Wednesday, May 30, 2007

Terlalu Cinta



Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi
Aku semakin tersiksa karena tak memilikimu
Kucoba jalani hari dengan pengganti dirimu
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu

Mengapa semua ini terjadi kepadaku

Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…

I am On Call

A'kum...
Jam kat pc ni dah kul 2.43 pagi. Hmmm... kenapa axa tak tidur? sebab axa sedang buat kerja. Untuk beberapa hari ni sehingga hujung minggu saya terpaksa 'on call'. Ala2 doktor kan. So tadi dah dapat call dari Pekan Pahang yang memaksa axa utk berjaga malam ni untuk siapkan kerja. Bila2 je boleh dapat call dari Pekan. Hmmm.. nak buat cam mana... kerja. Dada axa ni pun masih sakit lagi. Sesekali tarik nafas rasa sakit. Dah gi klinik pun masih tak ok. Ok la... nak kena sambung kerja. Tak tahu bila nak tidur ni... Good Night!

Tuesday, May 29, 2007

On her 1st Birthday


A'kum...
Salam di pagi selasa. Walau sedang sibuk pun masih sempat axa nak mencoretkan something kat sini. Ralat sebab semalam tak sempat nak wish coz sibuk sangat.

Semalam bersama 28 Mei 2007, ialah hari ulang tahu Aszra yang pertama. Axa cuti tapi terpaksa masuk kerja sebelah petang sebab ada urgent job yang nak kena settle. Sudahnya pukul 9 baru selesai. Itu pun masih banyak yang perlu di touch up. Semalam sempat juga keluar dengan Aszra dan ayah aszra ke One Utama dan makan di Secret Recipe. Even Aszra tak leh makan sangat, tapi Aszra makan brownies. Dia betul2 excited. Sorry Aszra, ibu sempat spent time dengan Aszra only half day. Tapi ibu janji we are going to have a very nice birthday party soon.

Semua tentang Aszra
1. Dia dah boleh berjalan by her own started on last friday.
2. Dia boleh suap makanan guna tangan kanan espcially roti.
3. Dia boleh pegang botol atau gelas untuk minum air
4. Dia boleh hisap air guna straw. (favourite drink..Ribena)
5. Dia dah pandai panggil axa BU..(sejuk je hati everytime dia panggil axa mcm tuh)
6. Dia suka buku.. dan dia pandai selak muka surat buku.
7. Dia boleh duduk dan tekan keyboard pc sambil pandang monitor (mcm dia tahu dia buat apa)

Banyak lagi tentang Aszra... tapi itu la... dia Aszra after setahun dilahirkan.. Iam proud to be IBU ASZRA.

p/s: nak wish juga.. Selamat Hari Lahir buat org yang axa anggap mcm abang dah...WAN MOHD ZAMILY WAN HASAN yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada hari ini 29 Mei 2007. Tahniah juga diatas perkahwinannya dengan Suziane Haslinda Suhaimi yang berlangsung pada 26 & 27 Mei 2007 di Kelantan. Semoga bahagia ke anak cucu....

Wednesday, May 23, 2007

RUMAH KAMI

a'kum.. salam di pagi Rabu. Axa sakit kepala dah beberapa hari... breathing pun tak betul sangat. Biasanya tu tanda2 stress. Hmm... naper la stress... biasa la.. ni la life. Kalau tak stress tak mencabar la kan.

Ahad lepas keluarga kecil axa ke Bandar Setia Alam utk program Meet Your Neighbourhood yang dianjurkan oleh SP Setia (developer Setia Alam). Kali ni khas untuk pembeli rumah jenis Arundina (Semi -D Attached) dari kul 2 - 4 ptg. Bagus la SP Setia ni.. anjurkan program mcm ni. Walaupun rumah tak siap lagi.. kami dah mula kena jiran tetangga. Rata2 Chinese..Family Melayu dan India tak banyak sangat tapi tu bukan masalah bagi axa pun. Axa tak kisah saper jiran axa as long we can live dengan baik kan. Mula2 program makan2.. banyak betul makanan...then ada game pastu kami semua di bawa naik bas melawat sekitar Bandar Setia Alam yang beratus2 ekar tu. Kat situ axa berkenalan dengan Adrian and his family...dia bakal jadi jiran terdekat dan axa sebab rumah dia selang sebuah dengan axa. Then Adrian jugak introducekan axa dengan www.setiaalam.net. Memang menarik.. Web site ni khas untuk pembeli2 rumah di Setia Alam dan Setia Ecopark untuk berkenalan dan berkongsi idea mahupun masalah sesama sendiri. Axa benar2 suka dengan komuniti yang mcm ni. Even nanti kami ni susah nak jumpa secara fikizal (masing2 keluar pagi balik malam) tapi dengan adanya virtual komuniti ni kami dapat share apa2 je berkenaan dengan kejiranan di Setia Alam.

Adrian's family in front of their future home.. In the red circle tu la RUMAH KAMI.
(dijangka dapat diduduki at least early of 2008)

p/s: thanks to Adrian for the photo.. siap masuk site lagi.

Info tentang Setia Alam

www.setiahomes.com
www.setiaalam.net

Wednesday, May 16, 2007

Selamat Hari Guru

A'kum... Salam di pagi rabu yang sangat sejuk. Jalan pagi ni jam..hujan agak lebat mengiringi perjalanan axa ke ofis. Tidur pun sedap...

Hari ni 16 Mei.. Hari guru. Teringat axa kalau masa kat sekolah2, dulu mesti ada sambutan hari guru. Dan yang best biasanya kena datang sebelah pagi walaupun masa tuh axa sessi petang. Masa sekolah rendah, rajin sungguh ajak mak ayah pergi beli hadiah untuk cikgu kelas. Dan bila di sekolah menengah axa antara pelajar yang sibuk untuk membuat persiapan hari guru. Selamat Hari Guru buat semua guru-guru kat Malaysia ni terutama pada guru2 yang pernah mengajar axa (kalau diaorg baca blog ni lah). Ada beberapa cikgu yang sangat memberi kesan kepada hidup dan pembelajaran axa.

Sekolah rendah(Sek. Keb. Kapar)
  1. Cikgu Laili, cikgu darjah 1 axa yang sangat percaya dengan axa sehingga melantik axa jadi Ketua Kelas walaupun banyak lagi budak lelaki yang layak jadi ketua kelas.
  2. Cikgu Azkiah, yang koyakkan Majalah Bambino axa masa axa darjah 4. Bukan salah axa, budak sebelah axa ambik dan baca masa dia mengajar. Cikgu Azkiah rasa bersalah dan gantikan balik majalah kesayangan axa tuh. Cikgu Azkiah jugak yang pernah tahan budak2 kelas axa balik lambat, sampai bas sekolah tinggalkan axa dan akhirnya dia jugak yang kena hantar axa balik rumah. (Cikgu Azkiah ni lelaki..tapi nama mcm pompuan).
  3. Cikgu Mahes, cikgu bahasa inggeris darjah 5 axa yang sanggup terima axa sebagai satu2 nya anak murid melayu dalam kelas tusyen yang dibuat kat rumah dia lepas sekolah. Bayar RM 5 je masa tuh.
Sekolah menengah (Sek. Men (P) Kapar)
  1. Puan Faridah, cikgu Matematik Form 1 merangkap guru pengawas dan displin, yang sepanjang semester pertama kutuk tulisan axa dan malukan axa depan kawan2 dan cikgu lain semata2 tulisan axa pada pandangannya mcm budak sekolah tadika (masa tuh maybe kot). Dia kata axa tak layak jadi pengawas sebab tulisan buruk. Tapi disebabkan kutukan dan cacian dia, axa ubah diri dan bentuk tulisan yg menyebabkan dia senyum dengan axa sepanjang semester 2 dan hujung tahun tu, axa dilantik menjadi pengawas percubaan yg akhirnya menyebabkan axa menjadi seorang Ketua Pengawas masa form 5. Terima kasih banyak2 pada Puan Faridah.(muka dia selalu serius)
  2. Puan Rahilah, cikgu Sejarah axa masa form 4. Dia banyak bagi motivasi kat axa supaya axa terus berusaha menjadi anak melayu yang berjaya. Dia agak rapat dengan axa sebab dia guru displin dan juga guru pbsm. Kesian kat dia. Dia selalu jadi bahan umpatan cikgu lain sebab dia ada masalah rumah tangga. Dia pernah menangis depan axa sebab terlalu sedih dengan perangai segelintir cikgu2 lain masa tuh. Masa cikgu Rahilah nak berhenti, dia peluk axa dan bisik kat axa, yang dia nak jumpa axa di salah satu universiti kat Malaysia ni. Axa tahu dia nak axa belajar bersungguh-sungguh. Dan yang paling best dan mengharukan, axa terserempak dengan Puan Rahilah di UKM Bangi, masa axa di tahun 1 dan Puan Rahilah pulak seorang pensyarah kat situ dan akan sambung study peringkat PHD keluar negara. Dia kenal axa dan axa nampak sangat dia sungguh2 bangga bila memperkenalkan axa pada rakan2 nya yg dikalangan Dr dan Professor belaka.
  3. Puan Raja Rozita, guru kanan ko-kurikulum sekolah axa ynag juga guru sains axa masa form 5. Cikgu Rozita ni baik, tapi kadang2 suka pandang rendah pada budak melayu. Maklum la, kat kelas axa je, hanya ada 5 org pelajar Melayu. Dia pernah tanya result trial SPM axa dan dedia hanya kata.. "awak dapat aggregat berapa? Sampai tak nak dapat pangkat 1?" Sabar je la axa masa tuh.. sebab masa tuh axa dapat pangkat 1 dengan aggt 10. Lepas dia dpt tahu tuh... boleh di katakan tiap2 hari sebelum SPM dia akan selalu bagi axa semangat supaya jadi anak melayu pertama kat sekolah tuh yang jadi best student SPM. Alhamdulillah.. maybe berkat doa cikgu Rozita dan cikgu2 lain.. axa berjaya memegang gelaran tuh.
  4. Puan Liza, cikgu ni tak pernah mengajar axa. Dia ni cikgu matematik dan dia cikgu pengawas. Dia sayang sangat dengan axa sampai lepas SPM diumumkan.. dia hadiahkan axa RM 100 dan setiap dua bulan dia akan kirim pada adik axa RM 50. Dan adik axa pulak, selalu dia bagi buku latihan Math. Tu yang axa pelik, Dia selalu tanya tentang perkembangan axa melalui adik dan tak lama lepas tuh, dia bertukar ke sekolah lain dan axa tak dapat cari dia dah (kalau tak leh dapat duit lagi kan..he he he)
  5. Cikgu Sulaiman. Cikgu ni cikgu praktikal sebagai guru kaunseling dari UPM. Dia duk kat sekolah axa 5 bulan, masa tuh axa form 4. Boleh tahan hensem la. Dan biasala.. kat sekolah axa,pantang ada cikgu lelaki muda.. mula lah budak2 sekolah ni kuat melawa, sekolah pompuan kan.. jarang jumpa lelaki. Axa memang seorang PRS dan akan selalu lah report kat dia. Cikgu ni pulak memang jenis peramah. Tapi yang best nya.. leh pulak sorang kawan axa yang minat sangat kat cikgu ni, sampai leh tak nak tegur axa masa tuh.. sebab jeles ngan axa sebab baik ngan cikgu ni. Yang cikgu ni pulak.. baik sangat ngan axa... kira masa tuh.. ada lah budak2 pompuan dan kakak2 senior jeles ngan axa.. kelakar la plak..padahal axa masa tuh tak ada rasa apa2 pum (utk pengetahuan...axa ni kategori skema masa kat sekolah.he he he). Cikgu Sulaiman ni la jugak bagi semangat dan bantu axa masa nak wakil sekolah dalam Pesta Pantun dan Bahas. Sekarang cikgu Sulaiman dah pun menjadi seorang Kaunselor di Uitm Shah Alam.
Tu la sikit2 pasal cikgu2 axa dan kenangan2 yg axa takkan lupakan. Banyak sebenarnya.. tapi tu la yang bagi kesan dan axa ingat sampai hari ni. Terima kasih buat semua cikgu2 yang pernah membimbing axa sehingga axa mampu berdiri seperti sekarang.

Selamat Hari Guru jugak buat semua sahabat2 baik axa yang memilih profesion perguruan sebagai kerjaya mereka. Illa - Sek. Men. Khir Johari, Beranang. Achim - Sek. Men. Balakong dan Nur - Sek. Keb. Sri Petaling.

p/s: Nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat JAJA ( kat sebelah meja axa ni). Semoga selalu menghadapi hidup dengan senyuman....

Tuesday, May 15, 2007

Aku tahu

Aku tahu dia ada datang,
Aku tahu dia ada jenguk,
tapi apa guna andai kata dikunci.

Dia datang, tapi dia tak tahu,
Aku tahu dan dia masih tak tahu,
Kenapa dia tak mahu tahu,
Aku pun tak tahu.

Aku tahu dia mengeja,
Aku tahu dia mendengar,
Tapi kenapa jari terkulai mati,
Telinga dibiar tuli
Mungkinkah tiada hati?

Jangan sekali ditinggal,
Usah sekali dibiar,
Jiwa kelam akhirnya pudar,
Kelak merasuk hati ternanar.

Jangan pergi,
Jangan jauhi.
Aku rindu damai di hati.

Petikah : Lovely Aelbeira 2007
Antologi Puisi Aku dan Dia

Monday, May 14, 2007

Tag Lagi

Axa kena tag daripada Ayu. So ikutkan je la.....

1) How often do you shower?
Dua kali sehari. Kalau panas sangat 3-4 kali pun boleh. Sekarang ni panas sangat kan.

2) How often do you make up your bed?
He he he.. sekali je tapi kalau tak sempat terbior je la sampai balik kerja (mintak jasa baik ayah aszra tolong kemaskan)

3) How often do you wash your car?
Yang belah luar jarang sangat basuh sebab kereta Matrix tuh tinggi, kena hantar gi car wash je. Belah dalam, bila dah nampak serabut sangat, baru bersihkan. Biasa la..kereta org dah ada anak.

4) How often do you sweep/mop the floors?
Sapu sampah bila dah banyak sangat habuk atau hujung minggu kalau stay kat rumah Cheras la. Mop jarang-jarang berlaku kecuali ada air melimpah.

5) How often do you shower your pets?
Axa bela ikan, so ikan tuh memang dah mandi all the time.

6) How often do you see the dentist?
Sekali setahun atau bila dah sakit gigi sangat. (Gigi sihat la..)

7) How often do you buy perfume?
Bila perfume dah habis la. So far Pleasure axa masih banyak lagi. Pakai pun satu hari sekali je.

8) How often do you go for manicure & pedicure?
Pernah sekali masa nak kawin. Sekarang ni ketip kuku sendiri atau adik yang tukang cantik kan kuku.(Cantik ke?)

9) How often do you go to a spa?
Hmm.. pernah sekali je seumur hidup kat hotel apa tah..tak ingat, tu pun sebab dapat free. Tak ada member la nak gi spa. Ada saper2 nak gi?

10) How often do you go shopping?
Shopping seminggu mesti paling kurang 2 kali. Time nak masak gi shopping la. Tapi window shopping pun banyak jugak.

11) How often do you travel out of your country?
Tak pernah keluar pun. Dulu dapat offer, mak ayah tak bagi..

12) How often do you have sex?
Islam kata, citer bilik tidur ni berdosa kalau citer, so BIARLAH RAHSIA.

So, tu je la..jawapan2 axa. Nak tag saper ek. Ok.. kalau nama2 di bawah ni baca, sila jawab soalan yg sama kat atas dalam blog anda yer...

1. Anak Kuang
2. Budak Seni Bintang

Catatan Hujung Minggu yang penat

a'kum.. salam pagi isnin. Pagi ni axa datang agak awal. Ada kerja yang perlu dibereskan dengan cepat. Dua hari cuti umpama tak ada cuti pun... letih masih terasa. Badan penat, otak pun mohon rehat.

Sabtu, awal pagi axa dah bangun. Mengenangkan permintaan boss axa yang mahukan kerja axa disiapkan seawal pagi isnin menyebabkan axa membuat keputusan ke ofis. Bukan ni plan yang sepatutnya. Nak buat cam mana.. Lepas hantar ayah aszra ke Pusat Akuatik Shah Alam.. axa terus ke ofis. Jaja pun dah ada. Buat la apa2 yang patut. Kul 12.30 ayah aszra datang ke ofis dan lepas tuh terus balik rumah. Tak sampai setengah jam, keluar balik sebab ada wedding di Bangi. Bangi.. lama sungguh tak ke sana. Kali terakhir.. tahun 2004, teringat tayar pancit kat Shell fasa 1. Lepas wedding je, saja masuk ke sekitar UKM. Mengenang kembali zaman2 masa study. Melewati Kolej (dulu Kamsis) Aminuddin Baki, buat axa rasa sayu dan rindu pada semua kawan2. 3 tahun axa menjadi penghuni yang aktif. Jalan2 di sekitar, tempat axa menunggang motorsikal Honda C70 BBY 7420. Berjasa sungguh motor tuh, dari tahun 1 hingga tahun akhir ke mana2 je dengan motor tuh. Tu je yang mampu. Lagi pun fakulti sangat jauh dari kamsis axa. Kemudian, bergerak ke Fakulti Kejuruteraan, sebelum Fakulti Teknologi Sains Maklumat ada bangunan sendiri, kami semua belajar di Fakulti Kejuruteraan. Rindu sangat pada masa-masa lalu. Rabu ni 18 Mei, genap 10 tahun axa mendaftar diri sebagai mahasiswa UKM. Banyak nya kenangan2 axa kat sana. Lepas jalan2 kat Bangi, terus balik rumah. Sampai rumah pukul 6. Pukul 9 malam, axa terpaksa menghadiri satu perjumpaan yang sebenarnya hampir 2 tahun lebih axa tinggal kan. Bertemu dengan beberapa 'orang kuat' dan mendengar kata2 yang membakar membuat axa berfikir kembali untuk menyarung kembali jersi yang masih tersimpan rapi dalam almari baju axa. Dilema sebenarnya. Axa masih sayang untuk terus melupa dan meninggalkannya... tapi kadang2 risau andai axa tak mampu memberi komitmen yang baik seperti mana yang pernah axa lakukan dahulu. Sampai hari ni axa masih terus berfikir-fikir. Lampu hijau axa dah dapat dan keputusan sekarang di tangan axa, samada axa menekan pedal minyak atau terus parking dan keluar. Susah kan. Dan malam tuh, sampai pukul 4 pagi axa masih belum mampu pejam kan mata.

Ahad, seawal 7.30 pagi ayah dan ajak pergi sarapan kat Hakim. Jauhnya gi sarapan kali ni. Lepas sarapan, terus ke Pasar Besar Shah Alam, kat area stadium. Sempat la beli sehelai tudung. Lepas tuh terus balik. Kul 12.30 satu keluarga keluar balik ke Kenduri Aqiqah cucu saudara axa (dah tua axa ni ker?). Lepas makan, dalam kul 3 lebih, terus gerak pulak ke Kampung Baru Medical Center. Kawan seofis adik buat operation tulang belakang. Lepak situ setengah jam dan terus ke Cheras. Sampai rumah Cheras, rehat sekejap dan kul 6 terus bergerak ke Midvalley. Ayah aszra belanja kami semua makan Nandos sempena Hari Ibu. Kul 8.45 bergerak balik dan kali ni axa yang drive sebab nak cepat balik nak tengok Gangstar... Sampai rumah kul 9.30 malam. Tengok gangstar, Supernatural dan sambung buat kerja ofis kejap dan kul 12 lebih baru masuk tido. Tidur yang sangat nyenyak.. tanpa ada apa2 mimpi dan gangguan pun. Kalau la axa dapat tidur begini setiap hari kan bagus.... hmmmm

Friday, May 11, 2007

Selamat Hari Ibu

A'kum... Di kesempatan ini axa ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat yang paling istimewa emak axa, Sharipah binti Ishak yang telah melahir, mendidik dan membesarkan axa selama hampir 29 tahun ini. Terima kasih emak, atas setiap keringat dan titik peluh selama ni. Tak terbalas jasa emak. Ampunkan anak sulung mak ini, halalkan susu mak yang menyihatkan axa, kudrat mak yang menatang axa bagai minyak yang penuh dan doa mak yang sentiasa merestui setiap langkah axa. Ya Allah, panjangkan lah umur emak ku, mudahkanlah perjalanan diusia emasnya, jauhkan lah dia dari perkara yang tidak baik dan pelihara lah dia semoga dia tergolong dalam umatmu yang beriman. Amin.. Ida sayang mak!

Ucapan Selamat Hari Ibu ini juga buat Ibu Mertua axa, Che' Ah bt Taib. Terima kasih ibu, kerana menyayangi axa dan menjadi ibu mertua yang baik buat axa. Jasamu akan axa kenang sehingga akhir hayat. Semoga ibu diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan dari sebarang perkara yang tidak baik. Amin..

Selamat Hari Ibu juga untuk diri axa sendiri memandangkan axa kini bergelar Ibu. Ini tahun pertama axa memegang status ini. Walau Aszra belum mampu mengucapkan Selamat Hari Ibu buat axa, tapi axa bangga menjadi Ibu kepadanya. Selepas hampir 29 tahun axa hidup dibumi ini, baru kali ini axa merasakan perasaan seorang ibu dan diraikan sebagai seorang ibu. Terima Kasih Allah kerana menjadikan axa seorang perempuan.

Dan Selamat Hari Ibu buat semua Ibu di seluruh dunia. Menjadi Ibu adalah anugerah terindah yang dinikmati oleh seorang wanita.

Perginya seorang sahabat

Allahyarham Zulrushdi (kiri sekali) bersama axa, Frashad dan Zulkifli menjadi johan Kejohanan Boling dan Futsal Unitar 2004

A'kum.. salam dipetang Jumaat, penghulu segala hari. Hari ni boleh dikatakan hampir separuh office mate axa beramai2 ke menziarahi jenazah Zulrushdi Abdul Mutalib yang meng hembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 12.30 mlm tadi akibat penyakit kanser usus yang dikesan 6 bulan yang lalu. Jangkaan doktor tepat, hanya 6 bulan arwah mampu bertahan.

Zulrushdi kawan seofis axa. Axa tak pernah satu department tapi pernah satu division. Yang menyebabkan axa rapat dan baik dengan dia sebab kami berkongsi minat yang sama iaitu Bowling. Axa dan Zul pernah menyertai pertandingan bowling dalam satu kumpulan dan kami menang. Tak dapat dinafikan Zul memang pandai bab2 bowling ni. Selain tu, kebetulan abangnya Shamsul, pernah satu department dengan axa. So memang kami agak baik antara satu sama lain. Zul yang axa kenal dan semua orang di UNITAR ni kenal sebagai seorang lelaki yang berbudi bahasa dan agak pendiam tapi orangnya bijak pandai. Arwah berkelulusan Ijazah Aerospace dari universiti di US tapi dengan menggunakan sijil MCSEnya, arwah hebat dibidang teknologi maklumat. Itu yang axa kagum dengannya. Axa ingat lagi awal2 axa buat Master di Uitm axa mintak tolong dia untuk siap kan assignment axa terutama bab network. Axa bukan ingin mengenang tapi sekadar menyedar dan menginsafkan diri, seorang lagi sahabat axa pergi menghadap Illahi. Semoga roh Zulrushdi dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 insan yang soleh. Amin...

Al-Fatihah

Wednesday, May 09, 2007

Gangguan Seksual !@#$%^&*

A'kum...
Selama hampir 3 tahun, hari ni axa akan dedahkan kes gangguan seksual yang berlaku ke atas axa kerana axa mahu semua tahu, terutama mereka yang di OFIS axa bahawa, dikalangan kita terselit seorang LELAKI GILA SEKS! Dan jika lelaki ini membaca entry axa, ketahuilah.. anda sedang diperhatikan!

Axa menghadapi masalah ni sejak Mei 2004. Kali pertama axa menerima panggilan telefon melalui telefon ofis yang berunsur lucah! Tak perlu axa ceritakan apa yang disebut dan dikatakan, tapi cukup benar membuat axa marah ketika itu. Axa hanya mampu meletakkan telefon. Axa tak tahu nak meneka siapa lelaki ni, tapi axa abaikan dan menganggap ada org saja nak main-main. Kali kedua, bulan Jun 2004, ketika axa di Cherating, bercuti bersama keluarga. Axa menerima panggilan dari handphone axa dan sekali lagi orang yang sama. Kali ni dia menggunakan handphone juga. Namun bila axa call balik, dah off dah phone tuh. Sejak itu, axa menerima panggilan telefon terus menerus, boleh dikatakan sebulan paling kurang pun sekali la. Sampai la axa dah berumah tangga dan mengandung, lelaki ini terus call axa di handphone. Semakin lama semakin teruk bunyinya. Paham2 je la kan kalau lelaki yang dah gila seks macam ni. Lelaki ni tahu banyak tentang axa. Jenis kereta, tempat axa parking kereta kat ofis malah keadaan axa yang sedang mengandung pun dia tahu. Ini bermakna lelaki ni kenal dan dekat dengan axa. Ngeri kan. Kenapa axa kata lelaki ni orang kat ofis axa? Sebab tone panggilan telefon di phone ofis yang axa terima boleh membezakan ianya datang dari luar ofis atau dari dalam ofis axa sendiri. Dah lebih 2 kali, ia berbunyi menandakan panggilan tu datang dari dalam ofis! Sejak kerajaan mewajibkan semua nombor telefon bimbit didaftarkan, lelakitu hanya call ke ofis dan tidak pernah menggunakan no handphone yang pernah dia gunakan.

Kali terakhir axa menerimanya, hari ni pada pukul 1.08 minit tengah hari. Lelaki ni seakan tahu axa tidak keluar makan tengah hari. Dia ajak axa makan dan mula ckp2 pelik. Kesian lelaki ni kan..hanya berani di telefon.. tapi sebenarnya org begini adalah ORANG YANG SANGAT PENAKUT!

Apa yang ku rasa takkan sama dengan apa yang kau rasa.

A'kum.. salam dipagi Rabu yang dingin dan menyejukkan. Rasa tak nak bangun je dari tidur pagi tadi. Malam tadi dah la balik lambat. Kul 2 lebih baru tidur. Dan pagi ni pulak hujan... best nya kalau dapat tidur kan. Sepanjang perjalanan ke ofis tadi hujan renyai2 dan jam yang sangat teruk. Sampai di Bukit Damansara, sebuah toyota Unser terbalik lepas langgar tiang lampu isyarat. Hmmm licin kot. Moral of the story..berhati-hati di jalan raya.

Axa tak ada idea nak menulis kat sini sangat. Currently axa ada personal project yang axa nak tumpukan. Mudah-mudahan ia membuahkan hasil. Ada suara bertanya mengapa axa banyak menumpukan blog ini pada Aszra. Dan jawapan axa ialah ASZRA ialah DUNIA axa dan blog ini adalah tempat axa dan dunia axa. Axa tak pernah meletakkan konsep disini kerana APA YANG AXA RASA TAKKAN SAMA DENGAN APA YANG ORANG LAIN RASA dan axa tak paksa siapa2 untuk faham apa yang axa rasa. Tepuk dada sendiri.. tanya selera sendiri...

Tuesday, May 08, 2007

Menginsafi diri di IJN

A'kum.. salam dipagi selasa. Pagi ni axa agak kurang sihat. Hmmm masalah dalaman. But tu bukan lah cerita yang nak axa kongsi. Semalam axa ke IJN, melawat seorang anak kepada seorang cousin dari Melaka yang menjalani pembedahan jantung di situ. Oleh kerana kak ipar axa doktor dibahagian Pediatrik IJN, so dapat masuk ke PICU.

Iqbal yang berusia 1 tahun 3 hari terpaksa menjalani pembedahan jantung dimana salah satu saluran jantungnya didapati terbalik dan bukan berada ditempat yang sepatutnya. Axa pun tak pandai sangat nak cerita bab2 jantung ni. Tapi melihat dia yang terbaring dengan lebih dari 5 tiub dan wayar bersambung ke badannya buat axa rasa ngeri dan sayu. Dia tidur tapi axa dapat lihat ada air mata di hujung matanya. Sedih sangat rasanya. Beza usia Iqbal dan Aszra hanya 24 hari. Tak dapat axa bayangkan kalau yang terbaring depan axa tu Aszra. Pasti hancur luluh hati ni. Sedang kan axa ni, tengok tangan aszra dicucuk dengan drip pun axa dah mengalir aor mata. Ini kan pula melihat anak berselirat dengan wayar dan tiub yang disambungkan ke mesin. Nauzubillah.... Melihat pada ibu Iqbal, axa turut sayu. Mata nya bengkak, mungkin menangis atau sembab sebab dah hampir 3 hari tak tidur. Memang tabah ibu Iqbal tapi dalam hati tuhan saja yang tahu perasaannya. Mudah-mudahan Maya tabah menghadapi dugaan Allah.

Pandang kiri kanan, ada lebih 10 bayi dan kanak2 dalam PICU tu. Masing2 dengan kes masing-masing. Semuanya baru selesai menjalani pembedahan. Wayar dan tiub di mana2. Kalau dengar cerita kakak ipar lagi la sedih. Macam2 kes berekanaan jantung yang ada disitu. Air mata axa memang mudah je bergenang dan hampir menitis tapi axa tahankan sebab tak mahu dilihat oleh ahli keluarga kanak2 disitu. Tapi memang terlalu terusik sangat perasaan axa ni tengok kanak2 disitu terutamanya yang masih baby mcm aszra. Ramai yang kurang bernasib baik, namun wajah mereka cukup tabah menghadapi dugaan. Mudah-mudahan keluarga terutama ibu -ibu yang ditimpa musibah sebegini diberi kekuatan dan semangat untuk melaluinya. Amin...

p/s: Ucapan Selamat Hari Lahir buat Pakku @ KMNizam yang menyambut hari lahirnya pada hari ni 8 Mei 2007. Semoga panjang umur dan murah rezeki dan jumpa teman hidup yang sesuai.

Monday, May 07, 2007

Life Goes On

A'kum ..salam di petang Isnin yang panas. Hmm dah beberapa hari panas sangat rasanya. Malam tidur depan kipas pun leh berpeluh2. Axa tidur kurang nyenyak sebab terasa panasnya. Tengah hari tadi berjalan kaki le Syed kat belakang untuk makan2 sempena hari terakhir kak Wanna. Makan nasi beriani ayam madu. Teringat Syed kat area 7-11. Dulu selalu makan ayam madu kat situ ngan seorang sahabat. Entah bila la nak makan sama2 lagi sebab dia dah JAUH.

Setelah sekian lama dan menghadapi beberapa rintangan axa bersyukur, pengajian axa di UITM telah pun tamat. Master Science in Information Technology.. leh guna untuk dapatkan kerja baru. Tesis pun dah selamat hantar. Tinggal nak tunggu hard cover binding je. Axa bermula akhir tahun 2003 dan kat 4 tahun baru nak habis. Tapi axa dah pernah cuti setahun sebab pregnant dan bersalin. Tapi apa2 pun syukur sangat. Perancangan masa depan bergantung pada rezeki dan keadaan. Buat masa ni life goes on...Yang pasti usaha perlu ada untuk meningkatkan kehidupan. Mudah-mudahan axa di kurniakan rezeki lebih baik tahun ni. InsyaAllah.


Thursday, May 03, 2007

Kadang-kadang kita lupa

Kadang2 kita lupa siapa diri kita,
kita terlalu leka dengan dunia yang kita ciptakan,
walaupun telah tiada lagi watak dalam dunia ciptaan itu,
hanya tinggal watak kita yang terlupa.

Faces of Aszra