Friday, July 20, 2007

Kisah sebuah cerita

Cerita itu bermula...
Antara dua hati yang biasa
Antara dua jiwa yang mencuba
Takdir jadi penentu
Cerita itu bukan lagi cerita biasa.

Lama,
Cerita itu terus melakonkan wataknya
Cerita yang bukan biasa tu berselindung
Disebalik takdir yang mengikat
Cerita itu cuba bertahan
Disebalik sebuah kisah nyata yang dipertahan.

Sampai satu masa,
Watak cerita tidak mahu bercerita
Watak cerita mahu cerita biasa
Watak cerita membunuh setiap cerita!

Cerita tinggal sebuah cerita
Cerita ini punya perasaan
Cerita ini punya pengertian
Cerita ini bukan minta dikasihan!

Dan berakhirlah sebuah cerita
Kerana cerita itu rupanya..
Hanyalah cerita biasa.


Nukilan buat Lovely Aelbeira yang telah pergi buat selama-lamanya.

No comments: