Monday, January 28, 2008

Cerita Hujung Minggu - MB 5th Annual Tournament


A'kum...salam pagi Isnin. Sebelum axa buat kerja...so update jap. Pagi ni sangat mengantuk dan letih. Weekend yang penat. Sabtu.. axa dan ayah aszra concentrate buat preparation untuk MB 5th Annual Tournament.. gi ofis, pastu gi Mydin Mall kat Subang, cari la apa2 yang patut. Not bad jugak Mydin Mall ni.. tak mcm Mydin2 yang lain.. ada class. (teringat zaman axa kerja part time cuti semester kat Mydin Klang..pernah la merasa pakai baju kotak2 biru tu..hehehe).



Ahad. Seawal 8 pagi axa, ayah aszra , aszra dan adik (tukang jaga aszra) dah bergerak ke Pin Junction, Cineleisure, Damansara untuk MB 5th Annual Tournament 2008. Pada saper2 yang tak tahu, ni event wajib setiap awal tahun, selain dari kejohanan2 lain yang MB (Malaysian Bowlers) anjurkan. Ramai juga yang turun kali ni. Selain ahli dr Lembah Klang.. ada juga ahli dari Melaka yang turun memeriahkan kejohanan kali ni. Masing2 hebat belaka.


Kejohanan bermula pukul 10.45 pagi dan berakhir dengan pusingan akhir stepledder pukul 5.00 petang. Kami AJK2 ni memang terasa kepenatannya. Tapi enjoy sebab dapat jumpa ramai ahli2 MB yang lama dan baru. Axa sendiri ..alhamdulillah, mendapat tempat ke 8 kategori wanita. Hadiah disampaikan oleh Shalin Zulkifli (kategori wanita) dan Azidi Ameran (kategori lelaki). Lepas tu.. apa lagi, AJK2 MB yang hadir ni..bergerak ke McDonal untuk MAKAN.. lapar woooo....


AJK yang sibuk


Axa dapat tempat ke 8 (wanita). Shalin sampaikan hadiah.


Aszra yang dah kepenatan

On the way balik.. sempat lagi singgah ke Setia Alam..jenguk rumah KAMI. Pastu sempat lagi main kat park ngan aszra. Balik rumah.. memang dah flat je.. tapi mengenangkan AJL.. so bertahan la.. AJL start 8.30 mlm. Ramalan ayah aszra tentang Estranged memang benar belaka. Sejak kumpulan tu di annouce masuk final lagi..ayah aszra dah kata.. mesti diorg menang. Antara persembahan yang axa rasa best.. Jinbara (Acoustic gitar dia sangat cool).. Fazlee Zainal (key lagu tu berubah2..even fazlee ni ada terkucil jugak), Mawi (menghiburkan sampai aszra tak berhenti berjoget) dan Estranged(sangat best..aszra siap ambik gitar dan main sekali). Lepas tu.. apa lagi.. TIDUR. Heheheheh...

Walaupun sekejap.. tapi kami enjoy!

5 comments:

Anonymous said...

macam kenal "ajk yg sibuk" yang duduk tu.rasa kenal sangat..

Unknown said...

yang duduk tu tengah ada penyakit buatan org tu.. tu yang kena duduk tu..eheheh...

Anonymous said...

terserlah betol muka gembira aszra naik buaian tuh.. ;) a moment to be remembered..

shahril aley said...

congrats dapat no.8 at least ade hadiah gak. hehehe.... lama tak jengguk sini :)

Unknown said...

sato.. tu kan masa balik dr annual tu.. nampak je buaian memang dah tersengih. Siap tak nak turun dari buai tu. Tapi ibu aszra pun seronok juga sebab dah lama tak naik buai.. sib baik muat2 je buaian tu..hehehe

shahril.. boleh la, tapi kecewa jugak sebab dipertengahan game dah dpt top 3..bila dah last game terus drop no 8.