Monday, April 11, 2011

Iqbal Fahreen - Pemergian yang diingati

Selepas memenuhi impian Iqbal, apa yang saya takuti berlaku juga. Ada saya suarakan pada suami, saya berdebar2 setiap kali ada sms masuk, saya gementar untuk menerima berita tentang Iqbal.. tetapi, pukul 3.50 ptg Sabtu 9 April 2011, saya terima juga kenyataan Iqbal telah pergi buat selamanya. Kak Dura menghantar sms itu. Ketika itu saya sedang bersiap untuk balik ke Seremban. Berderai air mata saya. Saya menangis bagai anak kecil kehilangan ibu. Seolah2 saya kehilangan sauda terdekat. Ketika memaklumkan berita itu di FB, dan bertolak ke Seremban, air mata saya masih lagi mengalir. Fikiran saya masih terpahat wajah Iqbal. Saya hairan.. Iqbal Fahreen, bukannya saudara terdekat saya, bukan siapa2 untuk saya. Kami berkenalan baru beberapa hari, bertemu pun sekali. Tapi pemergiannya sangat memberi kesan pada saya. Mungkin kerana singkatnya perkenalan itu membuatkan hubungan saya dengannya amat istimewa..Mungkin kerana, pandangan pertamanya telah membuahkan rasa kasih sayang yang dalam dan mungkin kerana kucupan pertama dan terakhir di pipinya membuatkan saya juga terasa seperti sedarah dengannya..

Kata Kak Dura, Iqbal pergi dengan tenang dihadapannya. Pemergiannya memang telah dijangka, cuma sebagai seorang ibu, saya mungkin pernah berharap keajaiban berlaku. Berdoa agar Iqbal mampu pulih kembali dan menjalani kehidupan seperti kanak2 lain. Tetapi saya tahu, Allah lebih mengetahui dan lebih menyayanginya. Syurga, tempat terbaik untuk Iqbal. Semoga Allah mencucur rahmat buat adik Iqbal Fahreen.. nama ini bakal melekat difikiran saya. Kisah ini akan terus menjadi ingatan.. akan menjadi cerita terbaik buat anak2 saya. Membuatkan saya lebih bersyukur dengan apa yang saya ada....

5 comments:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

al-fatihahhhh ... baru jer baca entry bawh nieh ..mmg sebak sgt2

maizikeem said...

Itulah Asnida, kita langsung takde peluang nak berjumpa dgn arwah adik Iqbal..tapi kita tetap terasa sedih & sebak bila dpt SMS dari Dura. Pelik ye..? Tapi di hati kita tahu, disebalik kesedihan orang kita ditanggalkan ni, Adik Iqbal sekarang berada di syurga.Takde lagi sakit, takde lagi sebarang pembedahan...

eqbalzack said...

salam...
selamat berpuasa buat asnida dan keluarga.
tiba2 teringat nak buka blog as ni...
al-fatihah buat iqbal...

~eqbal~

haidar said...

adik iqbal telah mengajar kita erti kehidupan di dunia ini..moga bertemu di akhirat di syurga abadi..

salam takziah utk keluarga adik iqbal..

Yastro said...

Semoga keluarga beliau terus tabah...