Monday, June 23, 2008

PERJASA Bowling Tournament

Salam pagi Isnin. Hari ni memulakan balik minggu yang sibuk. Dua hari setengah axa bercuti. Alhamdulillah ubat dari Hospital Mata Nasional Tun Hussien Onn menunjukkan hasil yang baik. Cuma axa terpaksa berhati-hati dengan cahaya matahari.
Ok la.. Semalam.. Ahad 22 Jun 2008, berlangsungnya Tournament Bowling PERJASA (Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam) dengan kerjasama Microsoft di Alamanda Putrajaya. Untuk pengetahuan, PERJASA ni adalah persatuan untuk orang kerajaan dengan skim F iaitu bidang IT. So..semalam berkumpul lah orang IT dari seluruh Kementerian dan Jabatan Kerajaan. INTAN di wakili oleh axa, Sato @Suzie dan Kak Shida. Tiga2 perempuan... dpt lah handicap 5 per game... jenuh nak lawan rata2 team lelaki semuanya.

Selepas berhempas pulas bermain... alhamdulillah, permainan axa kali ni menjadi. Dengan gandingan bersama Sato dan tambahan mata dari Kak Shidah... kami berjaya mendapat tempat ke dua keseluruhan. Kami kalah 1 pin je dengan team MAMPU yang jadi Johan tu. Dan yang best dua org dari team MAMPU tu pun ahli MalaysianBowlers juga....hehehe. Bagi kategori individu ... axa menjadi Johan keseluruhan Wanita dan Sato dapat tempat ke tiga. Hadiah... hmmm memang hebat2 belaka. Biasa la.. kalau Microsoft yang sponsor.. hadiah memang meletup...hehehehhe.....
Menerima hadiah tempat ke-2 keseluruhan kumpulan


Axa menerima hadiah Johan Individu Wanita


Sato @ Suzie menerima hadiah tempat ke-3 Individu Wanita (dpt periuk nasi ni)


Ni la.. penyokonh kuat axa.. thanks ayah aszra yang selalu ingatkan dan tegur tentang balingan axa.
Axa dapat Oven FABER ni.. yang memang menjadi idaman.. baru je survey last week.. nak bawak masuk rumah baru nanti. Rezeki...(ni hadiah Johan Individu Wanita)


Cake mixure... pun jadi idaman axa..sebelum ni asyik pinjam emak je tiap kali buat cake..rezeki (hadiah naib johan kumpulan)


Ni la hasil....axa merasmikan cake mixure axa tu.... petang tu terus buat cake pisang.. sedap.

6 comments:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

cayalah .hasil johan bowling .. untung axa .. rezeki berganda tue ;-)

Asrof said...

jimat duit hamba....

shahril aley said...

wahhh kak axa dah ade oven & cake mixture bile nak ajak aley gi rumah baru. boleh makan ayam panggang & cupcakes yg aszra suke makan tu hehehe :)

dah lama tak nyinggah sini
apa khabar?

Unknown said...

hai diana...thanks.. alhamdulillah rezeki main bowling.

hmm... awak. kite ada plan hadiah lain yang awak leh bagi kat kite birthday nanti.

hai shahril.. akak sihat seperti dalam gambar heheh.. insyaAllah masuk rumah baru dan buat housewarming leh la jemput datang...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

tahniah kak as... pegi alamanda ahad tu, ingat nak intai2 kat tempat boling tp tak sempat. kalu gi, sure dpt tgk kak as memboling. ishh... rugi btol..!!