Wednesday, July 11, 2007

Go Go China! Oppss Malaysia la

A'kum...salam di petang Rabu. Hari ni busy sikit.. baru balik dari meeting di Seri Kembangan.

Ok.. last night, it was a sudden plan bila ayah aszra ajak axa tengok bola. M'sia lawan China utk Piala Asia. Actually my plan was.. duduk rumah, kemas2 umah then dalam kul 10 lebih gi EP utk celebrate birthday Dassler. So.. oleh kerana EP tu dekat dengan Bukit Jalil.. so axa pun ok je la.. Just both of us yang pergi. Park kereta kat EP..then jalan kaki ke stadium nasional. Sampai sana org punyer la ramai tengah rebut nak beli tiket. Finally dapat masuk. Game dah start around 5 minutes la masa tu. Ni kali ketiga axa tengok game skuad kebangsaan main..selepas dengan Bosnia (tahun 2003) dan dengan Indonesia (2005).

So ada saper2 yang tengok game malam tadi? Apa perasaan anda? Kalau sebelum ni axa mendengar cerita2 tentang pasukan bola sepak M'sia, tapi malam tadi axa telah menyaksikan sendiri KETIDAKBAGUSAN dan KETIDAKTERRERAN diaorg tu. Angin...angin.. sakit hati.. semua ada. Seperti yang semua tahu.. M'sia kalah 1-5. Memang jadi lauk betul.. Kat radio pagi ni ada sebut, M'sia satu2 nyer tuan rumah yang gagal memungut mata dan kalah di tempat sendiri. Kalah..tapi kalau main bagus.. semua org akan appreciate.. tapi ni main mcm..hmm.. susah nak gambar kan. Yang dah menyaksikan game tuh je yang tahu betapa lemahnya pemain2 M'sia. Skuad China ni bukan la hebat sangat... tapi mereka tahu dan bijak ambil peluang. Mereka sangat rajin.. nak compare ngan pemain Malaysia yang lebih suka tunggu bola. Yang si China plak.. jenis yang kejar bola.. so jangan salah kan China kalau diaorg boleh masukkan gol ke 3 dan ke 4 dalam tak sampai pun 10 minit. Pertahanan M'sia..sangat la teruk... kalau tengok gol2 China..semuanya senang2 belaka. China tak perlu mempunyai kaki yang kuat untuk buat rembatan...atau kepala yang keras utk buat tandukan gol..sebab hanya dengan sedikit kuis..dan cuit bola kat kepala...terus je masuk gol dah. Bola slow pun gol keeper kite tak mampu nak kejar. Pintu gol M'sia punya la terbuka tanpa apa2 pertahanan pun. Pastu bila dah ada peluang pegang bola..boleh plak nak passing2 dulu..sedangkan pintu gol China dah terbukak luas..tinggal cuba untuk masukkan je.. Ni tak..nak jugak passing kat kawan..last2 dapat kat China balik. Suasana yang gamat dengan sokongan penyokong M'sia langsung tak bagi kesan pun kat pemain M'sia.. sampai akhirnya peminat M'sia mengutuk dan meng'boooo' pemain M'sia bila dapat bola. Memang gamat sungguh suasana stadium malam tadi.

Dengan perasaan kecewa..axa dan ayah aszra terus ke EP balik utk celebrate birthday Dassler. So.. adalah sikit majli potong2 kek yang disponsor oleh kawan2 MB. Pastu axa sempat jugak la main boling dengan kawan2 MB.

Apa2 pun untuk pasukan M'sia..tahniah la..nak cuba main utk malam tadi (dengan nada kecewa). Actually.. kami ni para penyokong ni.. bukan kemenangan besar yang kami nak tengok (kalau menang memang bagus la), tapi kami mahukan perubahan. Kami mahu melihat pemain2 Malaysia yang berjuang habis-habisan.. biar kita kalah tapi biarlah main dengan bermaruah!

To my bro, Dassler.. happy belated birthday.. may all ur wish come true.

3 comments:

♥My Perfect High Heels ♥ said...

huhuh tah pape tah malaysia main separuh mase pertama je dh kene belasah abis2an

Unknown said...

dua tiga hari ni memang dengar malaysia kena kutuk je kat era...

mr ayoy @ dassler said...

thanx for da celebration n da wish.. lama dah tak jengah page ni =)