Wednesday, December 26, 2007

Seronok bercuti - Salam Aidil Adha

a'kum.. salam pagi Rabu.. lepas 6 hari bercuti, hari ni masuk kerja balik. Banyak kerja yang menanti..axa akan sibuk sampai pertengahan Januari untuk Strategic Planning (teringat kat en Nik yg ajar SISP Uitm). So..update sikit blog sempena cuti raya haji yg lepas. Tak banyak gambar sebab axa lupa bawak camera...frust betul!


Selamat Hari Raya Aidil Adha


Tahun ni.. axa beraya di Kapar. Malam sebelum raya tu, sempat jugak la buat Chocolate Chip Apple Cake. First time try dan alhamdulillah menjadi. Sedap pulak tu hehehe. Kalau nak resepi...masuk SINI. So raya haji hari tu biasa la.. hidangan wajib keluarga axa mesti ada rendang ayam, kuah kacang, kuah lemak dan nasi impit (kalau raya puasa wajib ketupat). Actually subuh2 kul 6 pagi lepas solat subuh, axa, ayah dan adik bergerak ke kubur atok dan nenek sebelah ayah kat Simpang Lima Klang. Memang tu dah jadi rutin sejak kecik. Mak, ayah aszra dan aszra yg masih tidur tinggal kat umah. Dalan kul 7.30 kami dah balik ke rumah dan minum pagi sama2. Lepas ayah dan ayah aszra balik dr sembahyang raya, kami gi kubur atuk dan nenek sebelah mak kat Batu 12 Kapar pulak.

Chocolate Chip Apple Cake


Axa, adik dan aszra..on the way gi kubur
Sebelah petang axa, ayah aszra dan aszra bergerak balik ke Seremban. Tahun ni tok wan buat Korban lembu untuk aszra. Alhamdulillah... Thanks tok wan. Hari Jumaat lepak2 kat rumah Seremban ..basuh kereta, gi survey lampu. Hari Sabtu pulak gerak ke Kg Istana Batu Pahat. Tujuan utama gi kubur tok dan nenek sebelah Ibu. Pastu gi jenguk Mama (adik Ibu) yang sakit kat Hospital Batu Pahat. Pastu gi pulak rumah Pak Ngah (adik Ibu jugak) kat Kg Istana tu. Rumah ni la tempat Ibu dibesarkan. Lepas makan nasi beriani gam dan mee bandung...baru gerak balik. Then gi klinik Anjung Karisma jumpa Kak Dura. Aszra diberi injection. Menangis dia.. tapi tak apa...mudah-mudahan Aszra membesar dengan sihat. InsyaAllah.


Hari Ahad, gi lunch ngan Kak Dura kat Jusco Seremban 2.. pastu terug gerak ke rumah Kak Aida. Kena lepak ngan Maira dan Hazrik...coz Kak Aida dan Haris ada function. Seronok juga jadi baby sitter. Diaorg ni pun dah besar panjang...so senang jaga. Hari Isnin.. gi Jalan Pasar, grab barang yang dah setahun axa ushar... pastu balik Cheras kejap..then gerak ke Balakong..grab lagi barang yang axa rasa murah...semua utk rumah KAMI. Malam tu makan malam bersama keluarga...hehehe... Selasa....rehat2 kat rumah sambil lukis pelan.. huhuhu...ala2 pelukis pelan pulak axa ni. Ok la.. smapai sini dulu. Nak cepat...sebab banyak kerja. So.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...



Aszra di hari raya Aidil Adha

2 comments:

abg eq said...

muka aszra mcm bapak dia la...hehehe. comei & cerdik..

mak farhah said...

comel aszra dgn cermin mata....teringat cermin mata farhah y dah hilangg