Monday, May 30, 2011

Ibu yang rindu

Hari ni hari kedua Aszra di Seremban. Nasib baik lah ibu kerja. Kalau duk rumah, sure banjir. Semalam, lepas hantar aszra ke rumah mama aida, mengalir air mata ibu. Tetiba rasa mcm sunyi je.. Adik asyif pun pelik, apasal la ibu ni nak menangis. Tapi adik asyif pun kadang2 mcm mencari-cari jugak, mana lah kakak ni tak ada kat rumah.


Memang terasa sunyi bila Aszra tak ada kat rumah. Walaupun kadang-kadang karenah dia menyebabkan saya stress tapi bila tak ada.. saya lagi stress kot. Semalam satu hari saya mcm tak larat je. Seperti separuh jiwa ku pergi.. ala2 lagu Anang pulak. Tapi tak tahu la.. memang rasa kosong je. Petang, en suami ajak ke Tesco.. nak menghiburkan hati saya la tu.. tapi still rasa langkah ni lemah longlai. Masuk Tesco pun ingat kat Aszra. Yer la.. tempat wajib pergi dia bila naik kat escalator tu, tempat main game. Dia suka main game yang ketuk2 tu. Pastu masa masuk dlm Tesco, en suami pulak teringat.. dia siap ckp.." kalau ada Aszra mesti dia akan drag kita gi area sini dulu..." sambil tunjuk tempat buku-buku. Hmm ayahnya pun teringat kat anak dia.. rindu lah kat anak kesayangan dia tu. Pastu dia teringat Aszra wajib mintak beli Sushi.. Saya ni bila ayahnya duk ingat gitu... lagi la meleleh airmata. Huhuhuhuh.. Pastu bila turun nak balik, satu lagi tempat yang dia wajib pergi kat tempat jual ice blended tu.. Cool Blog. Dia mesti nak beli Strawberry Milk Shake dengan bubble.. Aduhai.. semua teringat kat si kakak tu je la.. mata saya pun dah naik bengkak.


Oh.. mesti ada yang tertanya, ke mana Aszra. Actually, sempena cuti sekolah ni, Aszra ikut cousin2 nya bercuti kat rumah ibu mertua a.k.a Tok Wan kat Seremban la. Cousin2 nya Kak Maira, Abang Jik memang setiap kali cuti akan duduk rumah tok wan dalam 3-4 hari. Sebelum ni Aszra memang tak pernah balik Seremban tanpa saya dan suami. Dulu dia kecik.. dia macam takut nak join sepupu2 nya. Tapi sejak dah sekolah ni.. dah pandai berdikari anak dara saya tu. Bila tanya nak join balik rumah tok wan tak.. terus dia kata dia nak. Saya tak kisah.. ini lah masanya nak ajar dia berdikari di samping meluangkan masa dengan Tok Wan dan Tok Ayah.. Macam saya, saya tak pernah merasa pun balik kampung duduk dengan atok nenek.. Sebab saya hanya sempat jumpa nenek sebelah emak sampai usia saya 4 tahun je. So, tak leh nak recall kenangan dengan arwah. Nenek dan datuk2 lain memang tak pernah langsung la nak kenal.


Kenapa saya beriya2 sedih? Kalau ada yang baca.. yer la setakat Seremban pastu bukan duduk ngan orang lain pun kan.. huhuhuh. Saya bukan sedih pasal tak bagi dia pergi. Cuma saya rasa macam sunyi. Yer la.. first time anak nak tinggalkan saya. Selama ni kalau outstation, saya yang tinggal kan dia. Ni dia lak tinggalkan saya. Kadang2 kalau dia nak tidur umah mak saya pun.. saya leh nangis sebab malam2 dia tak ada. Rasa rindu. Tapi lama2 nanti saya biasa la... Tadi call Tok Wan.. diorg buat mcm 2 aktiviti. Cuci kereta, gi swimming pool kat golf club, nak gi jogging la.. buat art, buat home work.. Dengar suara Aszra pun mcm ceria je..... yang penting dia happy...

Thursday, May 26, 2011

Doa

Lusa, 28 Mei 2011 aszra akan sambut birthday dia yang ke 5. Pagi tadi ayahnya tanya mana telekung aszra sebab ayahnya nak displinkan dia sembahyang start birthday dia. Alhamdulillah... Harapnya usaha ayahnya berjaya la. Memang macam susah sebab saya sendiri pun kadang2 tak penuh jugak solat tu. Penat la.. tertidur la. Tapi ayah nya kata, nak didik anak so kita as parent pun kena tunjuk contoh terbaik la kan.. insyaAllah..

Actually nak ajar anak ni sebenarnya kalau tahu caranya memang mudah. Kena usaha lebih sikit + tahu mcm mana nak pujuk. Aszra sejak sekolah.. saya biasakan dia untuk baca doa sebelum pergi sekolah, sebelum makan dan sebelum tidur. Alhamdulillah, bila dah jadi rutin, lama2 dia sendiri yang ingat nak baca doa. Tak payah saya suruh pun. Tiap2 pagi sebelum sampai school dia akan baca al-fatihah dan doa belajar. Pernah sekali saya pun terlupa. Sampai kat gate sekolah, dia teringat dia belum baca doa. Dia tak nak masuk dulu dan kat situ juga dia baca doa. Sejuk hati saya tengok dia sendiri terasa tak lengkap selagi tak baca doa. Bila nak tidur pun sama.. memula dulu saya la remind dia.. tapi sekarang dia baca sendiri. Saya pernah nampak, dia dah baring2 je.. mata macam nak pejam dah.. tetiba dia bangun pastu terus baca doa. Lepas tu baru dia tidur.

Aszra pernah tanya, kenapa kena baca doa. Saya selalu citer kat dia.. Kalau kita baca doa sebelum pergi school, syaitan semua akan lari.. Allah akan jaga dia kat school, bagi dia senang nak belajar. Maklumlah..ibu dan ayah tak leh jaga dia kat school. Pastu kalau nak tidur kita baca doa, Allah akan jaga kita masa kita tidur. Syaitan tak boleh masuk dalam badan kita, tak boleh bagi kita mimpi yang menakutkan. Bila bangun pagi nanti pun senang je. Tak payah nak nangis2 susah nak bangun. Dan dia memang percaya pada doa yang dia baca.. Sama juga saya.. bagi saya doa merupakan usaha yang sangat mujarab selepas kita dah berusaha sedaya upaya.. insyaAllah.. kalau kita ikhlas, Allah makbulkan doa kita....

Monday, May 23, 2011

Acip tengok wayang



Jumaat lepas, saya dan keluarga termasuk mak, ayah.. adik dan adik ipar gi menonton filem Nur Kasih The Movie kat Cineplex, Damansara. Maklumlah.. saya ni peminat tegar drama Nur Kasih. Sampai sekarang pun kalau ada free time, mesti bukak youtube layan drama ni. Macam tak jemu je... So, harus la saya tonton filem nye pulak kan.


Bila satu family dah gi tengok, termasuk lah putera bam bam saya si Acip tuh. Actually ni bukan kali pertama asyif menonton wayang.. kali ke tiga dah. First time dengan ayah dan kakaknya tengok citer Red Riding Hood kot.. masa tu diorg bosan tunggu saya main liga sampai 4 jam.. so diorg pun layan la wayang. Kali kedua.. kami tengok citer Thor. Alhamdulillah tak ada masalah... dia duduk je atas riba. Sampai lagi 15 minit citer nak habis, dia tertidur. So.. kali ni gi tengok Nur Kasih, saya memang confident la dia boleh bertahan. Tapi jangkaan saya meleset. Setengah jam pertama dia boleh landing elok je atas riba ayah dia. Lepas tu dia dah mula gelisah.. nak berdiri pulak. Dia pergi kat Pokcu la.. pergi kat kakak la.. last2 dia nak turun tangga sampai tergolek la sikit. Saya yang konon nak feel tengok movie ni pun terbantut dah rasa sedihnya.. Kawan2 kata kena bawak tisu sebab sedih sangat. Tapi nak sedih macam mana, si Acip ni buat saya tak senang duduk. Lagi 20 minit nak habis dia duk jerit2 la pulak. Terpaksalah ayahnya dukung bawak ke pintu belakang.. baru senyap. So, en. ayah tengok dari belakang je la... kami buat kesimpulan, acip bosan kot tengok citer melayu yang banyak bercakap. Citer red riding hood dan citer thor tu dah tentu la banyak action kan.. sebab tu dia boleh stay.


