
align="justify">Hopefully dengan pertukaran ini, Aszra akan lebih dapat menuntut ilmu dengan baik. InsyaAllah
Ni adalah exam terakhir Aszra di NURI. Tahun depan Aszra akan ke Genius Aulad (GA). Alhamdulillah GA dah pun dibuka di Setia Alam. Kenapa saya tukar sekolah Aszra? Bagi saya pendidikan di NURI memang bagus. Banyak perkembangan Aszra yang saya dah nampak. Tapi sebenarnya jauh disudut hati saya, memang saya teringin nak Aszra ke sekolah beraliran agama. Di Setia Alam hanya ada Little Caliph tapi sangat lah crowded. Banyak komen dari ibu bapa yang saya dengar. Saya enroll Aszra di NURI tahun ni sebab kat situ ada subjek agama, jawi dan bahasa arab. Tapi ianya tidak lah mendalam. Bila nampak iklan GA di Setia Alam, saya nekad nak tukarkan Aszra ke situ. Saya nak bina pendidikan asas agama yang kukuh untuk Aszra. Saya risau kalau saya dan en suami tak mampu nak bagi didikan agama yang baik. Masa untuk anak2 sangat terhad. Saya dan en suami hanya boleh duduk lepak ngan anak2, borak2, main2..selepas pukul 9 malam setiap hari. Pukul 11 saya dah ajak mereka tidur. Jadi saya harap sangat, pendidikan di sekolah sedikit sebanyak dapat membantu Aszra dalam pendidikan agama. Sekarang ni pun saya dan start plan untuk primary school Aszra. Niat hati nak hantar di ke sekolah rendah agama integrasi. Semoga Allah permudahkan urusan kami.....InsyaAllah.