Monday, March 31, 2008

Another weekend story

Salam pagi Isnin..
Alhamdulillah.. axa dan family semakin sihat dan kembali aktif dengan macam-macam aktiviti. Sabtu.. lepak kat rumah kak Aida.. memang dah plan nak to have family dinner sama2 sempena birthday kak Aida on 28 March. Happy 35th birthday this year...Semoga lebih sihat dan ceria selalu.

Kak Aida tengah potong kek..tu tiga orang budak kecik yang tak sabar2 nak tiup dan makan kek

Ahad
Seawal kul 11 pagi.. axa , aszra dan ayah aszra dah keluar. Destinasi pertama ialah Function Hall, Setia Alam. Hari ni ada kempen derma darah. Axa memang dah biasa derma darah. Kali ni yang ke 10 la.. Axa mula menderma sejak umur 19 tahun.. kat UKM masa tu. Every year ada buat kempen ni.. pastu masa kerja di KUB Malaysia dan UNITAR pun, every year ada kempen derma darah. Axa pernah juga derma untuk arwah adik Safiyya yang menderita penyakit Hati. So..sesiapa yang mempunyai kesihatan yang baik, axa galakkan pergi la menderma darah...


Tengah derma darah..

Destinasi seterusnya ialah.. ke birthday party Amira Syafrina, anak Apek (kawan ayah aszra) kat Teluk Menegun Klang. Singgah kejap kat Parkson, Klang Parade..beli hadiah. Ramai juga tetamu yang hadir. Makanan pun banyak ..siap ada orang masak burger lagi dan boleh makan burger tu banyak2 kali..panas2 ..hehehe.... Happy birthday to Amira Syafrina and thanks to Apek & Leen for having us yeasterday..

Sessi cake cutting..Aszra pun menyelit jugak

Destinasi seterusnya.. ialah gi shopping kat Jalan Tuanku Abdul Rahman.. Gi Semua House, Gullatis.. hmmmm semua nya utk preparation of Adik's pra-big day.. hehhehheh.. nanti axa cerita lebih lanjut. May will be a busiest (betul ke ejaan ni) month untuk axa...

Thursday, March 27, 2008

Anak Halal - Halal ditonton

Salam.. Malam Jumaat..
Tetiba rasa nak on pc kat rumah ni dan nak mencoret something kat sini. Hari ni macam penat sikit.. tapi axa realize finally rasa macam sihat..naper?? sebab petang tadi axa bersukan. Ada friendly Volley Ball ngan JKR. First time main ngan team INTAN. Not bad.. best kat sini ada banyak kemudahan sukan. So.. dah plan ngan Sato dan ayah Aszra... we all akan mula ber tenis next week.. huhuh..

Balik tadi singgah pasar malam..beli bahan2 nak nak masak.. so... kul 9.30 tadi baru siap masak .. menu hari ni, daging goreng kicap, taugeh masak lemak dan sambal belacan. Dan yang best malam ni.. sambil makan ayah aszra on VCD ANAK HALAL..yang baru dibelinya tadi.

Actually memang nak citer pasal movie ni la.. ANAK HALAL.. memang halal di tonton. Maybe ada yang dah tengok kat wayang. Axa tak sempat nak gi tengok..atau maybe lupa nak tengok kot masa tengah tayang kat panggung (biasa la..citer melayu mcm susah nak jadi tarikan kat axa dan ayah aszra).. tapi lepas menonton VCD ni.. actually kita patut support filem Malaysia yang macam ni. Bagi axa filem ANAK HALAL ni memang bagus ditonton. Kalau kite suka nak tengok citer2 18SG mat salleh.. mengapa tidak tonton citer melayu yang satu ni. Dari awal menonton... sampai habis VCD tu.. axa rasa axa tak ada masa langsung nak mengantuk atau nak rasa bosan.. sebab citer nya sangat penuh dan padat sampai tak tahu bila citer tu akan habis. Serius..axa suka citer ni.

Plot citer... mula2 simple.. macam nampak citer pasal remaja kaki lepak, rempit, tapi rupanya citer ni citer berat. Jalan citer yang tegang dan ending yang berat, seberat life kite as manusia. Citer ni menceritakan realiti hidup sebenar.. bukan citer2 dongeng, khayalan atau yang typical citer yang selalu ada happy ending. Mesej nya mudah dan jelas.. DADAH.. ALONG.. tapi realiti hidup adalah tidak MUDAH untuk menentang dua anasir jahat ni. Itu yang ditunjukkan dalam filem ni.

Barisan pelakon.. semua pelakon muda yang hebat2. Farid Kamil, Maya Karin, Adi Putra, Fasha Sanda, Raja Farah, Fauzi Nawawi, Zul Huzaimi dan ramai lagi.. Lakonan masing2 sangat mandtap, bersahaja dan bagi axa setiap watak dilakon kan tanpa cacat cela. Kalau ada yang nak tengok citer ni.. jangan terkejut dengan skrip citer ni. Ada yang kasar dan ganas... tapi itu lah realiti. Tak perlu tapis2.. tak perlu susun ayat macam novel. Berjela2.. cukup satu perkataan.. sudah memaksudkan apa yang nak disampaikan. Axa rasa citer ni lebih real compare to Impak Maksima(x tengok lagi) atau Gangster (dah tengok)...We have life.. true friends... families... dan kita juga takkan lepas dari masalah. So... fikir la... seberat mana masalah kita, ramai lagi kat luar sana yang lebih berat beban yang ditanggung. (Banyak la merapu malam ni)

Ok la..Axa tak perlu citer jalan filem ni .. cuba lah tonton.. tengok, samada anda sedar atau tak sedar banyak perkara yang benar dan lebih realiti dalam life yang kita tak sedar.

Monday, March 24, 2008

Lagi Dugaan...

Salam petang Isnin...
Hari ni kembali bekerja. Axa bercuti sejak Khamis...Cuti Maulidur Rasul dan terpaksa cuti on Friday sebab MC. Last week memang macam-macam dugaan. Lepas mak keluar dari hospital.. adik pulak ada simptom yang sama mcm mak. Sakit perut. Muntah2 la jugak dia.. tapi tak lah teruk sangat. Khamis.. axa pula dapat simptom yang sama. Axa mula sakit perut dan tak lalu makan. Dengan history peptic ulcer axa tuh.. maka nya sakit axa bertambah teruk. Axa tak mampu berdiri pun. Pemutusnya.. ayah aszra bawak gi klinik. Sampai klinik.. doktor inject pain killer.. tengah sakit..so tak kisah lah apa doktor nak buat. Macam reda sikit la sakit tuh... Tapi bila sampai kat rumah.. axa dah rasa lain macam kat muka. Tengok cermin.. Sah! Axa allergic to the pain killer yang doktor inject tu. Terus gi balik ke klinik. Masa tu both of my eyes.. dah membengkak. Ayah aszra kata macam muka orang jepun..huhuhuh... Doktor pun terus bagi ubat lain. Horror sungguh masa tu... sebab axa tengok muka sendiri pun dah tak kenal. Tapi yang buat axa rasa lega dan sejuk.. bila aszra datang kat axa tanpa rasa kekok tengok muka ibu yang dah bengkak tu sambil ckp "ibu..akit" dan dia kiss both mata axa yang bengkak tuh... Rasa semua penyakit hilang masa tuh....
So, Friday axa terpaksa MC. Tunggu bengkak ni susut.. Aszra pulak dah ada tanda2 batuk dan selsema.. tapi after having ventolin, dia ok... Weekend tu memang tak buat apa2 la.. Ayah Aszra pulak busy dengan project dia kat Hotel Summit sampai hari Sabtu. Ahad..sempat juga ke wedding 2nd cousin axa... tu pun bila bengkak kat muka dah surut. But still pakai sunglass. Ahad malam.. ayah pulak tunjuk simptom yang sama. Bawa juga ke klinik... kali ni doktor nasihatkan agar we all check the whole house esp kat water tank.. takut ada apa2 yang menyebabkan kami anak beranak tak sihat...
About axa... masih lagi under TOT dan tunggu pc baru kat tempat baru. Esok axa cuti coz ambik exam undang-undang.. hopefully boleh la lulus... 2 buku tebal tak habis study lagi tu...

Tuesday, March 18, 2008

Axa dan Mak

Salam... ada yang bertanya tentang posting Jumaat lepas. Ok la.. currently axa online di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara Kuala Lumpur. Alhamdulillah, permohonan axa untuk bertukar ke KL diluluskan. Bermula semalam 17 Mac 2008, axa mula bertugas di sini..(dekat betul ngan ayah aszra..ehheh). Lepas ni, tak payah drive jauh-jauh...tak perlu ambil coffee pagi-pagi utk elak mengantuk. Syukur sangat.... Pindah rumah Setia Alam pun tak lah jauh sangat nak gi kerja. Buat masa ni, axa masih dalam TOT (training of trainer) utk dpt sijil trainer. Wajib ada untuk semua pegawai INTAN. Ada assignment dan presentation yang perlu axa buat. Ala2 kat universiti lak rasanya..heheheh...

Ok.. now about my family.. Last Sunday, mak axa dimasukkan ke wad, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Actually dah 3-4 hari mak sakit, tak bermaya disebabkan oleh muntah dan cirit birit yang agak teruk. Tak boleh makan apa2 pun. Mesti keluar balik. Pagi tu, axa ada treasure hunt(axa akan citer dlm entry lain). Kul 1 lebih, adik call, suara mcm menangis. Adik cakap mak tiba2 jatuh terbaring ke lantai. Adik nak bawak mak gi hospital. Axa dan ayah aszra terus rush balik ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Sampai sana, mak terus masuk emergency ward, doktor tengok mak dah dehidrated. Masa tu mak dah sedar dah.. Nurse bagi drip.. dan ambil darah utk test. Lepas 3 jam, mak kena tahan kat ward. Malam tu axa temankan mak tidur kat hospital. Mak akan gi toilet setiap sejam. Memang tak leh tidur malam tuh.. Kul 4.30 pagi axa drive balik rumah. Siap2 pakai baju gi kerja.. axa hantar adik gi hospital pulak. Adik terpaksa cuti Isnin tu sebab Axa baru nak melapor diri ke JPA pagi tu. Lepas jenguk mak kejap..dalam kul 6.30 axa bergerak ke Putrajaya untuk lapor diri ke JPA. Mak axa dah keluar lewat petang semalam. Alhamdulillah...getting better cuma doktor bagitahu.. buah pinggang mak lemah. In 2 weeks time mak kena datang semula untuk check darah balik.. "Ya Allah.. jauhkan la mak dari penyakit yang merbahaya... berilah kesihatan yang baik untuk nya. Amin..."

Bercerita tentang hari pertama melapor diri semalam. Axa sampai awal kat JPA Putrajaya..sempat tidur dlm kereta. Pukul 8 axa bangun dan bersedia nak naik... dan masa tu la axa terlupa nak tarik kunci..dan axa dengan selamba gi kunci pintu secara manual dr dalam dan tutup pintu tuh...(alarm tak function) huhuhuh.... maka terpandang la axa kunci kereta masih terlekat di ignition nyer tempat tuh. Aduhhhhhhhhhh pintu pun sudah kunci daaaa... Mamai punya pasal kot. Tapi axa naik ke JPA dulu...lapor diri... kejap je..tak sampai 10 minit, axa diarah terus lapor diri ke INTAN. Cam mana ni.. kereta dah terkunci. Dengan wajah selamba dan kurang malu..axa mintak tolong polis bantuan kat situ. Ada 5 orang tolong buka... berpeluh2 diaorg..sian. Tapi tak berjaya jugak.. dan my only person yang axa rasa axa boleh harap dalam bab2 kereta ni ialah WAYI..kawan axa. Call dia dan dia willing nak datang dari Sepang. Dalam 20 minit Wayi dah sampai ... hmm tak sampai 15 minit..Wayi dah pun berjaya bukak kunci tu..huhuhuh... Thanks alot Wayi.. kite hutang ko belanja ko makan ok. Dan abang-abang Polis Bantuan tu pun terima kasih sangat sebab teman kan axa yang agak cuak.. walaupun kurang berjaya.. tapi at least mereka mencuba.. basah2 baju masing2. Thanks...(hulur duit kopi tak nak la pulak....)

Friday, March 14, 2008

Salam Akhir

Salam..
Hari ni hari terakhir axa di sini.. axa pasti merindui semuanya di sini.. walaupun sekejap, tapi kenangan yang terukir di sini pasti akan menjadi sebahagian memori indah axa di sini. Terima kasih buat semua.. yang menerima sebagai kawan, sahabat dan teman sekerja. Mungkin hari ini, bibir axa tersenyum.. tapi Allah saja yang tahu, hati ini sedih dan pedih untuk meninggalkan tempat ini. Terima kasih atas setiap tunjuk ajar, setiap tegur nasihat. Akan axa jadikan pengalaman di sini sebagai inspirasi dalam meneruskan hidup di tempat baru. Terima kasih, warga kerja BTM, ICU JPM. Semoga kita bertemu lagi...


Thanks kak Ezamrina yang banyak jadi inspirasi axa. Will miss u so much!


The only rakan sebaya yang rapat dengan axa. God knows how much i like u as a good friend!

Kump. Nasyid Al-Insan. Tak sempat axa bersama berjuang. Good luck guys!


Monday, March 10, 2008

Untuk ADIK - Selamat Hari Lahir

Salam
Hari ini 10 Mac 2008, ulang tahun kelahiran satu-satunya adik axa, Arita Abu Bakar yang ke 26 tahun. Last night we all gi dinner kat Kelab Tasik Putrajaya sempena birthday adik hari ni.

Untuk adik! (saper yg tak kena mengena tak payah baca pun tak apa.. its just a story of adik dan akak & nobody will understand us)

Adik, selamat hari jadi.. just nak tulis something untuk adik kat sini.... this year may be the last year adik celebrate birthday as anak dara mak ayah.. (u know what i mean). Sometimes, i know.. i am not a very good akak untuk adik, but i do care & always try my best to become your idol (hhmm idol ke..susah jadi akak ni).. Adik, the only adik yang akak ada... (adik ipar pun tak ada).. the one yang selama ni akak sangat sayang selepas mak ngan ayah. Even, arop dan aszra muncul, my love for u never changed and will never! Tuhan je yang tahu... Accepting u are gonna have your own family is not an easy thing untuk akak.. esp akak tahu, iam not the only person yang adik akan sayang mcm dulu2.. kalau dulu.. akak paling tak suka orang lain ambik adik jadi adik angkat..semua becoz akak tak nak adik sayang orang lain. Akak tak suka bila terasa... somebody nak rampas adik dari akak... but now.. i need to face the fact that my only sister ni dah besar panjang... dan dah nak kawin. Susah sebenarnya nak terima tapi akak realize.. mungkin ini yang adik rasa masa akak having asrof as my husband! So, knowing u.. selagi adik adalah adik akak, akak yakin.. adik akan dan terus sayang akak SAMA mcm akak sayang adik.. as i wrote before.

So.. sekali lagi selamat hari lahir buat adik yang sangat-sangat akak sayang (mcm aszra bukak tangan dia).. Maaf.. if i cant be the best for u! Thanks for being a wonderful sista for me.. I do miss all the moments with u masa kecik2.. proud to have u as my little sister.. thats y akak selalu bawak adik ke mana je! I want people out there to know that I HAVE U AS A GREAT SISTER! Love u so much.

Love,
Akak
10 Mac 2008
Aszra dgn the only MAMACU
Singgah Alamanda sebelum gi dinner

Ngan aszra dengan latar belakang tasik Putrajaya


Kami @ Kelab Tasik Putrajaya


My beloved family - Depan Kelab Tasik Putrajaya

Saturday, March 08, 2008

Mari Mengundi vs Barbeku @ rumah Ija

Salam

Sabtu...8 Mac.. satu Malaysia tahu, hari ni hari mengundi... Tahun ni axa mengundi di Taman Seri Kerayong (taman axa sendiri).. dan ayah aszra kat Taman Segar, Cheras. So.. pagi2 axa gi mengundi dulu, lepas tu bergerak ke Cheras pulak.. Kali ni axa hanya seorang pengundi biasa. Berbeza dengan 4 tahun lalu.. sebulan sebelum pilihanraya, axa antara manusia yang sibuk. Tiap2 malam axa akan balik pukul 2-3 pagi... dan pada hari pilihanraya tugas axa sangat berat, di mana setiap 2 jam axa perlu mengeluarkan statistik keluar mengundi bagi seluruh parlimen kapar yang meliputi 4 dun.. dari situ, peratus kebarangkali menang akan dikira.. dan setiap 2 jam, strategi akan ditukar atau ditambah... tapi itu semua hanya berlaku pada tahun 2004 yang lalu.. tahun 2008, menyaksikan axa hanya memakai baju warna pink ketika mengundi... walaupun tanpa lambang, tapi sudah cukup membuktikan, axa masih setia... walau status Pengurusan dan Profesional menghalang nama axa dari terlekat di dinding Cawangan dan Bahagian...


Sebealah malam, seperti yang dirancang seminggu lalu, bertempat di rumah baru Ija dan Nuar, kami buat barbeku dinner. Sekali sekala mcm ni best jugak. Dua famili + Ucu Isa dan Aus. Menu kami.. Ikan Bakar, Ayam Panggang, Udang Bakar, Shews(betul ke eja ni) Kebab, Banana Koktail dan Nasi Goreng. Sangat kenyang pada malam itu. Sambil tu menghadap TV tengok keputusan pilihan raya..huhuhu... sampai kul 4 pagi tu. Keputusan yang agak memeranjatkan walaupun sudah diduga...tempat axa, Parlimen BN Kalah, dr 4 Dun, BN menang 2, Pas menang 1 dan DAP menang 1.. tak apa, berilah mereka cuba dan mereka yang mengundi rasa. Kalau rasa tak seronok, 4 tahun lagi balik lah kembali.... btw, thanks to Ija dan Nuar yang menjadi host barbeku dinner kita tuh... next time tunggu steambot dinner @ rumah KAMI pulak ok!


Banana Koktail

Ikan Bakar

Schews Kebab


Ni tukang masak pada malam itu

Friday, March 07, 2008

Another Bowling Story

Salam....
Jumaat, axa mewakili cawangan kecil ICU, JPM untuk Kejohanan Bowling anjuran Puspanita. Huhuhu.. biasalah.. dah kerje gomen, kenalah main untuk gomen kan. Kejohanan ni berlangsung di Alamanda.. jumpa Sato yang mewakili JPA. Selalu fight kat MB.. kali ni fight ikut Jabatan...Rata2 yang datang bagus-bagus belaka. Team bertanding ada dalam 30 team.. Team axa tak dapat any placing.. tapi axa agak terkilan, sebab the best 4 for individual.. akan mewakili JPM ke peringkat kebangsaan... dan axa telah mendapat NO 5 dengan beza 8 jatuhan pin je dengan yang dpt no 4 tuh... aduhaiiiiiiiiiiiiii..... nak buat cam mana, bukan rezeki axa untuk wakil JPM... but axa agak puas hati coz ini antara pencapaian terbaik dalam permainan bowling axa...




Dengan Sato

Our new family member

Alhamdulillah.. Haqeem bin Haris Izany telah selamat dilahirkan pada hari Selasa 4 Mac 2008 yang lalu. Anak ke tiga Kak Aida ni lahir di Poliklinik Umra, Shah Alam.. Tahniah utk Kak Aida dan family. Bertambah sorang lagi cucu Tok Wan dan Tok Ayah.. Suka tengok Haqeem yang cute dan masih merah. Hmmm... bila lak nak tambah ni.. rindu lak tengok baby ni..hehehhe..
Ni lah Haqeem.. cucu ke 4 dalam keluarga Che' Ah dan Abd Rauf..

Wednesday, March 05, 2008

MB Committee 2008


Alhamdulillah... semalam, 4 mac 2008, telah berlangsung MB 6th Annual Meeting. Dan sekali lagi.. untuk tahun ke 6, axa masih menyandang tugas seorang Setiausaha. Ayah Aszra pulak nampaknya naik pangkat... dr AJK biasa ke Timbalan Presiden. Tahniah pada semua AJK MalaysianBowlers yang baru dilantik. Semoga MB 2008 akan lebih maju dengan pelbagai aktiviti terutama dalam melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan BOWLING. InsyaAllah..

Tuesday, March 04, 2008

Oreo - Go Beijing T-Hunt

Assalamualaikum... salam pagi selasa. Rasa segar pagi ni... tak mengantuk langsung. Hehehe.. sebab axa cuti semalam dan telah berehat secukupnya disamping menghabiskan masa bersama aszra.

Sabtu
Pagi-pagi hujan sangat lebat. Pukul 11 lebih bergerak ke Sunway Kayangan.. hantar barang2 baby.. ada baby baru coming... today kot... InsyaAllah.mudah-mudahan semua selamat.. Kul 4 petang bergerak ke rumah baru Ija (cousin axa).. dia baru pindah ke rumah baru yang juga baru dibeli. Congrats.. coz dah ada aset sendiri.. Malam pulak.. axa buat Oreo Cheese Cake Project.. huhuhu... mau resepi dan komen..sila masuk SINI.

Satu slice Oreo Cheese Cake
Ahad
Pagi-pagi kul 7 pagi dah berada di Dataran Mentari, Bandar Sunway. Another treasure hunt, Go Beijing Hunt. Kali ni hadiah dia gempak... sama macam nama nya. pakej percutian ke Beijing.. Team axa kali ni.. axa, ayah aszra Bjoe dan Kak Manis.. Naik kereta Bjoe..Suzuki Swift. Mula kat Restoran Subaidah.. sarapan disediakan.. pastu ada 4 lokasi yang perlu dijelajahi. Hunt sekitar Petaling Jaya dan Kelana Jaya. Boleh tahan susah soalannya.. Dari 30 soalan.. kami hanya salah 4 soalan sahaja. Consider improve banyak la... Still tak menang sebab.. yang menang.. 100% betul...cam mana la depa leh terror mcm tu sekali. Tak pa.. satu hari nanti kami pun leh betul semua kot...heheheh.. InsyaAllah.


Ni team kami.. nama: Cactus (bengang sebab x jumpa air mineral cactus)

Bjoe dan ayah aszra.. tengan bincang about KURNIA.. betul tuh!


Ni saja posing la ni depan Baker's Cottage kat Jln Othman P.J