Tentang citer Nur Kasih ni.. bagi saya ok lah. Memang menceritakan kisah Nur dan Adam la.. Macam citer real life biasa. Cuma Khabir Batia pandai olah citer tu supaya lebih menarik untuk ditonton. Saper tak tengok lagi.. gi la tengok yer.. Saya puas hati. Ada jugak scene yang menyentuh perasaan.. Jatuh jugak la setitik dua air mata saya...hehheheh

Friday, May 20, 2011

Bila Larut Malam


Jumaat lepas saya dan warga IMATEC berlepas ke Sungai Petani, Kedah untuk sesi team building. 3 hari dua malam kami di INTAN Wilayah Utara atau nama glamernya INTURA. Berat hati saya nak tinggalkan anak-anak especially Asyif yang kejap demam, kejap ok. Tapi pergi juga saya... Perjalanan naik bas INTAN memang menyakitkan badan. Almost 6 jam baru sampai ke Intura. Sempat la singgah makan mee udang kat Sg. Dua.. Tak tahu apa yang best sangat, tapi bagi saya biasa je mee udang tu.



Kami semua dah dipecahkan ikut kumpulan. Team saya kumpulan UNGU. So, baju kami semua color ungu. Alhamdulillah, team saya sporting2 belaka. Banyak lah aktiviti group dinamik yang kami kena buat. Kadang2 blur jugak saya.. maklumlah lama dah tak join aktiviti team building ni. Sabtu malam.. malam yang dinanti.. tiap2 team kena buat persembahan. Team saya buat medley p.ramlee. Kami gabungkan 4 lagu pramlee dan berlakon ikut lagu tu. Saya berlakon untuk lagu Bila Larut Malam dan act as Saloma..hhuhuhuh.. lama saya tak buat persembahan pentas mcm ni. Alhamdulillah team kami menang best performance...hehehhe.




Ahad.. pagi2 dah kena ke Ulu Legong untuk sessi jungle tracking. Saya bukan tak biasa meredah hutan, sungai cam gini.. tapi kali ni memang mengerikan sebab rupanya tempat tu banyak giler pacat. Rata2 semua kena gigit. Saya kena dua... tempat tu memang sarang pacat kot. Sana sini semua ada. Dalam sungai yang deras tu pun ada. Ada yang pacat masuk dalam seluar.. masuk kat baju dalam.. macam2 la...sampai hari ni kami fobia ngan pacat. Ni bekas gigitan pacat pun tak hilang lagi.. gatal lak tuh. Tapi apa2 pun sekali sekala join aktiviti mcm ni memang best. Banyak kenangan manis, masam, pahit.. semua ada untuk dikenang. Kat opis ni, masih lagi hangat dengan citer2 di Kedah..

Thursday, May 12, 2011

Wakil sekolah



Semalam saya dapat call dari teacher Aszra.. dia terpilih untuk wakil sekolah ke pertandingan mewarna tadika daerah klang Sabtu ni. Terkejut saya..heheheh. Teacher kata.. base on tugasan mewarna yang diorg pernah bagi, Aszra nyer kerja quite ok.. so enam orang dari Tadika Nuri akan ke pertandingan tersebut.


