Salam hari Isnin... lengang betul jalan raya... keluar 7.45 pagi pun.. leh sampai ofis kul 8.15. Setengah jam je sebenarnya jauh umah axa ngan ofis.. tapi kalau hari2 biasa jam... boleh cecah ke 1 jam perjalanan...
Nak story sikit about my last week.. Khamis malam... axa join Kejohanan Tertutup Boling INTAN. Selain aktiviti tahunan kelab sukan INTAN.. tujuannya nak buat selection wakil INTAN ke Kejohanan Bowling JPA. Last year axa terpilih hingga ke Makwsip mewakili JPA. Alhamdulillah... axa masih kekal juara..huhuh... individu dan berkumpulan. So.. insyaAllah akan wakil INTAN, april nanti.
Sabtu, pagi2 dah bangun. Aszra pun dah bangun... dari malam sebelum tu dah remind kat aszra utk bangun awal.. dia akan ke trial class kat TumbleTots, Subang Parade. Aszra memang excited nak gi sekolah. So.. 10.45 kelas mula. Ibu kena jadi partner Aszra..sebab utk kelas below 3 years old, ibu/bapa kena ada sama. Mei nanti bila aszra cecah 3 tahun... ibu tak payah join sekali, Just tengok dari jauh je. Memang teruja Aszra.. bila teacher dia panggil.. terus gi kat depan. Macam2 aktiviti... belajar alphabet, menyanyi.. dengar story telling, buat arts, pastu ada game. Alhamdulillah aszra suka untuk join semua aktiviti. Dia pun tak malu2.. bila nak rapat2 dengan kawan2 baru. So.. axa dan ayah aszra decide.. aszra akan mula kelas dia start on 4 April.. kami dah bayar RM 250 as a deposit... so untuk 3 bulan punya kelas mulai april, kena bayar RM 428.
Satu term consist of 3 months. So, yuran akan dibayar setiap 3 bulan la...InsyaAllah.. kami akan hantar aszra for this class sampai umur dia 4 tahun. Start umur 5 tahun, baru hantar Lil Caliph. Talking about education ni... semakin hari semakin mencabar kan.. so if ada kemampuan, mengapa tidak utk pastikan anak2 dapat education yang sempurna kan.
Then.. Sabtu malam... axa dapat undangan menjadi Pengacara Majlis, untuk wedding anak Dr Mazlan.. one of hour ketua program di INTAN. Majlis berlangsung di Dewan Perdana Felda. Kali pertama mengacara majlis di situ. Lately ni banyak lak undangan jadi Pengacara Majlis.. Bulan 11 ni di PWTC. Majlis di INTAN pun ada jugak. Paling dekat...next week, untuk perhimpunan bulanan INTAN. Alhamdulillah... org memberi kepercayaan kepada axa. Teringat zaman dulu2.. kat sekolah, Universiti...sampai la masa axa aktif UMNO.. muka ni la yang selalu jadi MC. hehehehe
Banyak nyer bercerita.... last but not least.. Semalam, ke Majlis Pertunangan Fiza dan Alfian.. officemate axa.. Alhamdulillah...berjalan dengan baik dan lancar. Paling best, makanan dia.. punya la banyak. Siap ada kambing panggang..hhehhehe. Tahniah Fiza dan Alfian.
p/s: maaf la...gambar tak ada... bateri kong dan tak sempat beli bateri.