Friday, May 11, 2007

Perginya seorang sahabat

Allahyarham Zulrushdi (kiri sekali) bersama axa, Frashad dan Zulkifli menjadi johan Kejohanan Boling dan Futsal Unitar 2004

A'kum.. salam dipetang Jumaat, penghulu segala hari. Hari ni boleh dikatakan hampir separuh office mate axa beramai2 ke menziarahi jenazah Zulrushdi Abdul Mutalib yang meng hembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 12.30 mlm tadi akibat penyakit kanser usus yang dikesan 6 bulan yang lalu. Jangkaan doktor tepat, hanya 6 bulan arwah mampu bertahan.

Zulrushdi kawan seofis axa. Axa tak pernah satu department tapi pernah satu division. Yang menyebabkan axa rapat dan baik dengan dia sebab kami berkongsi minat yang sama iaitu Bowling. Axa dan Zul pernah menyertai pertandingan bowling dalam satu kumpulan dan kami menang. Tak dapat dinafikan Zul memang pandai bab2 bowling ni. Selain tu, kebetulan abangnya Shamsul, pernah satu department dengan axa. So memang kami agak baik antara satu sama lain. Zul yang axa kenal dan semua orang di UNITAR ni kenal sebagai seorang lelaki yang berbudi bahasa dan agak pendiam tapi orangnya bijak pandai. Arwah berkelulusan Ijazah Aerospace dari universiti di US tapi dengan menggunakan sijil MCSEnya, arwah hebat dibidang teknologi maklumat. Itu yang axa kagum dengannya. Axa ingat lagi awal2 axa buat Master di Uitm axa mintak tolong dia untuk siap kan assignment axa terutama bab network. Axa bukan ingin mengenang tapi sekadar menyedar dan menginsafkan diri, seorang lagi sahabat axa pergi menghadap Illahi. Semoga roh Zulrushdi dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 insan yang soleh. Amin...

Al-Fatihah

1 comment:

kmnizam said...

semoga rohnya ditempatkan bersama org² beriman. sedih jgk baru jer semalam baca blog dia,tp alhamdulillah kerana dia sudah bersedia untuk kembali kepadaNya