Mungkin bagi setengah2 orang, perkara ini agak biasa.. setakat gi pertandingan mewarna. Tapi bagi saya, ini satu permulaan yang sangat baik untuk Aszra. Saya tidak meletak harapan yang tinggi padanya untuk menang. Saya tahu dia mewarna tidak lah terlalu cantik, tapi yang penting perkara begini boleh expose Aszra untuk lebih berkeyakinan. Aszra melalui pemerhatian saya, sangat pemalu orangnya. Kadang2 saya rasa, dia tidak seperti saya yang sangat aktif walau ke mana pun saya pergi. Sejak dari darjah tadika, saya sering menonjol.. Darjah satu hingga ke tingkatan 5.. masuk universiti sampai lah dah kerja.. saya memang jenis yang tak duduk diam dan selalu je wakil mana2 untuk apa2 pertandingan.. Suami saya selalu pesan.. jangan terlalu berharap supaya anak-anak jadi macam saya. Saya terima itu...saya tahu anak-anak saya pasti ada keistimewaan masing-masing. So, untuk pertama kali dalam hidupnya..dia akan mewakili sekolah.. saya sendiri rasa bangga. Saya tahu Aszra juga istimewa....


Tahniah untuk Aszra dan Good Luck sayang ibu...

Tuesday, May 10, 2011

''I" untuk saya



4 Mei yang lepas.. saya bukan saja menerima anugerah APC, tapi saya juga telah menerima benda canggih seperti gambar di atas. Terima kasih sangat2 untuk en suami saya yang telah menghadiahkan saya benda sofistikated yang pernah saya ada... Saya bukanlah peminat tegar barang2 epal ni.. tapi bila dah pakai, terus jatuh cinta tuh.. bagi saya, sangat la bestnya. Orang lain saya tak tahu la kan.. tapi untuk saya.. memang saya sangat suka. Saya memang bukan seorang yang suka explore gadget2 mcm ni. Malah ada yang tanya, tahu ke saya nak guna... tapi bila dah ada kat tangan sendiri... tahu le saya kan...eheheheh. Thanks again awak! Love U so much!

Friday, May 06, 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Kalau di Facebook rata2 kawan2 saya semua dah tahu pasal hal ni. Tapi perlu juga dicoretkan disini sebagai kenangan yang boleh dibaca oleh anak2 cucu..ehhhe.


Alhamdulillah, 4 Mei 2011 yang lalu, saya telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Perkhidmatan Awam bagi tahun 2010. Memang saya tak sangka langsung akan dapat anugerah ini dalam masa hampir 4 tahun perkhidmatan saya dengan kerajaan. Tapi memang dah rezeki saya tahun ini. Tiap2 tahun saya dengar orang dapat APC ni. Pernah terfikir entah bila la saya nak dapat..maklumlah, saingan di sektor awam ni tinggi jugak. Tapi semua tu tak mematahkan semangat saya untuk terus bekerja dengan ikhlas. Syukur sangat, penat lelah bekerja dibalas dengan anugerah seperti ini. Saya memang aktif di ofis. Selain kerja hakiki di program EPSA, saya pun join aktiviti ko-kurikulum.. bowling, jadi emcee sana sini, exco kelab dan lain2. Ala2 mcm kat universiti la jugak dulu. Mungkin dah terbiasa kot. Saya memang tak pandai duk diam2 buat kerja. Itu lah diri saya...


Majlis berlangsung pada malam 4 Mei tu di PICC. Kali ni majlis agak grand dari tahun2 sebelumnya. Siap buat dinner tu.. Sijil anugerah pun Menteri yang sampaikan tahun ni. Memang happy sangat. Tapi saya tahu, disebalik penghargaan ini, ramai2 insan2 penting yang sentiasa menyokong saya. Keluarga saya yang terutama.. en suami yang sangat memahami.. anak2, emak, ayah, adik.. keluarga di ofis.. saya ada kawan2 yang juga sangat menyokong sesama sendiri.. terima kasih semua...