Monday, January 28, 2008

Cerita Hujung Minggu - MB 5th Annual Tournament


A'kum...salam pagi Isnin. Sebelum axa buat kerja...so update jap. Pagi ni sangat mengantuk dan letih. Weekend yang penat. Sabtu.. axa dan ayah aszra concentrate buat preparation untuk MB 5th Annual Tournament.. gi ofis, pastu gi Mydin Mall kat Subang, cari la apa2 yang patut. Not bad jugak Mydin Mall ni.. tak mcm Mydin2 yang lain.. ada class. (teringat zaman axa kerja part time cuti semester kat Mydin Klang..pernah la merasa pakai baju kotak2 biru tu..hehehe).



Ahad. Seawal 8 pagi axa, ayah aszra , aszra dan adik (tukang jaga aszra) dah bergerak ke Pin Junction, Cineleisure, Damansara untuk MB 5th Annual Tournament 2008. Pada saper2 yang tak tahu, ni event wajib setiap awal tahun, selain dari kejohanan2 lain yang MB (Malaysian Bowlers) anjurkan. Ramai juga yang turun kali ni. Selain ahli dr Lembah Klang.. ada juga ahli dari Melaka yang turun memeriahkan kejohanan kali ni. Masing2 hebat belaka.


Kejohanan bermula pukul 10.45 pagi dan berakhir dengan pusingan akhir stepledder pukul 5.00 petang. Kami AJK2 ni memang terasa kepenatannya. Tapi enjoy sebab dapat jumpa ramai ahli2 MB yang lama dan baru. Axa sendiri ..alhamdulillah, mendapat tempat ke 8 kategori wanita. Hadiah disampaikan oleh Shalin Zulkifli (kategori wanita) dan Azidi Ameran (kategori lelaki). Lepas tu.. apa lagi, AJK2 MB yang hadir ni..bergerak ke McDonal untuk MAKAN.. lapar woooo....


AJK yang sibuk


Axa dapat tempat ke 8 (wanita). Shalin sampaikan hadiah.


Aszra yang dah kepenatan

On the way balik.. sempat lagi singgah ke Setia Alam..jenguk rumah KAMI. Pastu sempat lagi main kat park ngan aszra. Balik rumah.. memang dah flat je.. tapi mengenangkan AJL.. so bertahan la.. AJL start 8.30 mlm. Ramalan ayah aszra tentang Estranged memang benar belaka. Sejak kumpulan tu di annouce masuk final lagi..ayah aszra dah kata.. mesti diorg menang. Antara persembahan yang axa rasa best.. Jinbara (Acoustic gitar dia sangat cool).. Fazlee Zainal (key lagu tu berubah2..even fazlee ni ada terkucil jugak), Mawi (menghiburkan sampai aszra tak berhenti berjoget) dan Estranged(sangat best..aszra siap ambik gitar dan main sekali). Lepas tu.. apa lagi.. TIDUR. Heheheheh...

Walaupun sekejap.. tapi kami enjoy!

Friday, January 25, 2008

Cerita tentang kami

Salam tengah hari Jumaat. Axa agak sibuk lately.. ada 3 kerja yang menunggu dateline. 1 hari ni.. iaitu petang nanti (presentation).. dan 2 lagi, mengikut kata bos, kena siap lepas dapat gaji (semalam) tapi sebelum hari wilayah (1 Feb). So.. kena siap by 31 Januari la.. Bos axa yg sorang ni memang seorang yang suka berkias-kias.. kadang-kadang tak faham apa yg dimaksudkan. Kena fikir sejenak baru leh buat kesimpulan....hehehe.


Sepanjang minggu kerja ni tak ada apa yang menarik sangat. Selain kerja, axa banyak habis kan masa untuk buat preparation MB 5th Annual Tournament 2008 yang akan berlangsung Ahad ni. Banyak yang tak settle lagi ni. Cuti Thaipusam hari tu... sibuk siapkan kad2 ahli MB ni. Sempat jugak jenguk rumah KAMI yang dah siap.. nampaknya tinggal kerja2 touch up2 je tuh. Mana2 simen yang tak rata..nampak sedang di ratakan. Depan rumah KAMI ada taman.. tak sabar nak dapat kunci dan duduk situ.. Barang2 untuk rumah KAMI pun banyak yang dah dibeli. Lampu..perabot, semua dah ada...tinggal masuk je..hehehe...


Ok la.. tak ada apa nak cerita lagi. Bawah ni ada gambar my little good girl. Seronok tengok perkembangan dia.. kali ni dia dengan snow cap ayah. Siap paksa ayah pun pakai sama...(tapi ayah kena pakai swimming cap la)... pastu paksa pakaikan kat bear dia tuh... Tiap2 kali balik kerja..walau penat mcm mana pun.. semua tu akan hilang bila tengok ASZRA!





Wednesday, January 16, 2008

Being an artis (Entry Perasan Hu Hu Hu)


A'kum..salam tengah hari Rabu. Last night, lepas ofis, axa dan 3 org officemate, gi shooting kat studio untuk projek BLESS. Huhuhu.. jadi artis gitu. Tak pasal2 je nama naik..ehhe. First time merasa shooting mcm ni. Satu scene yang ringkas tapi kena shoot banyak kali dan banyak angle. Dengan lighting.. dengar director sebut 'rolling..action'. Sib baik la, tak terkeluar "walau rupamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidung mu tetap menjadi pujaan hati ku".... Selesai shoot pukul 12 malam. (thanks ayah aszra teman kan axa.. suka gelakkan org je) Even rasa tension sebab menunggu director shoot talent lain.. tapi a good experience la.. but axa still bersyukur sebab axa kerja kat ofis.. bukan jadi artis..ehehe... Ada banyak gambar lagi kat Alam Setia


Sempat pose sebelum shooting



Time tengah shooting. Background biru.. director kata, diorg akan buat editing dan letak background real..

Tengah tengok 'Project Plan' dengan Tania

Monday, January 14, 2008

Kala Hujung Minggu

A'kum..salam pagi isnin..lega pagi sebab aszra tak nangis masa ibu nak pergi kerja. Aszra makin faham bila ibu ckp ibu nak pergi kerja... good girl anak ibu.


Ladies League

Mulai Jumaat lepas, axa sertai ladies league anjuran persatuan bowling wanita Selangor dan Wilayah di Pin Junction, Damansara. Selalu main dengan lelaki...kali ni semua perempuan. Hebat2 diaorg ni. Ada yang umur cecah 50 tapi maintai lagi. Hopefully axa akan banyak belajar kat sini.

Terpaksa hati2 bermain sebab baru nak kumpul handicap..hehehe strategi..

DIGI & EDGE

Pagi sabtu, tak pernah2 masuk Digi Center.. kali ni pergi jugak.Yer la..kami sekeluarga peminat setia Maxis. Tapi disebabkan i-phone ni guna Digi...so gi le ke situ. Tujuannya...nak aktive kan EDGE. Cool la i-phone Mac ni. Wish I can have one..huhuhu... Good Luck to Ayah Aszra.

Aszra the Female Guitarist in the making

Kat mana kalau tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Hehheh... macam axa citer minggu lepas.. aszra minat music. Selama ni aszra asyik petik gitar ibu yang besar, tapi kali ni wan belikan aszra gitar kecik. Punya la dia suka. Dia pandai pegang... pandai petik, siap nyanyi2 lagi. Bila ayah atau atok main gitar...dia pun main gitar jugak... cool anak ibu..heheh.

