Saturday, June 28, 2008

Lovely Dinner @ Tony Roma's

Salam... Friday night... axa bawak ayah aszra gi dinner kat Tony Roma's Cineleisure, Damansara sempena birthday nyer yang jatuh pada hari tu. Memang tak bagi tahu dia nak dinner kat mana... sampai2, terus gi situ. First time makan kat situ.... memang setiap kali birthday ayah aszra, axa akan belanja dia... ayah aszra suka western food... Outback dah..Chilis pun dah...so kali ni.. Tony Roma's. Dengar nya... Ribs dia sedap...


Kami

Makanan kat sini....memang sedap, but tak leh lawan ribs TGIF la.. untuk starter, diaorg bagi Complimentary French Bread & Garlic Spread. Axa order Rosemary and Garlic Grill Chicken...sangat sedap! Dan ayah Aszra orfer Bountiful Beef Ribs Roma Rack.. Sangat kenyang. Lagi satu yang best kat sini...service dia bagus. Mula2.. diorg akan buat BBQ sauce demo.. utk perkenal kan 4 jenis BBQ sauce diaorang. Pastu makan ribs pun kena ada bip.. macam baby pulak.. ayah aszra refuse.. tak nak pakai..heheh... Kami sangat puas hati... cost pun just 100 ++ jer... tak sangka harga dia mcm tu...

Rosemary & Garlic Grill Chicken

Bountiful Beef Ribs Roma Rack


Tengah sedap meratah ribs

Btw.. again... Selamat Hari Lahir buat my beloved ayah aszra... Love u so much!

Friday, June 27, 2008

With A Great Big Hug and A Kiss From Us to You

Salam... Hari ni 27 June 2008.. genap usia 30 tahun Ayah Aszra @ Asrof Abdul Rauf. Last night, tepat pukul 12, kami satu keluarga meraikannya dengan cheese cake kecik... (kecik sebab this satruday akan ada yg lebih besar ...huhuhu)..

Untuk ayah Aszra....

1. Selamat Hari Lahir
2. Kite sayang awak sangat sangat banyak

Aszra yang bangun pukul 12.. sibuk juga nak potong kek

Tersengih2 dapat hadiah ...

Ni la hadiah utk Ayah Aszra kali ni.. CK Eternity Summer (Limited Edition)

Thursday, June 26, 2008

Wah! Terlebih Sudah...

Salam...Wah!.. axa yang terlebih ni, heheheh... Seperti dalam gambar di atas.. axa bergambar ngan Stacy..juara AF 6 tu.... jumpa Stacy ni kat depan office ayah Aszra. Actually office ayah Aszra ni sama building dengan Maestro Talent. So.. selalu sangat la jumpa artis2 AF atau artis Astro kat sini..coz dioarg guna lift yang sama... Pernah jumpa ngan Mawi..Heliza, Yazier.. Johan, Zizan.. ramai la.. tapi tak pernah lak nak ambik gambar ngan diorg ni. Entah tetiba semalam...nampak Stacy ni sorang2 tunggu kawan dia.. so ambik la gambar sekejap. In fact..axa pun memang suka la dia..coz dia memang talented kan. Ada suara yang mantap dan memang seorang penghibur. Layak benar jadi Juara.

Monday, June 23, 2008

PERJASA Bowling Tournament

Salam pagi Isnin. Hari ni memulakan balik minggu yang sibuk. Dua hari setengah axa bercuti. Alhamdulillah ubat dari Hospital Mata Nasional Tun Hussien Onn menunjukkan hasil yang baik. Cuma axa terpaksa berhati-hati dengan cahaya matahari.
Ok la.. Semalam.. Ahad 22 Jun 2008, berlangsungnya Tournament Bowling PERJASA (Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam) dengan kerjasama Microsoft di Alamanda Putrajaya. Untuk pengetahuan, PERJASA ni adalah persatuan untuk orang kerajaan dengan skim F iaitu bidang IT. So..semalam berkumpul lah orang IT dari seluruh Kementerian dan Jabatan Kerajaan. INTAN di wakili oleh axa, Sato @Suzie dan Kak Shida. Tiga2 perempuan... dpt lah handicap 5 per game... jenuh nak lawan rata2 team lelaki semuanya.

Selepas berhempas pulas bermain... alhamdulillah, permainan axa kali ni menjadi. Dengan gandingan bersama Sato dan tambahan mata dari Kak Shidah... kami berjaya mendapat tempat ke dua keseluruhan. Kami kalah 1 pin je dengan team MAMPU yang jadi Johan tu. Dan yang best dua org dari team MAMPU tu pun ahli MalaysianBowlers juga....hehehe. Bagi kategori individu ... axa menjadi Johan keseluruhan Wanita dan Sato dapat tempat ke tiga. Hadiah... hmmm memang hebat2 belaka. Biasa la.. kalau Microsoft yang sponsor.. hadiah memang meletup...hehehehhe.....
Menerima hadiah tempat ke-2 keseluruhan kumpulan


Axa menerima hadiah Johan Individu Wanita


Sato @ Suzie menerima hadiah tempat ke-3 Individu Wanita (dpt periuk nasi ni)


Ni la.. penyokonh kuat axa.. thanks ayah aszra yang selalu ingatkan dan tegur tentang balingan axa.
Axa dapat Oven FABER ni.. yang memang menjadi idaman.. baru je survey last week.. nak bawak masuk rumah baru nanti. Rezeki...(ni hadiah Johan Individu Wanita)


Cake mixure... pun jadi idaman axa..sebelum ni asyik pinjam emak je tiap kali buat cake..rezeki (hadiah naib johan kumpulan)


Ni la hasil....axa merasmikan cake mixure axa tu.... petang tu terus buat cake pisang.. sedap.

Wednesday, June 18, 2008

Kasihnya Ayah Sanggupkah Berpisah

Salam... entry ni sepatutnya axa tulis pada hari Ahad lepas. Tapi lately ni axa sangat sibuk sampai tak ada masa nak update blog. Hari ni pun... sebab something happen, tu yang boleh relax kejap kat rumah sambil update blog ni..

Ok la.. Actually axa nak wish Happy Fathers day buat lelaki2 dalam hidup axa yang masing2 adalah seorang ayah.


1. Buat ayah axa...Abu Bakar bin Jabar.. The best ayah in the world...Semoga ayah panjang umur dan sihat2 selalu. Axa memang rapat dengan ayah. Dari kecik mak kata mulut axa tak henti2 sebut Ayah je... nak gi toilet tengah2 malam pun jerit Ayah. Sampai hari ni axa tak pernah malu untuk kiss pipi ayah walau depan orang ramai. Sayang ayah sangat!


2. Buat Ayah Aszra. Lelaki yang menjadi ayah buat satu2 nya buat hati axa tuh. Axa rasa...aszra memang ikut axa kut... sebab sekarang ni mulut aszra pun asyik sebut ayah je... Pantang ada ayah kat rumah... dia akan fully uitilized masa yang ada utk main dengan ayah dia... tak leh berenggang. Sometimes axa pun dia dah tak kisah...huhuhuh...tapi tak apa la... axa pun macam tu jugak dulu dengan ayah.. So Ayah Aszra...love u so much. Jadi lah ayah mithali ok.

3. Buat Ayah Mertua..Abdul Rauf Abdul Rahim yang sangat prihatin esp pasal hal2 yang berkaitan dengan polis. Terasa beruntung ada ayah mertua yang masih ada 'power' even dah pencen... at least dpt jugak layanan yang baik bila berurusan dengan unit beruniform biru ni...Thanks so much ayah!

Axa buat kek fathers day - Chocolate & Cheese Cake

Hadiah utk Ayah Aszra - Komik IRON MAN ANNUAL 2009

Ayah pulak, dapat Jam Tangan Casio dari Axa dan adik

Suka sangat main dukung2 belakang

Main buai kat Bukit Jalil Golf Club

Friday, June 13, 2008

The Incredible Hulk vs Ayah Aszra


Salam...di tengah malam.. dah masuk hari Jumaat dah pun time axa tulis blog ni. Sebenarnya axa baru je balik dr GSC Leisure Mall...mesti la tengok wayang kan... citer apa??? dah tentu THE INCREDIBLE HULK. Seperti biasa... ayah aszra mesti la tak nak ketinggalan utk tengok favorite character dia kan..hari ni hari pertama tayangan....siap pakai tshirt HULK dia lagi..

Disebabkan minat kat character ni la...dia guna HULK as nickname kat MB nyer group.. semua duk panggil dia HULK instead of nama dia sendiri... ada yang tak tahu nama sebenar ayah aszra...asyik HULK je yang diorg sebut... Kalau nak citer pasal komik... pun berlambak2 komik HULK ni.. dan axa sendiri pernah hadiahkan dia dengan patung HULK...mahal wooo axa beli. Ingat lagi tahun 2001... axa beli kat KLCC. Masih ada terletak atas meja ofisnya... dan kat rumah ni, ada miniature HULK.. dan super hero yang lain...


Ok la... cerita tentang movie ni.... axa bagi 4 bintang. Bagi axa movie kali ni lagi best berganda2 kalau nak compare dengan movie yang pertama few years ago. Kali ni penuh aksi ..puas hati dapat tengok scene HULK yang comel tu berlawan dengan US Army dan finally dengan hulk jahat. Dan paling best bila penampilan istimewa Tony Stark (Iron Man) di hujung cerita. Tertanya2 jugak nape lak si Iron Man nak tunjuk muka dlm citer ni. Ayah Aszra kata... nanti Iron Man, Hulk, Spiderman akan bergabung dalam satu citer yang diberi nama The Avenger. Super2 hero bergabung lawan org jahat. Sama mcm dalam komik The Avenger jugak. So...tunggu je la kan.... nanti mesti ada movienya... so, saper2 yang minat character2 super hero dan bab2 komik ni... apa lagi, gi ler tonton citer ni. Best!

Tuesday, June 10, 2008

Gambar2 Sekitar Birthday Party Aszra

Kat bawah ni gambar2 sekitar birthday aszra. Ramai yang axa tak sempat ambik gambar. dan ada banyak lagi yang axa tak sempat upload...nak tunggu dr juru kamera professional pulak..hehehe..tunggu...






Tok Ayah, Tok Andak dan Atok yang menghiburkan kami semua.



Kek Birthday Aszra dengan tema Barney yang ditempah khas dari Kak Ram Keramat.

Sesi Cake Cutting... Aszra terjuga sangat.


Decoration yang simple tapi ikut tema Barney jugak


Board kedatangan - semua tetamu kena sign kat sini... nak frame dan letak kat bilik Aszra.


Aszra ngan Ibu yang dah agak kepenatan


Ayah Aszra layan gitar jugak..


Axa & family...finally semuanya selesai dengan selamat.


Aszra yang happy sangat bukak hadiah esp dengan Laptop barunya.

Aszra's 2nd Birthday Party @ Setia Alam


Salam petang selasa... Hari ni baru la axa sempat nak jenguk blog ni. Dah dua hari ni duk dlm meeting room je... tender review yang dah nak ke peringkat akhir. Hopefully leh release by end of this month. Ok la.. axa nak update tentang Birthday Party Aszra yang berlangsung ahad lepas.

Pagi Ahad tu.. axa dah mula bimbang sebab hujan renyai2. Tak pernah2 hujan sebelah pagi..hari tu pulak hujan nak turun. Tapi bak kata ayah Aszra.. hujan tu hujan rahmat buat Aszra dan kami sekeluarga. Seawal 7.30 pagi axa, uda dan ayah Aszra dah berada di Central Park, Setia Alam untuk aktiviti dekorasi. Angkut kerusi.. khemah, makanan dan macam2 la... Menu hari tu ialah... Mee Hoon Goreng, Nasi Impit Kuah Kacang Sotong, Satay Ayam, Cup Cake (axa buat sendiri la), Karipap Barney (inti purple), Dadih, Nugget, Fries and cakes.

Seawal kul 10 pagi.. tetamu pun mula sampai. Yang pertama sampai ialah Fatiah & Hubby dan di ikuti oleh Abang Eqbal dan CD. Alhamdulillah... ramai saudara-mara dan kawan2 yang hadir pada hari tu. Lbih 60 orang. Kawan2 yang biasanya axa kenal through Internet pun datang...Diana (Mama Adam) dan Zee & family.

Majlis potong kek berlangsung dalam pukul 11. Aszra memang dah excited nak potong kek sejak hari kami gi ambik kek tu kat Keramat. So.. bila dapat je pisau tu...terus nak potong. Kami ramai2 menyanyi lagu Happy Birthday To You yang diiringi oleh petikan gitar Atok dan Tok Andak. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan baik....Kanak2 yang datang pun happy sebab dapat goodies bag dan topi Barney....

Di sini axa dan ayah aszra nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga buat orang2 kuat disebalik Birthday Party Aszra kali ni especially family axa...Mak, Ayah, Uda, Adik, Cik Jad, Kak Dura, Ibu, Ija and family..

Terima kasih juga pada tetamu2 kami serta hadiah2 yang sangat hebat2 belaka... Aszra sangat haappy sebab dapat macam hadiah....


Thursday, June 05, 2008

The Map, The Guest list

Salam..berikut adalah peta untuk ke Setia Alam. Klik untuk mendapatkan imej yang lebih jelas.


Setakat ni... ni la senarai guest yang akan sama-sama meraikan sambutan hari jadi Aszra Ahad ni.. Jumpa di sana.....

1. Ija & family
2. Ucu & family
3. Ida & family
4. Mak andak & family
5. June & family
6. Ida & hubby
7. Sato & hubby
8. Zai & family
9. Kak Mariati & family
10. Azmir & family
11. Azmi & family
12. Erni & family
13. Cd & Abg Eq
14. Kak Aida & family
15. Kak Dura
16. SQ
17. Zee & family
18. Kak Hasnita & family
19. Diana & family
20. Azalia & family
21. Aida & family
22. Mary & family
23. Peni & family

Tuesday, June 03, 2008

The Invitation & Preparation

Salam... Currently axa sangat busy.. tapi sambil2 tu buat juga invitation through email, sms, call. So.. kawan-kawan...


Axa dan Ayah Aszra nak menjemput anda semua ke Majlis Sambutan Hari Lahir Aszra seperti yang tertera dalam poster di atas. Peta axa akan upload kemudian...

RSVP, contact axa - 012 2748744/ asnida@intanbk.intan.my / YM: axa87

Hopefully to see all off u there.....
----------------------------------------------------------------------------

Ok, kat bawah ni gambar lokasi akan berlangsungnya birthday aszra nanti. Terletak di Central Park, Setia Alam. Central Park ni besar... so lokasi birthday ni nanti terletak dihujung Central Park tuh.....