Tuesday, March 04, 2008

Oreo - Go Beijing T-Hunt

Assalamualaikum... salam pagi selasa. Rasa segar pagi ni... tak mengantuk langsung. Hehehe.. sebab axa cuti semalam dan telah berehat secukupnya disamping menghabiskan masa bersama aszra.

Sabtu
Pagi-pagi hujan sangat lebat. Pukul 11 lebih bergerak ke Sunway Kayangan.. hantar barang2 baby.. ada baby baru coming... today kot... InsyaAllah.mudah-mudahan semua selamat.. Kul 4 petang bergerak ke rumah baru Ija (cousin axa).. dia baru pindah ke rumah baru yang juga baru dibeli. Congrats.. coz dah ada aset sendiri.. Malam pulak.. axa buat Oreo Cheese Cake Project.. huhuhu... mau resepi dan komen..sila masuk SINI.

Satu slice Oreo Cheese Cake
Ahad
Pagi-pagi kul 7 pagi dah berada di Dataran Mentari, Bandar Sunway. Another treasure hunt, Go Beijing Hunt. Kali ni hadiah dia gempak... sama macam nama nya. pakej percutian ke Beijing.. Team axa kali ni.. axa, ayah aszra Bjoe dan Kak Manis.. Naik kereta Bjoe..Suzuki Swift. Mula kat Restoran Subaidah.. sarapan disediakan.. pastu ada 4 lokasi yang perlu dijelajahi. Hunt sekitar Petaling Jaya dan Kelana Jaya. Boleh tahan susah soalannya.. Dari 30 soalan.. kami hanya salah 4 soalan sahaja. Consider improve banyak la... Still tak menang sebab.. yang menang.. 100% betul...cam mana la depa leh terror mcm tu sekali. Tak pa.. satu hari nanti kami pun leh betul semua kot...heheheh.. InsyaAllah.


Ni team kami.. nama: Cactus (bengang sebab x jumpa air mineral cactus)

Bjoe dan ayah aszra.. tengan bincang about KURNIA.. betul tuh!


Ni saja posing la ni depan Baker's Cottage kat Jln Othman P.J

No comments: