Tuesday, March 24, 2009

Disney On Ice - Princess Wishes

Salam pagi Selasa. Semalam axa bercuti... ada last session for kimoterapi Noi. So.. masuk kerja hari ni dalam keadaan yang selsema teruk. Semalam balik dari SJMC memang dah bersin banyak kali... maklumlah hujan panas je.

Nka bercerita tentang Kami yang menonton Disney On Ice. As mention sebelum ni.. show kami kul 8.30 malam. Axa jemput Oya, dalam kul 5.30 ptg...kemudian terus ke Wisma MBSA, ambik ayah aszra pulak yang baru habis taklimat treasure hunt. Kemudian terus ke Bukit Jalil. Sebelum tu... suggest kat ayah aszra, apa kata isi perut dulu... pancing bebudak kecik dua orang tu dengan McDonald.. seronok la dua2 tu dapat happy meal satu sorang. Lepas marghrib baru bergerak ke stadium putra bukit jalil.



Sampai2 je memang orang dah ramai. Axa ke kaunter AxcessTicket dulu coz axa beli melalui telephone.. so kena collect tikect dulu la. Then baru masuk.. alhamdulillah seat nya dapat view yang bagus. Mahal wooo bayar... heheheh. Si Aszra memang dah tak sabar2 nak tengok princess dia. Show mula dengan Mickey dan Minnie Mouse.. then keluar la Tincker Bell. Pastu baru la start citer2 princess ni. Dimulakan dengan Aladdin dengan Princess Jasmine. Diap buat set macam kat Pasar. Pastu diteruskan dengan SnowWhite dengan seven dwarf nyer. Comel je.. Aszra macam teruja tengok cartoon character dia tiba2 live...heheh. Then di sambung pulak dengan Belle (Beauty & The Beast) dengan watak2 lilin dan sudu garfu yang menari. Cantik sangat. Lepas tu... satu lagi favourite aszra, si Ariel (Little Mermaid) dengan best2 friend nyer Sebastian dan Flaunder. Set under the sea ni memang cantik. Siap ada buble2, pastu batu2 karang guna lampu floresent. Ala2 glow in dark. Pastu ada berhenti rehat dlm 15 minit. Sambung balik dengan citer Little Mermaid dan seterusnya citer Mulan. Masa ni Oya mcm dah bosan. Nak mintak balik. Maybe Oya tak berapa faham atau kenal watak2 kartun tu. Tapi Aszra pulak dah sibuk tanya mana Aurora dan Cinderella dia. Ye la.. Cinderella kan... memang paling dia suka. Dia leh citerkan balik kisah Cinderella ni. ..Then baru la keluar citer Princess Aurora (Sleeping Beauty).. part ni pun best sebab ada naga keluar api. Dan last sekali ialah Cinderella... pun sangat cantik. Aszra memang teruja sangat la tengok "Cindebella" dia. Last sekali tujuh2 princess tu menari beramai2...

bergambar sebelum masuk

Aladdin & Princess Jasmine

Snow White

Seven dwarf

Belle (Beauty And The Beast)

Ariel (Little Mermaid)

Mulan

Aurora (Sleeping Beauty)

Cinderella

Penutup

Memang best la. Dan rasa sangat berbaloi bawak Aszra. Dia dah biasa dengan watak2 tuh.. so memang layan la. Axa pun dah pastikan dia kenal semua watak2 tuh.. Kami biasa belikan dia majalah Disney Princess. Bukan apa.. nak galakkan dia baca buku...hehehe
Bergambar dekat Set
Sorry kualiti gambar tak berapa menarik... guna kamera biasa je.


No comments: