Saya baru balik dari IJN. Rezeki saya bertemu dengan Iqbal Fahreen. Walaupun pada awalnya berat hati nak ke sana, bukan apa, saya takut kalau-kalau saya tidak mampu mengawal diri sendiri, tak mampu nak menahan perasaan..
Semalam, permintaan Iqbal berjaya dipenuhi oleh insan2 yang sangat berhati mulia. Alhamdulillah kek yang dijanjikan siap dan terus dihantar oleh pembuatnya dari Mantin, Negeri Sembilan tanpa sebarang bayaran. Semoga Allah saja yang membalas jasa En Hamzah, Kak Suhaida, Puan Ana dan En Abdul Rahman. Walau saya sekadar penyampai maklumat, tetapi saya sendiri tumpang gembira bila impian Iqbal tercapai.
kek pertama Iqbal
Hari ni.. awal pagi saya menerima sms dari Lin, kawan saya di Setia Alam yang mintak tolong untuk saya hantarkan sebiji lagi kek berbentuk truck yang dibuat oleh jirannya. Ohh.. ramai yang berhati mulia di dunia ini.. Alhamdulillah, kek itu juga telah selamat sampai di IJN. Saya menguatkan hati untuk melangkah ke sana bersama Aszra. Hati saya berdebar2.. Tapi saya kuatkan juga. Bertemu juga saya dengan Iqbal, anak kecil yang bukan siapa2 pada saya, tetapi namanya sangat terkesan di hati saya.. Kalau semalam saya tengok gambarnya masih mampu untuk duduk untuk potong kek, tapi hari ni, Iqbal nampak lebih lemah. Dia hanya baring mengiring di atas katil melihat kek yang saya bawa. Nampak keletihan diwajahnya.. Berbual dengan ibu Iqbal, membuat kan saya kagum. Betapa tabahnya hati seorang ibu.. Beliau bercerita tentang Iqbal dengan tenang je.. Tak ada pun riak wajahnya bersedih atau meminta simpati. Tapi jauh dilubuk hatinya tiada siapa yang tahu.. Katanya, dia redha dan tahu Iqbal akan pergi meninggalkannya tidak berapa lama saja lagi. Walaupun begitu, dia puas.. kerana selama 4 tahun menjaga Iqbal, dia telah memberi yang terbaik utk satu2nya anak lelaki yang dimiliki. Banyak dah diusahakan.. tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk Iqbal. Kata-katanya yang sangat terkesan pada saya.. "Allah menguji saya kerana nak beri saya pahala yang banyak.. Allah beri saya anak lelaki untuk tunggu saya kat syurga". Jatuh air mata saya disitu juga..
another cake dari Setia Alam
Hampir setengah jam saya disitu.. saya dapat rasa kekuatan seorang anak dan ibu. Iqbal memang anak yang kuat semangat... mungkin kerana ibunya juga seorang yang tabah.. Sama-sama lah kita berdoa yang terbaik buat Iqbal, andai kehidupan akan memberikan kebahagiaan untuknya, berdoalah kita agar dipanjangkan umurnya.. andai pemergianya dapat melenyapkan segala kesakitan dan kepayahannya... berdoalah kita agar dia pergi dengan tenang dan mudah... Allah telah punya rancangan buat Iqbal.. namun, tiada yang mustahil dengan Kuasa NYA. Subhnallah!
16 comments:
Semoga Allah permudahkan segala-galanya untuk Iqbal. Amin
Kepada ibu bapa Iqbal tambah dan redha dalam menghadapi dugaan Allah swt.
Semoga mereka tabah melalui situasi ini. Kpeada kalian yang berusaha untuk Iqbal, hanya Allah yang dapat membalas budi dan jasa kalian.
Hanya Allah yang tahu...
Tahnah akak ..:)...semoga ada sinar baru untuk Iqbal sekeluarga ..:)
Salam. mama baru tau ttg crita arwah iqbal ni. tersentuh hati & menitis air mata membayangkan anak kecil tu & perasaan ibunya...
~sedih dan sangat tersentuh. . . semoga keluarganya tabah menghadapi ujian yang berat seperti ini. .alfatihah untuk arwah..:)
bergenang air mata anor baca & tgk picca iqbal. teringat anak kat rumah. anor minta izin copy picca & paste di blog ye...
sedih nyeee . ade bce aartikel pasal adik nhe , :(
terharu saya baca post ni..kecilnya ujian yg menimpa diri ini berbanding org lain..mengajar erti syukur atas apa yg diberi
Terima kasih atas posting ini. Moga bermenfaat buat semua. Moga Allah swt menanam kesabaran kepada para waris Al-Marhum dan menjadikan beliau saham bagi mereka di Akhirat nanti. Al-Baqa' lillah (Kekal itu adalah milik Allah).
saya ada terbaca mengenai arwah adik iqbal fahreen dan bagaimana ibunya berusaha selagi dia mampu dalam memberikan kebahagian kepada arwah...
sungguh menyentuh perasaan..
semoga Allah merahmati dan meletakkan adik iqbal dalam golongan orang2 Mukmin...amin...
Ya allah sungguh menyentuh hati. Tabahlah wahai ibu..sy tak rasa sy akan sekuat dan setabah ibu adik iqbal jika ini berlaku. Smoga Allah merahmati keluarga adik iqbal..
saya menangis menbaca nya . semoga tabah menghadapi ujian allah s.w.t .
replica watches, louis vuitton, ray ban sunglasses, oakley sunglasses, ray ban sunglasses, louboutin shoes, cheap oakley sunglasses, sac longchamp, air max, nike air max, kate spade outlet, ugg boots, nike free, ugg boots, christian louboutin outlet, nike outlet, jordan shoes, oakley sunglasses, oakley sunglasses, louboutin pas cher, prada handbags, polo ralph lauren outlet, gucci outlet, prada outlet, nike roshe run, nike air max, tiffany jewelry, uggs on sale, ray ban sunglasses, louis vuitton outlet, longchamp, burberry, louboutin, louis vuitton, louboutin outlet, louis vuitton outlet, michael kors, tiffany and co, longchamp outlet, ralph lauren pas cher, air jordan pas cher, chanel handbags, replica watches, louis vuitton, polo ralph lauren outlet, tory burch outlet, longchamp outlet, longchamp pas cher, nike free, oakley sunglasses
burberry outlet online, michael kors, hermes, tn pas cher, north face, true religion jeans, new balance pas cher, air force, coach outlet, michael kors outlet, ralph lauren uk, sac guess, true religion jeans, kate spade handbags, ray ban uk, coach outlet, timberland, michael kors outlet, nike air max, converse pas cher, hollister, burberry, lululemon, north face, ray ban pas cher, nike free run uk, michael kors outlet, hollister pas cher, michael kors outlet, vans pas cher, true religion jeans, replica handbags, michael kors outlet, abercrombie and fitch, nike roshe, oakley pas cher, nike blazer, nike air max, nike air max, michael kors, michael kors, vanessa bruno, coach purses, ugg boots, hogan, lacoste pas cher, michael kors, ugg boots, mulberry, true religion outlet
ralph lauren, insanity workout, north face outlet, mont blanc, gucci, instyler, reebok shoes, babyliss, ferragamo shoes, wedding dresses, asics running shoes, longchamp, iphone cases, bottega veneta, soccer shoes, converse outlet, mac cosmetics, nike roshe, jimmy choo shoes, abercrombie and fitch, chi flat iron, hollister, nfl jerseys, nike huarache, baseball bats, louboutin, p90x workout, birkin bag, nike air max, nike trainers, vans shoes, beats by dre, lancel, oakley, giuseppe zanotti, nike air max, soccer jerseys, mcm handbags, herve leger, ray ban, north face outlet, celine handbags, vans, new balance, timberland boots, hollister, valentino shoes, lululemon, hollister, ghd
Post a Comment