Thursday, December 10, 2009

Teater Natrah

Salam... seminggu dua ni terlampau banyak sangat aktiviti, tapi tak ada masa langsung nak edit blog. Kat office memang agak payah..coz sedang mengejar dateline hujung tahun. Kat rumah pulak.. bila on je PC.. si Aszra lak datang nak join main game girls dia.. aduhai..

Ni entry tertunggak.. Khamis 3rd December 2009, malam sebelum anniversary hari tu, axa dan ayah aszra menonton Teater Natrah di Istana Budaya. Sib baik dapat tiket.. most tiket sold out sampai teater tu dilanjutkan ke 13 december. Actually.. axa memang peminat teater. cuma since aszra dah ada, jarang sangat kami dapat peluang.. Memory lane jugak tengok teater ni coz.. axa dan ayah ayah aszra keluar buat pertama kali pun masa gi tengok teater Siti Zubaidah kat Istana Budaya ni.. masa tu tak couple lagi.. gi tengok dengan sorang member axa, Afzan Adam. Balik dari teater tu ayah Aszra offer hantar balik ke Kapar... Malam tu jugak lepas ayah Aszra sampai rumah, dia call dan terus approach...huhuhuh...

Panggung Sari Istana Budaya (kena nyanyi lagu Negaraku before tetaer mula)


Barisan pelakon.. Maya Karin (Natrah) & Remy Ishak (Mansur Adabi)


Berbalik pada teater Natrah.. axa pernah baca history natrah ni.. perempuan belanda yang mencetuskan kontrovesi, masa tu belum merdeka lagi. Ada banyak isu.. agama, kasih sayang. Natrah ni anak org Belanda, dijaga oleh seorang melayu dan dibesar kan di terengganu hingga umur 13. Pastu family dia nak tuntut dia balik.. nak tukarkan agama.. kat sini konflik berlaku. Kalau kita as Muslim baca sinopsis mcm ni sure kita akan bias ke arah agama kita iaitu Islam.. tapi Erma Fatimah as Pengarah berjaya buat penonton berfikir, dalam hal ni, bukan isu agama yang menjadi pokok pangkal. Kasih sayang.. isu politik masa tu semua main peranan. Dan Natrah ni la mangsa semua keadaan. Kalau baca history Natrah ni.. lepas dia dirampas semula dan di bawa balik ke Belanda.. hidup dia tak menentu. Dia berkahwin sampai 3 kali, then pernah masuk hospital sakit jiwa... Memang best la lakonan Maya Karin as Natrah.. dan yang juga menarik ada Remy Ishak yang pegang watak Mansur Adabi (suami Natrah yang dikahwini ketika Natrah berusia 13 tahun).

Lepas habis tu pelakon2 ni semua ada sesi autograf.. axa dgn perut besar ni memang takkan la nak beratur kan. Tapi tengok je la dari jauh. Dan yang bestnya.. semua orang panggil remy Ishak dengan panggilan ADAAAMMMM... kuat betul pengaruh Nur Kasih..ehehhehe

Ni la Natrah.. masa ni dia berkunjung ke Malaysia..

Ayah Aszra ngan Poster

KAMI berdua di malam anniversary...

3 comments:

Nora said...

nak jerit jugak. ADAMMMMMMMMMMMMMMMMMM

as a.k.a axa87 said...

over la pulak ko ni... yang penting kite dah jerit secara live

zOe said...

aku tertarik part extra scene lepas teater siti zubaidah tu jer hehe ..babak "the approach" :P ..hmm aku rasa mcm aku pergi tgk gak siti zubaidah tu dulu ..yg kisah gadis kampung yg pandai mengaji err etc ..cuma aku lupa pulak sapa heroin dier hehe ..

sayang nyer i missd out on natrah ..would love to see maya karin in it..n of cos ADAM!