Wednesday, May 09, 2007

Gangguan Seksual !@#$%^&*

A'kum...
Selama hampir 3 tahun, hari ni axa akan dedahkan kes gangguan seksual yang berlaku ke atas axa kerana axa mahu semua tahu, terutama mereka yang di OFIS axa bahawa, dikalangan kita terselit seorang LELAKI GILA SEKS! Dan jika lelaki ini membaca entry axa, ketahuilah.. anda sedang diperhatikan!

Axa menghadapi masalah ni sejak Mei 2004. Kali pertama axa menerima panggilan telefon melalui telefon ofis yang berunsur lucah! Tak perlu axa ceritakan apa yang disebut dan dikatakan, tapi cukup benar membuat axa marah ketika itu. Axa hanya mampu meletakkan telefon. Axa tak tahu nak meneka siapa lelaki ni, tapi axa abaikan dan menganggap ada org saja nak main-main. Kali kedua, bulan Jun 2004, ketika axa di Cherating, bercuti bersama keluarga. Axa menerima panggilan dari handphone axa dan sekali lagi orang yang sama. Kali ni dia menggunakan handphone juga. Namun bila axa call balik, dah off dah phone tuh. Sejak itu, axa menerima panggilan telefon terus menerus, boleh dikatakan sebulan paling kurang pun sekali la. Sampai la axa dah berumah tangga dan mengandung, lelaki ini terus call axa di handphone. Semakin lama semakin teruk bunyinya. Paham2 je la kan kalau lelaki yang dah gila seks macam ni. Lelaki ni tahu banyak tentang axa. Jenis kereta, tempat axa parking kereta kat ofis malah keadaan axa yang sedang mengandung pun dia tahu. Ini bermakna lelaki ni kenal dan dekat dengan axa. Ngeri kan. Kenapa axa kata lelaki ni orang kat ofis axa? Sebab tone panggilan telefon di phone ofis yang axa terima boleh membezakan ianya datang dari luar ofis atau dari dalam ofis axa sendiri. Dah lebih 2 kali, ia berbunyi menandakan panggilan tu datang dari dalam ofis! Sejak kerajaan mewajibkan semua nombor telefon bimbit didaftarkan, lelakitu hanya call ke ofis dan tidak pernah menggunakan no handphone yang pernah dia gunakan.

Kali terakhir axa menerimanya, hari ni pada pukul 1.08 minit tengah hari. Lelaki ni seakan tahu axa tidak keluar makan tengah hari. Dia ajak axa makan dan mula ckp2 pelik. Kesian lelaki ni kan..hanya berani di telefon.. tapi sebenarnya org begini adalah ORANG YANG SANGAT PENAKUT!

No comments: