Thursday, March 05, 2009

Kerja vs Family


Salam pagi Khamis.. lama nya tak update blog. Bukan tak ada apa nak dicerita tapi... kesibukan yang amat menghadkan masa axa utk berblog. So.. pada member2 yang tanya naper blog tak update... sorry la.. tuntutan kerja tu lebih penting.. (ada chance ke naik pangkat cepat ni..heheheh)

Actually since last week.. axa dan special team multimedia.. terlibat dengan penyediaan persembahan biografi Tan Sri Samsudin Osman (bekas KSN) yang dianugerahkan sebagai fellow INTAN 2008. Skrip penuh kami terima, Rabu lepas.. majlisnyer 3 Mac lepas. Semua nak kena buat dalam Flash. Tema kali ni Kak Rabitah yang jadi kepalanya... axa, suzie, azaliah, Rosdi dan Kamal ni anak buah... sejak hari rabu tuh... sampai sabtu ahad pun kerja sampai kul 10 malam.. untuk siapkan kerja ni. Isnin lak.. rehearsal kat PICC dari pagi sampai mencecah ke pukul 12 malam baru nak balik ke ofis. Itu pun tak terus balik rumah.... tapi terus sambung kat umah Kak Rabitah utk buat changes yang agak banyak... sabor je la.. Axa selesai kan part axa kul 4.30 pagi dan terus balik ke Setia Alam... sempat lelap dalam sejam.. kul 7 dah bergerak terus ke PICC Putrajaya untuk Majlis Penyampaian Fellow INTAN tuh. Punyer la nebes.. sampai rasa sejuk2 tangan la... takut sangat ada masalah teknikal.. maklumlah.. majlis ni melibatkan orang2 besar Kerajaan... KSN, KPPA.. semuanya Tan Sri Datuk2.. Alhamdulillah... memang syukur sangat, tak ada kecacatan langsung masa persembahan kami tu ... semua ikut skrip.. lega.


So.. akibatnya... semalam axa cuti. Rentetan dari ketidaklaratan axa... mata sangat mengantuk.. badan lemah dan lesu.. sakit2 pinggang lak tuh.. mana taknya... more than 24 hours duduk mengadap pc.. lega dah selesai semua.


Sian kat Aszra... actually ayah Aszra pun tak ada 5 hari... outstation ke Langkami sejak Sabtu lepas. Ada projek dengan Port Langkawi. So.. aszra duk la dengan Wan ngan Atuk. Mak ada juag cerita.. aszra tanya, ibu mana?? tak ambik dia ker... siannya anak ibu. Dah la ayh tak ada... dia tahu ayahnya kerja jauh...sebab dia ikut gi hantar kat airpor hari tuh.. Axa duk umah je.. dia tak lepaskan peluang langsung nak main2 ngan ibu dia. Siap peluk2.. kiss pipi ibu la.. memang nampak sangat dia rindu.


Last nite.. kami ke KLIA.. ambik ayah Aszra. Dia sampai kul 10.45 mlm.. Aszra la yang paling tak sabar...sikit2 tanya, mana ayah ni ibu??? asyik jenguk je kat pintu ketibaan domestik tuh... nampak je ayah dia.. terus kejar.. siap ckp, ayah.. Aja rindu ayah....berkepit je la ngan ayah dia. Sampai2 umahje... terus tarik tangan ayah dia... gi tunjuk painting yang dia buat.. At this age.. aszra memang dah faham untuk rindu kat ayah dan ibu..

No comments: