Tuesday, April 19, 2011

UCAPAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA ‘PEMINAT IQBAL FAHREEN HAMDAN”

Pagi tadi saya dapat sms dari emak Iqbal. Beliau terasa sungguh sunyi selepas 10 hari Iqbal pergi.. Tak tahu apa yang patut saya katakan.. hanya kata semangat untuk beliau. Hanya Allah saja yang tahu berat yang ditanggung oleh Kak Jamilah. Minggu lepas, Kak Jamilah, mohon untuk berkongsi kisah anak istimewanya dengan semua.. Saya akan post karangan Kak Jamilah dalam blog dan FB saya untuk bacaan semua. Tujuan nya satu, untuk berkongsi kisah suka duka menjaga dan memelihara anak seistimewa Iqbal agar andai ada ibu-ibu yang senasib dengannya membaca, sekurang-kurangnya terubat hati apabila mengetahui segala suka duka ini boleh dikongsi bersama...


"Sudah lama rasanya saya tidak memegang keyboard computer saya. Mungkin dalam tiga bulan ini. Agak janggal rasanya apabila cuba menulis terutama dalam situasi yang begitu sebak dan air mata yang tak putus-putus mengalir hingga membuatkan pandangan saya sedikit kelabu….
Hari ini Khamis, 14 April 2011 genap lima hari anak kesayangan saya, iqbal fahreen meninggalkan saya sekeluarga. Sambil menulis ini, pandangan mata saya terarah pada ruang tamu, tempat di mana Iqbal selalu terbaring. Di hadapan televisyen sambil melihat cerita-cerita kartun kegemarannya. Tipulah kalau saya mengatakan hidup saya tak sunyi sejak kehilangannya….
Baiklah saya memperkenalkan diri kepada anda semua. Nama saya Jamilah Haji Bujang, usia saya 40 tahun genap pada 23 April ini. Saya hanyalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Mempunyai empat orang anak, Izzatul Farhanah 15, Izzatul Firashah 10, Izzatul Fasihah 7 dan yang bongsu Iqbal Fahreen yang baru saja pergi menyahut panggilan ALLAH.
Malam tadi, adik angkat saya Almaswa Che Ros, yang merupakan senior reporter di MAjalah MIngguan Wanita membawakan saya lap topnya yang mana dia telah menyimpan cerita yang Asnida tulis mengenai Iqbal bersama gambar-gambar anak kesayangannya itu dua hari sebelum dia meninggal. ALLAHUAKBAR!!! Luluh jantung saya melihatnya..dan bertambah pilu apabila mengetahui betapa semua rakan-rakan di luar sana yang cuba untuk merealisasikan permintaan anak saya yang mahukan kek berbentuk lori pada hari jadinya yang lalu….
Terima kasih banyak-banyak kepada Kak su dari mantin yang menghantar kek pada KHamis lalu…begitu juga dengan Lin yang memberikan kek berbentuk lori bomba. Iqbal sangat sukakannya hingga dia melarang kami memotong kek itu….
Anak saya ini sebenarnya anak yang sangat istimewa. Inilah anugerah terbesar yang Allah berikan kepada saya sebagai seorang ibu. Sebenarnya, saya pernah kehilangan seorang lagi anak lelaki pada tahun 1999, juga akibat kematian mengejut di PPUM.
Ketika mengandungkan Iqbal, saya kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Hajjah ESah Hj Shamduddin pada tanggal 16 Jun 2006. SEratus hari selepas itu, saya kehilangan satu-satunya adik lelaki saya, Abdul Halim bin Bujang. Adik ini sangat rapat dengan saya. Kami sering berkongsi masalah namun pemergiannya pada 29 Ramadhan itu benar-benar menghancurkan perasaan saya sebagai saudara kandungnya. Pertama kali, saya sekeluarga hanya menikmati air the o dan minum goreng di pagi raya….
Namun, hati saya ceria kembali apabila saya menerima khabar bahawa saya bakal mendapat anak lelaki (saya dah ada 3 anak perempuan). Iqbal dilahirkan tepat pada 26 Februari 2007. apa yang istimewanya ialah dia berkongsi tarikh lahir yang sama dengan arwah abangnya, Muhammad Faris.
Saya cuba menolak agar Iqbal tidak dilahirkan pada tarikh ini kerana saya amat trauma dengan takdir sedih yang pernah menimpa dahulu. Namun rancangan ALLAH adalah yang terbaik. ALLAH menganugerahkan seorang anak lelaki kepada saya setelah lapan tahun saya kehilangan FAris.
Saya namakan dia Iqbal kerana dua perkara. Pertama, saya suka betul dengan seorang doctor berbangsa Arab yang bertugas di PUSRAWI. Namanya Dr. Iqbal. Dia selalu merawat arwah ibu saya. Orangnya tampan dan sangat berhemah. Kedua, saya amat mengemari karya seorang pengarang terkenal dari Pakistan. Namanya juga Iqbal!
Fahreen pula anak kedua saya yang kami panggil Kak Lang yang berikan. Dia peminat cerita melayu nombor satu. Dan amat meminati Fahrin Ahmad. Bergaduh-gaduh saya dengannya tentang nama ini. Namun akhirnya saya mengalah tetapi dengan syarat, ejaannya diubah sedikit. Dia bersetuju dan akhirnya bayi istimewa ini kami namakan Iqbal Fahreen.
Iqbal, anak yang tidak banyak karenah. Menjelang usianya dua minggu, saya mengesan sesuatu yang tidak kena pada anak ini. Dia tidak menghisap susu dengan baik. berat badannya semakin susut. Saya bawa dia ke PPUM untuk diperiksa dan keputusannya, anak saya disahkan menghidap sakit jantung, Truncus Arterioses Type 2.
Daripada saat 13 Mac 2007 saya belajar tentang kesabaran, saya isi rohani dan jasmani saya dengan kekuatan dan saya juga mula berkampung di hospital. PPUM dan IJN bagaikan hotel yang akan saya check in setiap tiga atau lima bulan sekali. Iqbal tidak pernah menyusahkan saya dan suami. Anak-anak yang lain juga sudah boleh menerima kenyataan bahawa mereka tidak boleh mengharapkan perhatian lebih dari saya atau ayahnya. Semua tumpuan sekurang-kurangnya 95 peratus tertumpah pada iqbal…

---maafkan saya. Saya terpaksa berhenti di sini dahulu. Saya ada tetamu yang datang menziarahi. Panggilan telefon dari editor saya, Kak Sharah Ibrahim, Pengurus Besar Bahagian Marketing Alaf 21 juga membuatkan saya agak sebak. Buku saya bersama BUKU PRIMA Insyaallah akan berada di pasaran pada 22 April ini sempena Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Saya akan menulis lagi tentang Iqbal Fahreen dan akan dimuatkan di blog dan FB Asnida. Doakan saya sihat. Petang ini juga saya akan menziarahi kubur Iqbal. Rasa rindu padanya agak memuncak pagi ini. Moga kita bertemu lagi!-------"

16 comments:

Anonymous said...

salam...
boleh sy tahu ape title buku tu ek??

Ibu Piya said...

xsabar nak tggu smbungan cite akak tu..ada terbit bukpasal kisah ni
u ke

ieda said...

sgt2 simpati dgn ibu arwah iqbal , moga dia tabah harungi hidup ini .. aminnnn

::NureeN:: said...

moga ibu jamilah tabah menjalani hari2 mendatang.. Al- Fatihah buat arwah adik iqbal

eB ezrin said...

tabahnyer ibu itu... raser nk jumper... alfatihah buat arwah iqmal... sesungguhnyer anak itu begitu istimewa...

Cik Rose Cute said...

Al-fatihah...buat adik Iqbal....Kalau saya ibunya mesti hari2 menangis...tak sanggup tengok keadaan anak cam tue....Tapi ibu arwah Iqbal memang kuat dan sabar huhuhu

Yastro said...

Mohon kebenaran tuk share...satu kisah yg benar2 menyentuh hati saya....TQ.

PelikBinAjaib said...

Sedih rasa membaca kisah adik Iqbal Fahreen Hamdan nie. Tabah sungguh keluarga Arwah terutamanya Ibu kepada adik Iqbal Fahreen Hamdan. Takziah buat keluarganya.. ~Pengorbanan seorang IBU~

Aei said...

ziarah kat sini setelah bc crite ni di FB..mmg ibunye seorang yg sangat tabah...insyaallah, akan bertemu kembali anaknye di syurga...

yana adnan said...

x sangka kisah yg sy baca ni terjadi ke atas bekas guru sekolah sy.. Takziah buat keluarga cikgu jamilah bujang..sesungguhnya cikgu memang seorng insan yg amat tabah..

juwin said...

Buat Pn. Jamilah...dugaan ini menjadikan kita semakin tabah...saya memahami betapa sedihnya pabila kita tahu anak yang kita sayang bakal pergi...saya juga melalui dugaan seperti ini..anak lelaki saya juga mengidap penyakit jantung, dikesan pd hr ke2 selepas lahir..saya bkampung di Hosp Tun Aminah, soal pantang, sakit akibat czer..sy lupakan kerana ketika itu anak kecil itu lebih merasai kesakitan...hari ke 29, kami ke IJN tetapi takdir telah menentukan....22 ogos 2011, anak saya kembali ke pangkuanNya dalam dakapan saya, dimana itulah dakapan pertama dan terakhir...dia meninggal diusia 33 hari..slps tbaca kisah adik Iqbal, air mata memg menitis lg...rupanya ade insan lain yg senasib dgn saya...Dr Adura sgt baik..jutaan terima kasih buat Dr Adura n staff MICU, IJN....Al-Fatihah buat Muhammad Nor Iman (anak sy) dan Adik Iqbal..sampai kita bertemu di pintu Syurga...Amin..

Anonymous said...

al-fatihah buat adik iqbal dan adik nor iman..buat puan jamilah dan puan juwin semogo tabah selalu menghadapi ujian dari ilahi..ada hikmah disebalik ketentuannya.

ninest123 said...

replica watches, louis vuitton, ray ban sunglasses, oakley sunglasses, ray ban sunglasses, louboutin shoes, cheap oakley sunglasses, sac longchamp, air max, nike air max, kate spade outlet, ugg boots, nike free, ugg boots, christian louboutin outlet, nike outlet, jordan shoes, oakley sunglasses, oakley sunglasses, louboutin pas cher, prada handbags, polo ralph lauren outlet, gucci outlet, prada outlet, nike roshe run, nike air max, tiffany jewelry, uggs on sale, ray ban sunglasses, louis vuitton outlet, longchamp, burberry, louboutin, louis vuitton, louboutin outlet, louis vuitton outlet, michael kors, tiffany and co, longchamp outlet, ralph lauren pas cher, air jordan pas cher, chanel handbags, replica watches, louis vuitton, polo ralph lauren outlet, tory burch outlet, longchamp outlet, longchamp pas cher, nike free, oakley sunglasses

ninest123 said...

burberry outlet online, michael kors, hermes, tn pas cher, north face, true religion jeans, new balance pas cher, air force, coach outlet, michael kors outlet, ralph lauren uk, sac guess, true religion jeans, kate spade handbags, ray ban uk, coach outlet, timberland, michael kors outlet, nike air max, converse pas cher, hollister, burberry, lululemon, north face, ray ban pas cher, nike free run uk, michael kors outlet, hollister pas cher, michael kors outlet, vans pas cher, true religion jeans, replica handbags, michael kors outlet, abercrombie and fitch, nike roshe, oakley pas cher, nike blazer, nike air max, nike air max, michael kors, michael kors, vanessa bruno, coach purses, ugg boots, hogan, lacoste pas cher, michael kors, ugg boots, mulberry, true religion outlet

ninest123 said...

ralph lauren, insanity workout, north face outlet, mont blanc, gucci, instyler, reebok shoes, babyliss, ferragamo shoes, wedding dresses, asics running shoes, longchamp, iphone cases, bottega veneta, soccer shoes, converse outlet, mac cosmetics, nike roshe, jimmy choo shoes, abercrombie and fitch, chi flat iron, hollister, nfl jerseys, nike huarache, baseball bats, louboutin, p90x workout, birkin bag, nike air max, nike trainers, vans shoes, beats by dre, lancel, oakley, giuseppe zanotti, nike air max, soccer jerseys, mcm handbags, herve leger, ray ban, north face outlet, celine handbags, vans, new balance, timberland boots, hollister, valentino shoes, lululemon, hollister, ghd

ninest123 said...

coach outlet, moncler outlet, canada goose, pandora jewelry, louis vuitton, canada goose, marc jacobs, louis vuitton, wedding dresses, louis vuitton, moncler, canada goose, moncler, bottes ugg, swarovski crystal, pandora charms, moncler, ugg boots uk, juicy couture outlet, replica watches, ugg,uggs,uggs canada, canada goose outlet, moncler, louis vuitton, moncler, pandora charms, swarovski, ugg,ugg australia,ugg italia, canada goose, karen millen, canada goose outlet, pandora jewelry, links of london, moncler, ugg pas cher, montre pas cher, thomas sabo, toms shoes, juicy couture outlet, moncler, supra shoes, doudoune canada goose, sac louis vuitton pas cher, canada goose uk, hollister