hampir semua watak cartoon yang dia ada kat rumah, dia dah kenal..kalau nampak kat tv je, cepat2 cari. Cthnya..kalau ada Barney kat tv..dia akan sibuk pegang Barney sambil tengok tv. La ni..sejak ada astro kat umah Wan..kami ni kena beralah sebab bila2 je aszra akan mintak tukar chanel cartoon.. malam2 pun dia nak.. tapi bukan all the time la..ikut mood dia. Tak kisah la.. as long axa tahu...my little girl ni memang grown up as a normal kid.

Tak tahu la dia call saper

Busy sms.. entah saper la tuh.

4 comments:

mak farhah said...

cantik umah baru axa. kat kwsan mana tuh?

as a.k.a axa87 said...

rumah KAMI tu kat Bandar Setia Alam. Ni bandar baru..sempadan Shah Alam dgn Klang. Bandar ni under SP Setia nya development

auntie sato said...

so sweet.. :)

adriantai said...

i dengar VP pada bulan april... :)