Aszra yang sibuk ngan gitar sampai tak sempat sikat rambut


My cutie pie

Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM)


We all gi tengok movie mid night arahan Mamat Khalid ni kat TGV Bukit Raja. Tiba2 je rasa nak tengok lepas tengok iklannya siang tuh. Memang axa follow filem arahan si Mamat ni.. Lang Buana, Zombie Kampung Pisang. Semuanya menghiburkan hati. Dan KMBM ni pun tak menghampakan. Filem komedi penyiasatan yang seram..heheh. Bagi axa, Mamat Khalid ni kreatif dan berani buat filem mcm ni. Filem hitam putih tuh... teringat zaman dolu2. Kalau kite boleh layan citer mat saleh 'Sin City'.. why not tengok KMBM ni. Lain dari yang lain. Kalau pengarah2 Malaysia boleh kreatif mcm Mamat Khalid ni...InsyaAllah industri perfileman M'sia akan berubah wajah. (ala2 pengkritik filem la pulak..huhuh)


Gambar ni diambik menggunakan i-phone. Not bad.

Sebuah kisah pertunangan


Ahad pagi... axa dan keluarga gi menghantar rombongan meminang anak ucu yang sulung, Hafiz. Pertunangan ni dirancang dengan sekejap saja. Perkenalan Hafiz dan Saadah ni pun baru 1 bulan, tapi itu la JODOH namanya. Kami ni saudara mara ikut je.. tak kisah la siapa pilihan hatinya, asalkan boleh ngam ngan kami..hehehe.. biasa la..cousin2 Hafiz ni semuanya poyo2 belaka. Huhuhuh.....Tahniah buat Mohd Hafiz Md Isa dan pasangannya Nor Saadah Jantan.

Ucu baru lepas sarung cincin.. jangan nangis lagi la ucu


Cousin2 yang poyo..heheheh....

Friday, January 11, 2008

Aszra's Cheese Cake Project


A'kum...salam pagi Jumaat, 2 Muharam 1429 H. Ramai orang cuti hari ni..ofis lengang. Ye la..masing2 nak cuti panjang since semalam kan cuti Maal Hijrah. Apa axa buat semalam?? Finally.. axa berjaya buat my own cheese cake. Thanks sangat2 kat Julia yang jauh di Rusia sana. Yang sudi kongsi resepi dan tak jemu nak jawab macam2 pertanyaan axa pasal cara2 nak masak cheese cake ni. Axa puas hati sangat2. Memang betul kata Julia.. kek ni boleh duduk kat Secret Recepi. He heheh... Sedap sangat... totally cheese. Ni la kali pertama axa cuba cuat cheese cake. First time dengar cara bakar cake kena letak air dlm oven. First time guna philedelpia cheese dan sour cream. Kek ni cost dalam RM 35. Sebab tu la cheese cake mahal kan. But.. dengan taste nya yang sangat sedap..its worth it. Lepas ni.. axa akan explore nak buat blueberry cheese pulak (favourite ayah aszra).


Sementara nak bagi cheese kek axa tu betul2 sejuk dan sedap untuk dimakan, kami sekeluarga gi AEON Bukit Tinggi. Baru buka awal bulan 12. Besar betul.. tak sempat jalan habis pun. Jumpa pulak cousin axa, Kak Ina sekeluarga.. Dah besar si Iman. Kat Jusco, kami belikan aszra study set. Memang dah lama axa berniat nak beli kerusi meja untuk aszra since dia memang suka tulis2, dan baca buku. So.. aszra dah pun dapat dan dia memang suka! He..he he.. nanti dah besar belajar pandai2 ok. (common hope from mak2 bapak..huhuhu..but InsyaAllah she will). Balik rumah terus sambar cheese cake tu. Memang la SEDAP. Hehehhe....


Cheese cake yang dah tinggal hampir separuh.


Aszra bergaya dnegan kipas


Ni la study set aszra. Busy betul anak ibu study...huhuhu

Wednesday, January 09, 2008

Selamat Tahun Baru 1429 Hijrah

A'kum...salam pagi Rabu. Sesuai ke gambar ni ngan tajuk axa...hehehe.. saja je..lama axa tak citer tentang aszra.. lately ni aszra dah pandai nak menyanyi. Pandai pegang mic, pandai pegang gitar ....dan terus menyanyi. Eventhough tak faham apa yg dinyanyikan... tapi dia memang nyanyi. Sometimes kalau dengar radio.. kalau ada sebut la la.. atau ohh.. dia akan follow..la la.. ohh... sangat buat axa terhibur. Aszra lahir dalam keluarga berdarah seni. Tak mustahil.. she'll love music too like us. Music je ke.. ngaji??? Tu yang buat axa rasa sejuk je perut mengandung kan dia.. dia kenal, jenis2 bunyi ni. Kalau dengar azan, org mengaji... dia akan angkat tangan mcm baca doa. Kalau nampak sejadah, dia akan bentang dan duduk atas sejadah + menonggeng (ala2 sujud)..kadang2 sampai tertiarap...(selalu tengok atuk sembahyang) dan lately ni dia nak mintak pakai telekung pulak... (sebab nampak wan pakai telekung). Dalam usia tak sampai dua tahun.. she capable buat mcm2 benda. Axa boleg suruh dia buang sampah, ambik bantal dr atas katil, ambik pampers.. banyak lagi. Pernah mengalir air mata axa terharu... bila masa tu dia tengah baring tengok tv, axa mintak dia ambik bantal...terus dia bangun, masuk bilik ..panjat katil..tarik bantal kekabu yang agak berat tuh...dan bawak bagi kat axa. Tuhan je tahu masa tu.. betapa axa bersyukur dikurniakan anak yang mcm ni... doa sangat...mintak kekal sampai aszra dewasa. InsyaAllah....


Ok la.. sempena tahun baru Islam ni...axa pun nak wish jugak..Selamat Tahun Baru buat semua umat islam. (takkan new year org putih je kite nak wish kan). Semoga.. buku baru yang akan dibuka lepas marghrib nanti, akan kita isi dengan amalan yang baik. Axa sendiri, akan cuba memperbaiki diri dan peribadi, amal ibadah... semoga diampun dosa2 lalu.. dan mohon diperkuatkan Iman untuk meneruskan kehidupan di tahun baru ini. Amin.. semoga 1429 H ini.. memberi banyak penginsafan untuk memuhasabah diri dalam membentuk kehidupan yang lebih baik dan cemerlang. Mudah-mudahan, kita sempat bertemu dihujung tahun akan datang. InsyaAllah....

Tuesday, January 08, 2008

Lagi-lagi Langkawi

A'kum...salam petang Selasa. Baru hari ni masuk kerja..Hari ni pun axa banyk habiskan masa kat bilik kendali maklum balas. Semalam axa cuti, penat sungguh.. plus nak spend time ngan aszra. Seronok main2 ngan dia.. Aszra pun dah mula tahu bila axa ada rumah atau tak.. mana2 axa pergi, masuk bilik, ke dapur semua dia ikut sebab takut kena tinggal. Sian aszra...ibu still kena pergi kerja. Tak sabar nak masuk rumah KAMI, tiap2 hari axa boleh main ngan aszra.


Ok la...just nak post gambar2 kat Langkawi weekend lepas. 3 hari kat situ... sangat letih. Ada kawan2 axa ckp seronok la dpt berjalan...mana ada berjalan ke mana2 pun. Bukan leh cuti2 Malaysia pun. Axa ni..urusetia merangkap peserta, so 2 kerja kena buat. Lagi satu pun, jadual kami memang pack dan tak sempat pun nak gi tempat2 menarik macam makam mahsuri ke.. dataran helang ke. Terterap je kat hotel. Bila petang dah letih...sempat jalan2 beli2 souvernir kat Pekan Kuah je..(hotel ni kat tengah2 pekan pun). Apa2..lega dah selesai...so, busy ngan report la pulak.. ini la dinamakan kerja kan....


Hotel Bayview, Langkawi

Axa tengah present outcome KRA. Dari penilaian outcome ni la.. strategic planning untuk BTM akan dihasilkan sepanjang 3 hari kat situ.(sib baik pernah belajar strategic palnning kat UITM dulu..)

Tengah discuss dengan seksyen Infra ICT


Malam minggu ada barbeku.. pening kepala sebab makan kambing


Dengan barisan urusetia



Bergambar ramai2 depan lobi hotel.. ni la muka2 yang buat Pelan Strategik BTM 2008.


Sunday, January 06, 2008

Salam dari Langkawi



A'kum....salam pagi Ahad dari Pekan Kuah, Langkawi. Sempat lagi axa update blog ni.. saja je nak merasa menulis blog dr sini..Axa masih di hotel... di bilik Aquamarine, Bayview Hotel, Langkawi. Masih dalam sesi rumusan Pelan Strategik BTM 2008. Bukan berkursus tapi buat kerja..... Axa akan bertolak balik ke KL naik flight pukul 5.40 petang ni. Rindu sangat kat aszra.

Ok la... nanti axa update lagi blog ni plus gambar2 kat sepanjang sesi ni. Nak siap2 balik...

Thursday, January 03, 2008

Cerita Tahun Baru 2008

A'kum....
Salam dipetang khamis. Axa banyak sangat kerja hari ni... esok sampai ahad, terbang ke Langkawi untuk BTM Strategik Planning meeting. Hari ni semua bahan nak kena settle.

Ok.. just nak share..cerita tahun baru. Malam tahun baru...axa dan ayah aszra lepak kat Nailis, Taipan, Subang. Hmm tempat cantik.. tapi not recommended la.. makanan, kureng sedap + orgnya yang tak berbudi bahasa. Spoil mood tahun baru axa malam tu. Sib baik air nya sedap dan nampak ceria.

Air je yang sedap...

Pagi tahun baru, kul 9.00 pagi..ija (cousin) call... mcm2 org mengandung ni mengidam. Kali ni Ija ajak gi Sg Congkak pulak. Hmm oleh kerana kami sekeluarga pun tak ada plan, so on je la.. kul 12 lebih dah sampai Sg Congkak. Sejuk giler air kat situ...Aszra sampai biru2 bibir.. tak tahan lama2. Yang berendam tak ingat dunia..biasala..ayah aszra, mamacu, angah dan ija...heheh. Sempat lah berpicnic makan tengah hari + makan kerang bakar. Kul 4.30 baru bertolak balik... letih la jugak... tapi berbaloi coz susah nak dapat masa bersama keluarga mcm ni...


KAMI


Aszra dan Sofia..dengan the only Aunties


Family kecil Ija


Aszra dan Sofia yang baru bangun tidur dalam khemah



Nuar kerja keras bakar kerang


Ni la..cousin2 rapat axa..


Susah nak dpt bergambar ramai2 mcm ni...

Wednesday, January 02, 2008

Salam Tahun Baru 2008

A'kum...salam di pagi Rabu. Hari pertama berkerja di tahun baru 2008. Sekejap je dah habis 2007. Ini bermakna...axa akan melangkah ke satu usia baru...di mana nombor pemulaan umur berubah. Hu hu hu...masuk era 30 an. Rasanya baru je cecah umur 20 ..heheh..Apa2 pun bersyukur sangat, masih dipanjangkan umur dan diberi rezeki untuk meneruskan kehidupan.


Antara peristiwa pahit manis 2007.


1. Alhamdulillah..selesai buat kenduri Cukur Jambul dan Aqiqah Aszra.
2. Axa kehilangan Mak Teh yang sangat axa sayangi secara mengejut.
3. Axa berjaya tamatkan IS (mini tesis) untuk master axa.
4. Gi holiday dengan keluarga kecil axa ke Kuching Sarawak.
5. Axa tukar kerja...after 7 years kerja bawah company yang sama.
6. Axa konvo untuk kali kedua (Konvo master)
7. Axa kehilangan sahabat baik axa.


Azam 2008?? hehe.. semua org akan cakap pasal azam bila masuk tahun baru. Axa pun ada azam.. tapi biar axa sendiri simpan dan sendiri capai..hujungn 2008 nanti baru boleh citer tercapai atau tak...ok.. Selamat Tahun Baru untuk semua..semoga 2008 akan menjanjikan kehidupan yang lebih bermakna. Good Luck!