Tuesday, March 18, 2008

Axa dan Mak

Salam... ada yang bertanya tentang posting Jumaat lepas. Ok la.. currently axa online di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara Kuala Lumpur. Alhamdulillah, permohonan axa untuk bertukar ke KL diluluskan. Bermula semalam 17 Mac 2008, axa mula bertugas di sini..(dekat betul ngan ayah aszra..ehheh). Lepas ni, tak payah drive jauh-jauh...tak perlu ambil coffee pagi-pagi utk elak mengantuk. Syukur sangat.... Pindah rumah Setia Alam pun tak lah jauh sangat nak gi kerja. Buat masa ni, axa masih dalam TOT (training of trainer) utk dpt sijil trainer. Wajib ada untuk semua pegawai INTAN. Ada assignment dan presentation yang perlu axa buat. Ala2 kat universiti lak rasanya..heheheh...

Ok.. now about my family.. Last Sunday, mak axa dimasukkan ke wad, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Actually dah 3-4 hari mak sakit, tak bermaya disebabkan oleh muntah dan cirit birit yang agak teruk. Tak boleh makan apa2 pun. Mesti keluar balik. Pagi tu, axa ada treasure hunt(axa akan citer dlm entry lain). Kul 1 lebih, adik call, suara mcm menangis. Adik cakap mak tiba2 jatuh terbaring ke lantai. Adik nak bawak mak gi hospital. Axa dan ayah aszra terus rush balik ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Sampai sana, mak terus masuk emergency ward, doktor tengok mak dah dehidrated. Masa tu mak dah sedar dah.. Nurse bagi drip.. dan ambil darah utk test. Lepas 3 jam, mak kena tahan kat ward. Malam tu axa temankan mak tidur kat hospital. Mak akan gi toilet setiap sejam. Memang tak leh tidur malam tuh.. Kul 4.30 pagi axa drive balik rumah. Siap2 pakai baju gi kerja.. axa hantar adik gi hospital pulak. Adik terpaksa cuti Isnin tu sebab Axa baru nak melapor diri ke JPA pagi tu. Lepas jenguk mak kejap..dalam kul 6.30 axa bergerak ke Putrajaya untuk lapor diri ke JPA. Mak axa dah keluar lewat petang semalam. Alhamdulillah...getting better cuma doktor bagitahu.. buah pinggang mak lemah. In 2 weeks time mak kena datang semula untuk check darah balik.. "Ya Allah.. jauhkan la mak dari penyakit yang merbahaya... berilah kesihatan yang baik untuk nya. Amin..."

Bercerita tentang hari pertama melapor diri semalam. Axa sampai awal kat JPA Putrajaya..sempat tidur dlm kereta. Pukul 8 axa bangun dan bersedia nak naik... dan masa tu la axa terlupa nak tarik kunci..dan axa dengan selamba gi kunci pintu secara manual dr dalam dan tutup pintu tuh...(alarm tak function) huhuhuh.... maka terpandang la axa kunci kereta masih terlekat di ignition nyer tempat tuh. Aduhhhhhhhhhh pintu pun sudah kunci daaaa... Mamai punya pasal kot. Tapi axa naik ke JPA dulu...lapor diri... kejap je..tak sampai 10 minit, axa diarah terus lapor diri ke INTAN. Cam mana ni.. kereta dah terkunci. Dengan wajah selamba dan kurang malu..axa mintak tolong polis bantuan kat situ. Ada 5 orang tolong buka... berpeluh2 diaorg..sian. Tapi tak berjaya jugak.. dan my only person yang axa rasa axa boleh harap dalam bab2 kereta ni ialah WAYI..kawan axa. Call dia dan dia willing nak datang dari Sepang. Dalam 20 minit Wayi dah sampai ... hmm tak sampai 15 minit..Wayi dah pun berjaya bukak kunci tu..huhuhuh... Thanks alot Wayi.. kite hutang ko belanja ko makan ok. Dan abang-abang Polis Bantuan tu pun terima kasih sangat sebab teman kan axa yang agak cuak.. walaupun kurang berjaya.. tapi at least mereka mencuba.. basah2 baju masing2. Thanks...(hulur duit kopi tak nak la pulak....)

No comments: