Tuesday, December 22, 2009

32 weeks dah.... 8 weeks to go..


Salam... minggu ni dah genap 8 bulan axa membawa si kecik baby As ni.. eheheh panggil baby As la kan.. sebab nama baby ni nanti sure akan ada As di depannya. Ikut tradisi ibu, ayah dan kakaknya Aszra. Actually dah siapkan nama dah pun untuk dua2 gender.. lately ni semua dah tanya baby girl ke boy?? Dan penat juga nak menjawab yang we all ni tak nak tahu jantinan baby sampai la dia lahir nanti. So.. sabar la yer.. sebagaimana sabarnya kami sekeluarga menunggu kelahiran baby As ni nanti.


Di usia 8 bulan mengandung ni... memang dah semakin berat la. Last friday nyer check up alhamdulillah kandungan gula dlm darah dah kembali normal. jenuh jugak la axa jaga makan.. tak nak manis2.. pastu 2-3 hari sebelum check up kena buat test darah sendiri. Sib baik la tak sakit sangat buat sendiri walaupun pada mulanya takut jugak nak cucuk jari sendiri. Reading gula dah ok.. BP pun so far cantik. Dr. scan pun alhamdulillah kedudukan baby ok.. uri di atas dan kepala baby dah pusing ke bawah. Dr ckp berat baby dah cecah 2 kg. Alamak... ni yang menakutkan. Axa sangat risau kalau keluar baby besar. Aszra dulu masa lahir baru 2.55kg. Kecik je dia.. Jahitan pun tak banyak.. 3 jer. Ngeri axa dengar orang kena jahit sampai berbelas2.. sebab baby besar. aduhaiiii... Dr. dah pesan.. baby kali ni memang akan lebih besar dari kakaknya..


Di usia 8 bulan mengandung ni jugak.. banyak perubahan berlaku kat diri axa. Selain hidung yang seperti biasa akan kembang setaman.. kami dan tangan dah mula bengkak. Lupakan saja hajat nak terus pakai cincin. Semua cincin dah cantik tersimpan dalam jewelery box. Tunggu la jari ni kurus balik. Kaki lak.. so far dah nampak cam gemuk sikit tapi tak seteruk masa mengandungkan aszra dulu. 8 bulan je dah nampak mcm kaki gajah..heheheh.. Sandal scholl masih boleh pakai.. berbaloi beli sandal ni.. memang tahan lama. Pastu jari jemari selalu cramp bila pagi2.. tak leh nak genggam tangan. Ni penangan water retension la ni. Perut lak.. memang la membesar bagai johan dah.. Siap ada strech mark lagi. Pastu tidur malam memang tak lena. Kejap2 tukar posisi tidur. Kadang2 tidur terbalik la.. sebab nak cari port yang selesa. Ayah aszra sampai pening tengok tiba2 axa tidur kat hujung kaki dia.. heheheh.. Pastu asyik terjaga2 sebab asyik nak terkucil je.. sib baik la toilet dlm bilik. Every 2 hours mesti bangun. Pastu time nyer sekata lak tuh. Kalau start bangaun 12.30 tgh malam.. kul 2.30 am bangun lagi.. diikuti 4.30 dan last 6.30 am. Memang besar dugaan ibu mengandung ni kan... sebab tu la syurga itu ditelapak kaki ibu......

7 comments:

shuzana said...

axa..sebulan je lg ek..tak sabar plak shu nk tahu bb as ni boy or gal...emmm ingat lg tak camne nk push push..?

as a.k.a axa87 said...

ehehehhe.. so far masih ingat la cam mana nak push tuh. Tapi takut kali ni lain pulak kan.. risau jugak ni.

as a.k.a axa87 said...
This comment has been removed by the author.
Dania's mummy said...

Shopping time!!! Axa, klu dpt baby boy, nak ambik berkat la... btw, x yah susah2 tgk kan blackboard tu kat ikea.. sebab td sy cabut g ikea kejap (*wink*wink*)dia kata dlm next mth baru stock sampai.. so end of jan ke feb ke, leh la tgk2 lagi..

as a.k.a axa87 said...

amboi.. sanggup tu gi ikea lagi.. tak apa.. nanti dah hujung jan awak gi tengokkan.. kalau ada bagi tahu..leh grab jugak.

Dania's mummy said...

as... x nak balas komen kat blog saya, takut awak x sempat baca.. pasal komen awak kat blog saya tu, ye sgt murah RM29.90 utk 3 meter! seriusss... byk lagi... tp yg mcm cartoon ulat2 yg biasa tu ada lg dalam 3 papan kot.. yg lain tu biasa2 la.. eh, pergi la beli, boleh buat sarung bantal baby baru nanti... td saya jumpa gak bantal kecik sesuai utk baby, span dia sedap harga RM9.90 satu.. klu nak bolster budak, g AUSSINO kat klang prade, dia kat kaunter, jual murah2. Tak silap 2 pcs RM9.90... pergi tau.. xcited terlebih ni... hehehehehe

shima said...

salam, semoga as selamat bersalin nanti. Klu dah kluar bb cepat2 update blog dgn gambar bb ye. Kita pengikut setia blog ni.

Shima,
Taman Saujana Kapar.