Monday, January 14, 2008

Kala Hujung Minggu

A'kum..salam pagi isnin..lega pagi sebab aszra tak nangis masa ibu nak pergi kerja. Aszra makin faham bila ibu ckp ibu nak pergi kerja... good girl anak ibu.


Ladies League

Mulai Jumaat lepas, axa sertai ladies league anjuran persatuan bowling wanita Selangor dan Wilayah di Pin Junction, Damansara. Selalu main dengan lelaki...kali ni semua perempuan. Hebat2 diaorg ni. Ada yang umur cecah 50 tapi maintai lagi. Hopefully axa akan banyak belajar kat sini.

Terpaksa hati2 bermain sebab baru nak kumpul handicap..hehehe strategi..

DIGI & EDGE

Pagi sabtu, tak pernah2 masuk Digi Center.. kali ni pergi jugak.Yer la..kami sekeluarga peminat setia Maxis. Tapi disebabkan i-phone ni guna Digi...so gi le ke situ. Tujuannya...nak aktive kan EDGE. Cool la i-phone Mac ni. Wish I can have one..huhuhu... Good Luck to Ayah Aszra.

Aszra the Female Guitarist in the making

Kat mana kalau tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Hehheh... macam axa citer minggu lepas.. aszra minat music. Selama ni aszra asyik petik gitar ibu yang besar, tapi kali ni wan belikan aszra gitar kecik. Punya la dia suka. Dia pandai pegang... pandai petik, siap nyanyi2 lagi. Bila ayah atau atok main gitar...dia pun main gitar jugak... cool anak ibu..heheh.

Aszra yang sibuk ngan gitar sampai tak sempat sikat rambut


My cutie pie

Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM)


We all gi tengok movie mid night arahan Mamat Khalid ni kat TGV Bukit Raja. Tiba2 je rasa nak tengok lepas tengok iklannya siang tuh. Memang axa follow filem arahan si Mamat ni.. Lang Buana, Zombie Kampung Pisang. Semuanya menghiburkan hati. Dan KMBM ni pun tak menghampakan. Filem komedi penyiasatan yang seram..heheh. Bagi axa, Mamat Khalid ni kreatif dan berani buat filem mcm ni. Filem hitam putih tuh... teringat zaman dolu2. Kalau kite boleh layan citer mat saleh 'Sin City'.. why not tengok KMBM ni. Lain dari yang lain. Kalau pengarah2 Malaysia boleh kreatif mcm Mamat Khalid ni...InsyaAllah industri perfileman M'sia akan berubah wajah. (ala2 pengkritik filem la pulak..huhuh)


Gambar ni diambik menggunakan i-phone. Not bad.

Sebuah kisah pertunangan


Ahad pagi... axa dan keluarga gi menghantar rombongan meminang anak ucu yang sulung, Hafiz. Pertunangan ni dirancang dengan sekejap saja. Perkenalan Hafiz dan Saadah ni pun baru 1 bulan, tapi itu la JODOH namanya. Kami ni saudara mara ikut je.. tak kisah la siapa pilihan hatinya, asalkan boleh ngam ngan kami..hehehe.. biasa la..cousin2 Hafiz ni semuanya poyo2 belaka. Huhuhuh.....Tahniah buat Mohd Hafiz Md Isa dan pasangannya Nor Saadah Jantan.

Ucu baru lepas sarung cincin.. jangan nangis lagi la ucu


Cousin2 yang poyo..heheheh....

No comments: