Friday, April 22, 2011

Adik

Ramai yang tahu saya hanya ada seorang saja adik. Ya.. adik perempuan. Adik tu lah yang saya pernah heret ke hulu ke hilir mana saja saya pergi satu ketika dulu. Malah, hampir kesemua kawan2 saya kenal adik saya.. Ada yang memang panggil dia 'adik' sebab terikut dengan panggilan saya.


Hari ni adik di hospital. Adik jarang sakit teruk.. Setakat demam, pening kepala tu biasalah. Tapi sejak kecik adik memang susah nak sakit. Saya yang lembik sikit sebab selalu benor sakitnya. Saya selalu cakap kat adik, adik jarang sakit sebab akak dah ambik sakit adik.. Adik masuk hospital sebab ada masalah dengan saraf muka sebelah kiri. Mata susah nak tutup rapat, mulut mcm senget sikit, dan deria rasa belah kiri jadi kurang. Semua symptom ni sama mcm penyakit Bell's Palsy. Urat saraf muka tidak berfungsi dan menjadi paralyze.


Saya kasihan pada adik. Kali pertama masuk hospital, dia patah kaki. Now, kali kedua. Seriously, saya sangat risau. Walau pada bacaan saya penyakit ini bukan penyakit merbahaya, tapi untuk melihat dia sakit itu pun sudah cukup membuat saya rasa pedih. Kalau boleh, saya tak nak adik saya sakit apa2 pun. Biar lah dia sihat bahagia dengan kehidupannya. Banyak yang telah dilaluinya. Saya tahu dan saya dapat rasa, dua tahun selepas perkahwinannya, pasti ramai yang menyibukkan diri menjaga tepi kain, bertanya mengapa adik saya masih belum mengandung! Saya yang mendengar pun sudah panas telinga, apatah lagi adik yang melaluinya. Rezeki dan ujian adalah ditangan Allah. Siapa kita untuk mempersoalkannya. Saya tahu adik saya kuat untuk menghadapi dugaan ini. Saya tahu, disisinya ada suami yang terbaik untuknya.


Adik, akak mungkin tak mampu bersama sepanjang masa. Tapi doa untuk adik sentiasa ada. Sentiasa menemani adik tanpa adik sedar. U are still my youngest little sister ever. Adik tak pernah besar!

7 comments:

maizikeem said...

Sama-sama kita doakan Ita sembuh.

Book Charms said...

Semoga adik akak cepat sembuh..aminnn

bANgsaL buROk said...

moga kesum cepat sembuh..

adenium said...

Bell's Palsy kalau di early stage.. insya allah akan recover soon...
my fren pon ada kene aritu... alhamdulillah dah recover...
semoga semuanya akan kembali seperti biasa... insya allah

Anonymous said...

sama2 kita doakan cepat sembuh dan kembali jalani hidup seperti sediakala.. doa byk2..Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani

-ksa

Anonymous said...

Sekadar mahu bertanya.. Adakah adik saudari telah pulih dr bell palsy? N ade kaitan ke antara penyakit itu dengan mengandung?

Unknown said...

replica watches, louis vuitton, ray ban sunglasses, oakley sunglasses, ray ban sunglasses, louboutin shoes, cheap oakley sunglasses, sac longchamp, air max, nike air max, kate spade outlet, ugg boots, nike free, ugg boots, christian louboutin outlet, nike outlet, jordan shoes, oakley sunglasses, oakley sunglasses, louboutin pas cher, prada handbags, polo ralph lauren outlet, gucci outlet, prada outlet, nike roshe run, nike air max, tiffany jewelry, uggs on sale, ray ban sunglasses, louis vuitton outlet, longchamp, burberry, louboutin, louis vuitton, louboutin outlet, louis vuitton outlet, michael kors, tiffany and co, longchamp outlet, ralph lauren pas cher, air jordan pas cher, chanel handbags, replica watches, louis vuitton, polo ralph lauren outlet, tory burch outlet, longchamp outlet, longchamp pas cher, nike free, oakley sunglasses