Monday, May 14, 2007

Catatan Hujung Minggu yang penat

a'kum.. salam pagi isnin. Pagi ni axa datang agak awal. Ada kerja yang perlu dibereskan dengan cepat. Dua hari cuti umpama tak ada cuti pun... letih masih terasa. Badan penat, otak pun mohon rehat.

Sabtu, awal pagi axa dah bangun. Mengenangkan permintaan boss axa yang mahukan kerja axa disiapkan seawal pagi isnin menyebabkan axa membuat keputusan ke ofis. Bukan ni plan yang sepatutnya. Nak buat cam mana.. Lepas hantar ayah aszra ke Pusat Akuatik Shah Alam.. axa terus ke ofis. Jaja pun dah ada. Buat la apa2 yang patut. Kul 12.30 ayah aszra datang ke ofis dan lepas tuh terus balik rumah. Tak sampai setengah jam, keluar balik sebab ada wedding di Bangi. Bangi.. lama sungguh tak ke sana. Kali terakhir.. tahun 2004, teringat tayar pancit kat Shell fasa 1. Lepas wedding je, saja masuk ke sekitar UKM. Mengenang kembali zaman2 masa study. Melewati Kolej (dulu Kamsis) Aminuddin Baki, buat axa rasa sayu dan rindu pada semua kawan2. 3 tahun axa menjadi penghuni yang aktif. Jalan2 di sekitar, tempat axa menunggang motorsikal Honda C70 BBY 7420. Berjasa sungguh motor tuh, dari tahun 1 hingga tahun akhir ke mana2 je dengan motor tuh. Tu je yang mampu. Lagi pun fakulti sangat jauh dari kamsis axa. Kemudian, bergerak ke Fakulti Kejuruteraan, sebelum Fakulti Teknologi Sains Maklumat ada bangunan sendiri, kami semua belajar di Fakulti Kejuruteraan. Rindu sangat pada masa-masa lalu. Rabu ni 18 Mei, genap 10 tahun axa mendaftar diri sebagai mahasiswa UKM. Banyak nya kenangan2 axa kat sana. Lepas jalan2 kat Bangi, terus balik rumah. Sampai rumah pukul 6. Pukul 9 malam, axa terpaksa menghadiri satu perjumpaan yang sebenarnya hampir 2 tahun lebih axa tinggal kan. Bertemu dengan beberapa 'orang kuat' dan mendengar kata2 yang membakar membuat axa berfikir kembali untuk menyarung kembali jersi yang masih tersimpan rapi dalam almari baju axa. Dilema sebenarnya. Axa masih sayang untuk terus melupa dan meninggalkannya... tapi kadang2 risau andai axa tak mampu memberi komitmen yang baik seperti mana yang pernah axa lakukan dahulu. Sampai hari ni axa masih terus berfikir-fikir. Lampu hijau axa dah dapat dan keputusan sekarang di tangan axa, samada axa menekan pedal minyak atau terus parking dan keluar. Susah kan. Dan malam tuh, sampai pukul 4 pagi axa masih belum mampu pejam kan mata.

Ahad, seawal 7.30 pagi ayah dan ajak pergi sarapan kat Hakim. Jauhnya gi sarapan kali ni. Lepas sarapan, terus ke Pasar Besar Shah Alam, kat area stadium. Sempat la beli sehelai tudung. Lepas tuh terus balik. Kul 12.30 satu keluarga keluar balik ke Kenduri Aqiqah cucu saudara axa (dah tua axa ni ker?). Lepas makan, dalam kul 3 lebih, terus gerak pulak ke Kampung Baru Medical Center. Kawan seofis adik buat operation tulang belakang. Lepak situ setengah jam dan terus ke Cheras. Sampai rumah Cheras, rehat sekejap dan kul 6 terus bergerak ke Midvalley. Ayah aszra belanja kami semua makan Nandos sempena Hari Ibu. Kul 8.45 bergerak balik dan kali ni axa yang drive sebab nak cepat balik nak tengok Gangstar... Sampai rumah kul 9.30 malam. Tengok gangstar, Supernatural dan sambung buat kerja ofis kejap dan kul 12 lebih baru masuk tido. Tidur yang sangat nyenyak.. tanpa ada apa2 mimpi dan gangguan pun. Kalau la axa dapat tidur begini setiap hari kan bagus.... hmmmm

No comments: