Monday, December 31, 2007

Catatan Hujung Minggu - Keluarga + keinginan + kerja

A'kum..Salam petang Isnin. Hari ni axa busy sangat. Rest kejap...update blog..hehehe.

Sabtu

Patutnya nak gi swimming.. tapi terpaksa batal... axa terima panggilan dari seseorang yang memohon bantuan sangat2. Pening jugak kepala... selepas hampir 3 tahun axa menyepi, kali ni axa terpaksa buat 'come back'. Pukul 10 temujanji axa. Ramai yang suka dan bersyukur dengan kedatangan axa dan menyangka axa kembali bukan utk sementara. Axa tahu, ramai yang berharap agar, axa 'menyarung' kembali uniform tu... entah la..axa masih tak tahu apa jawapannya. Jika axa benar2 ingin kembali, banyak yang terpaksa dikorban kan, terutamanya masa bersama KELUARGA kerana ianya memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Apatah lagi.. menjelang 'big event' tak lama lagi....ayah aszra tak kisah...dia selalu bagi sokongan, tapi axa, sebagai isteri, ibu dan anak... axa rasa axa tak sanggup nak korbankan keluarga untuk mencapai apa yang menjadi kegemaran axa sebelum ni...tengok la, maybe axa akan fikirkan dulu.

Ahad
Seawal 7 pagi, axa dah berada di KLIA. Thanks ayah aszra dan aszra yang susah2 payah hantar pagi2 ahad. (nanti dpt claim kite belanja ok!). Axa naik fligt ke Alor Setar pukul 7.45 pagi. Axa meeting kat Pej Pembangunan Negeri Kedah pukul 9.30 pagi... Hari ahad tuh... yer la.. kedah kan kerja mula hari ahad. Axa pergi ngan En Shuhairi... habis meeting dlm kul 12, driver kat situ bawa kami ke Bukit Kayu Hitam.. Fuhhh... seingat axa, dah 17 tahun axa tak datang ke situ since tahun 1990. Memang dah berubah betul. Sekarang ni hanya ada kompleks bebas cukai je..barang2 nyer tak murah pun nak compare dengan dulu-dulu. Tapi sempat lah sambar baju aszra 2 helai. Axa balik ke KL naik flight 3.25 petang. Satu hari perjalanan ni memang penat even naik flight. Hari ni dah kerja... dan kerja pulak melambak2.. this coming weekend ... another weekend yang penat.
Sempena tahun baru esok... axa nak ucap Selamat Tahun Baru buat semua..semoga tahun 2007 meninggalkan kenangan dan pengajaran. Sambutlah tahun 2008 dengan penuh keazaman dan kegigihan...

Papan tanda kat Alor Setar

Ni pintu masuk imigresen kat Bukit Kayu Hitam


Ni gerai2 siam yang dah tak banyak...kat sini je murah.


Memang Kedah ni penuh sawah padi la.. Baru nampak dr atas flight.

Thursday, December 27, 2007

Lagi-lagi cup cakes

A'kum.. Mengantuk pagi ni gara-gara tidur lambat menyiapkan cup cake ni. Mak Dik (adik ibu) yang tempah untuk gathering family in laws dia. Jenuh jugak menyiapkan 50 cup cakes ni..kering idea bila tema dan color axa yang kena decide. Alhamdulillah siap juga dlm kul 1 pagi.. Kul 7.30 pagi tadi, jumpa Uncle Zabidi kat Mobil Sg Besi untuk hantar cup cakes ni.. heheh.


Ni theme color biru pink.. combination color kegemaran adik.


Oleh kerana Mak Dik ni duduk kat Kedah, so..kami pun buat la warna hijau kuning.

Sekadar gambar hiasan. Aszra yang sibuk2 nak membantu ibu ngan mamacu kat dapur

Wednesday, December 26, 2007

Seronok bercuti - Salam Aidil Adha

a'kum.. salam pagi Rabu.. lepas 6 hari bercuti, hari ni masuk kerja balik. Banyak kerja yang menanti..axa akan sibuk sampai pertengahan Januari untuk Strategic Planning (teringat kat en Nik yg ajar SISP Uitm). So..update sikit blog sempena cuti raya haji yg lepas. Tak banyak gambar sebab axa lupa bawak camera...frust betul!


Selamat Hari Raya Aidil Adha


Tahun ni.. axa beraya di Kapar. Malam sebelum raya tu, sempat jugak la buat Chocolate Chip Apple Cake. First time try dan alhamdulillah menjadi. Sedap pulak tu hehehe. Kalau nak resepi...masuk SINI. So raya haji hari tu biasa la.. hidangan wajib keluarga axa mesti ada rendang ayam, kuah kacang, kuah lemak dan nasi impit (kalau raya puasa wajib ketupat). Actually subuh2 kul 6 pagi lepas solat subuh, axa, ayah dan adik bergerak ke kubur atok dan nenek sebelah ayah kat Simpang Lima Klang. Memang tu dah jadi rutin sejak kecik. Mak, ayah aszra dan aszra yg masih tidur tinggal kat umah. Dalan kul 7.30 kami dah balik ke rumah dan minum pagi sama2. Lepas ayah dan ayah aszra balik dr sembahyang raya, kami gi kubur atuk dan nenek sebelah mak kat Batu 12 Kapar pulak.

Chocolate Chip Apple Cake


Axa, adik dan aszra..on the way gi kubur
Sebelah petang axa, ayah aszra dan aszra bergerak balik ke Seremban. Tahun ni tok wan buat Korban lembu untuk aszra. Alhamdulillah... Thanks tok wan. Hari Jumaat lepak2 kat rumah Seremban ..basuh kereta, gi survey lampu. Hari Sabtu pulak gerak ke Kg Istana Batu Pahat. Tujuan utama gi kubur tok dan nenek sebelah Ibu. Pastu gi jenguk Mama (adik Ibu) yang sakit kat Hospital Batu Pahat. Pastu gi pulak rumah Pak Ngah (adik Ibu jugak) kat Kg Istana tu. Rumah ni la tempat Ibu dibesarkan. Lepas makan nasi beriani gam dan mee bandung...baru gerak balik. Then gi klinik Anjung Karisma jumpa Kak Dura. Aszra diberi injection. Menangis dia.. tapi tak apa...mudah-mudahan Aszra membesar dengan sihat. InsyaAllah.


Hari Ahad, gi lunch ngan Kak Dura kat Jusco Seremban 2.. pastu terug gerak ke rumah Kak Aida. Kena lepak ngan Maira dan Hazrik...coz Kak Aida dan Haris ada function. Seronok juga jadi baby sitter. Diaorg ni pun dah besar panjang...so senang jaga. Hari Isnin.. gi Jalan Pasar, grab barang yang dah setahun axa ushar... pastu balik Cheras kejap..then gerak ke Balakong..grab lagi barang yang axa rasa murah...semua utk rumah KAMI. Malam tu makan malam bersama keluarga...hehehe... Selasa....rehat2 kat rumah sambil lukis pelan.. huhuhu...ala2 pelukis pelan pulak axa ni. Ok la.. smapai sini dulu. Nak cepat...sebab banyak kerja. So.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...



Aszra di hari raya Aidil Adha

Monday, December 17, 2007

Mencari lala di Pantai Remis

Pantai Remis

A'kum.. Salam di pagi Isnin. Rasa segar hari ni... tido awal malam tadi. Sebelum axa sibuk buat kerja..nak update sikit blog ni. Heheheh. Semalam, axa sekeluarga + keluarga ija (cousin) gi Pantai Remis kat Jln Kuala Selangor. Ni semua idea Nuar (suami Ija) la kot. Nuar ajak kami cari remis, kerang dan lala. Pantai Remis ni pun actually bukan utk mandi sebab ianya berlumpur...so memang tempat pembiakan seafood mcm tu la. Seawal kul 8.30 kami dah ada kat sana. Sampai2 tengok air masih pasang dan kenalah tunggu air surut. Sambil tu, cari la remis dulu yang terdapat dalam pasir2. Habitat remis dalam pasir.. habitat lala dan kerang dalam lumpur.
Baru sampai..duduk bersantai menunggu air surut


Aszra yang dah sedia nak cari remis


Finally, duduk ngan Sofia, main pasir.


Bila air dah mula surut, kami mula cari kerang. Tapi tak jumpa2. Menurut org kat situ, kerang dah tak banyak. Kena tunggu air betul2 surut dan kena gi ke tengah baru ada. Tu pun kena tunggu petang la. So.. kami decide nak cari lala. Hu hu hu. Yang turun ke laut ni, axa, ayah aszra, adik, Nuar dan alang hamid... yg lain2 duduk berkelah bawah pokok (Ija pun pregnant). Nak mencari lala ni sangat la mencabar. Kena masuk ke dalam lumpur. Apa lagi... axa , ayah aszra dan adik memang tak pernah masuk lumpur..maka bila kami masuk lumpur... memang sangat la teruk rupanya. Kami berkubang sampai 3/4 badan masuk dlm lumpur. Tapi seronok sebab...setiap kali seluk tangan dalam lumpur, mesti dapat 3-4 ekor lala. Nak berjalan dalam lumpur punyer la payah. Baru la dapat rasa susah payah org yang mencari rezeki dengan mencari kerang dan lala mcm ni. Dengan penatnya, panas pulak tu. Jangan tanya kalau tengok muka axa gelap sikit hari ni..hu hu hu.

Pencari remis amatur yang sedang bersedia


Bersama pencari remis profesional, Nuar dan Alang Hamid


Ayah aszra dah masuk dalam lumpur utk cari lala


Ini lah hasil... selepas berkubang dalam lumpur (nuar jugak yg maintain)

Lepas lebih kurang 1 jam lebih berkubang.. maka..masing2 naik la ke darat. Satu masalah bila dah tak ada air nak bersihkan diri. Mula2 ingat nak mandi air laut, tapi air dah memang sangat surut dah yg tinggal hanya lopak2 air. Kat situ pulak tak ada tandas. Jadi kami terpaksa la berjalan ke tengah laut dan cari lopak2 air yg tinggal. So..basuh2 la apa2 yg patut. Bau masing2 ..memang tak payah citer la... heheh. Tapi memang seronok la dapat buat aktiviti macam ni sekali sekala. Kalau selalu memang tak larat la Nuar.. Nanti kite gi Melaka cari remis kat umah ucu pun best kan...gerenti berkilo2 remis dalam tangan.

Ayah Aszra

Ini la lala yang diperolehi (hidup lagi). Org jual kat pasar 1kg RM 5


Ni pulak lala yang dah mati sebab dah kena masak ..hehehe
Untuk Ija dan adik..nak gambar2 lain..sila masuk SINI

Friday, December 14, 2007

KL --> Langkawi --> KL

A'kum...salam dipagi Jumaat. Rasa mcm tak larat je hari ni. Semalam, seawal pukul 7 pagi axa dah berada di KL Sentral utk naik ERL ke KLIA. Flight axa dan Iza ke Langkawi pukul 8.30 pagi. Ada meeting dengan Doreen dari Bayview Hotel Langkawi. Kami sampai di Langkawi dlm kul 10. Sewa sebuah kereta Wira dan axa drive sendiri ke Pekan Kuah. Senang jugak drive kat Langkawi ni..bak kata travel agent tu..kalau la ada yang sesat di Langkawi, kami lah orang pertama. Hu hu hu...


Langkawi International Airport

Iza yg tengah buat inspection


Sempat jugak singgah pekan kuah utk membeli (bukan shopping). Tak leh tahan tengok coklat yang murah2 itu. Iza pulak boleh borong sudu2 dan senduk.. ni kira sambil menyelam minum air la. Lepas discussion, sementara tunggu petang, Doreen rekemen kami lepak kat Alun-Alun Spa.. (spa kat hotel tu). hmmm terpengaruh jugak..Sangat best kat spa ni. Oleh kerana masa sangat singkat, so kami pilih untuk Back & Shoulder Massage. Fuuhh...memang sangat best. Rasa macam nak tambah masa je...hu hu hu.. badan yang lenguh2 tu terus jadi ok. Tak apa.. bulan Januari kite ambik package lain ye Iza... boleh mandi kat besen kayu dia yang cantik tuh.
Sessi merendam kaki. Siap letak cammomile salt.

Minum teh ginseng..sorry la, axa tak leh minum habis. Air kosong pun cukup la.

Then..kul 5 lebih kami drive balik ke airport dan naik flight kul 6.40. Sampai KL kul 8.30... lega diskusi ni dah settle..tapi banyak kerja akan menanti bermula hari ini..hu hu hu. So, Langkawi..kite jumpa lagi Januari nanti.

Wednesday, December 12, 2007

5 ibu dan 7 anak - Kembali bersama

A'kum...salam pagi Rabu. Currently aszra ada dengan axa..so sangat terhad la kerja yang dapat dibuat. Hu hu hu..


Semalam... selepas 5 tahun.. akhirnya axa dan best friends axa di UKM dulu dapat berkumpul semula. Ala2 gathering la. Asal nya.. Nora Yusni yang duk kat Kulim turun KL coz husband dia ada presentation kat KL. So..dia tumpang rumah Achim.. oleh kerana ini je peluang yang ada..so kami decide utk jumpa kat rumah Nur, memandangkan Nur ada dua org anak dan seorang masih lagi kecik.


So.. kawan2 axa.. NUR, ACHIM, NORA dan ZAI. Ni semua kawan2 masa study kat UKM. Kami semua tinggal kat Kamsis Aminuddin Baki. Axa dan Achim memang sama2 satu matrikulasi..Kebetulan bila buat degree je.. sama kamsis dan sama course. Kami ni semua sama course, buat IT kat UKM tu.




Al kisahnya.. Nur (Nurhidayati Zainal Abidin).. dah ada dua orang anak.. Humaira(4 tahun) dan Husna (6 bulan). Nur kawin dengan Hasan tahun 2002. Sekarang ni Nur seorang guru math kat sebuah sek ren kat sri petaling.


Achim (azlina othman) pun ada dua anak. Dia ni la..yang pertama sekali kawin among geng2 axa. Kawin pun dengan kawan sama matrik axa jugak, si Usop.. Anak2 achim, dua2 pompuan ..Sabila (4 tahun) dan Irdina (2 tahun). Achim ni pun seorang guru..tapi kat sek men kat balakong.


Nora (Nora Yusni Yusoff) baru ada seorang anak. Namanya Zahirah (3 tahun). Suaminya Hisham.. lecturer kat Kulim. Nora ni pulak.. baru je habis KPLI dan tengah tunggu result posting. Semua cikgu la pulak...


Zai (Zaihasra Idris), ada seorang anak...Akilah (6 bulan) hasil perkongsian hidup dengan Zaidi. Zai ni...suri rumah sepenuh masa buat masa ni...tapi ada jugak buat freelance printing dr rumah. Cool...nak jadi businesswoman la ni.


Memang seronok bila berkumpul semalam... macam2 citer keluar.. citer motor nora yang terbang, achim yang kena tolak motor axa sebab tak leh nak naik bukit..macam2. Rasa macam kembali ke zaman2 masa we all muda2 remaja dulu. Sekarang ni.. masing2 dah ada komitmen dan ada kehidupan sendiri. Bila tengok anak2 duk main2 sedar balik yang kami ni dah nak masuk 30an dah... heheheh.


Monday, December 10, 2007

On Maira's 4th Birthday

A'kum.. salam pagi Isnin. Entry hari ni more on Maira's birthday party, yang jatuh pada 8 Disember 2007 (sabtu). Biasa la.. axa sponsored cupcakes la...Happy Birthday Maira.


Ini la Humaira bt Haris Izany yang menyambut hari lahirnya yang ke 4. Pandai bergaya dah anak dara kak Aida ni..


Kek Birthday bentuk castle. Semua org ckp ni Shrek's Castle.


Maira dengan birthday cake.

The three cousins


Umi tengah layan anak2 sedara.


Tok Ayah dan Tok Wan dengan 3 cucu. Coming soon, 1 more cucu..


Ayah Aszra dengan Ibu Mertua ku...


Aszra dengan gaya happy sepanjang birthday Kak Maira

Enchanted Movie
Lepas birthday Maira, axa ayah aszra dan adik gi tengok midnite movie Enchanted. Dari awal axa memang nak sangat tengok citer ni. Fuuhhhhhh sangat best. Sangat menghiburkan hati. Even citer ni memang ala2 fairy tales dan dongeng semata2..tapi memang seronok ditonton. Kalau di offer tengok sekali lagi pun axa nak. Gabungan dunia realiti dengan dunia fantasi.

Citer ni mengisahkan watak pompuan comel (Gizel) yang berangan2 putera idamannya akan muncul dan menyelamatkannya dari kesusahan (tipikal citer dongeng) dan putera idamannya (Prince Edward) finally menyelamatkan dan mereka pun nak kawin. Pastu memang ada la watak jahat (ala2 snow white), iaitu mak tiri Putera Edward yang tak nak anak tiri dia kawin dengan Gizel..so maak tiri yang kejam ni telah menolak Gizel ke dalam perigi ajaib yang menyebabkan dia termasuk ke dunia realiti di New York. hu hu hu.. Maka, bermula la pengembaraan Gizel di New York.. dan pencarian Putera Edward yang juga masuk ke dunia realiti. Kesudahannya....sila tengok movie ni..sangat best.
Semua gambar2 di simpan di SINI

Friday, December 07, 2007

One day trip to Batu Pahat

a'kum..salam di pagi Jumaat. Penat dan mengantuk sangat hari ni. Semalam...axa gi Batu Pahat atas urusan kerja..outstation gitu..hu hu hu... destinasi axa ialah.. Dewan Haji Hashim, Kg Parit Tengah, Batu Pahat. Punyer la jauh... dr ofis bertolak kul 8 pagi.. axa gi ngan Puan Juraimi naik Perdana, abg Azhar (driver icu) yang drive. Kami masuk kat tol Tangkak...selalu kalau axa gi Batu Pahat memang masuk situ la... pastu cuba la follow peta. Sesat la pulak. Sampai 5 kali tanya2 orang. Berapa banyak Parit daaaa.. pening axa. Nama Parit Tengah tu pun bukannya satu je...sana sini pun ada. Boleh tak agak2 kalau axa beli tanah kat situ dan depan parit tu axa nak namakan dengan "PARIT ASNIDA". Very the modern nama parit tu kan..he he hehe... Finally sampai jugak dalam kul 12.30 tgh hari. Hujan renyai2 je.


Ni ngan Puan Ju dan Ayu (PTM Johor)

Axa ke situ sebab ada pelancaran portal "I CERVE U" peringkat negeri Johor. Dari ibu pejabat, axa dan Puan Ju as wakil. Sempat juga tolong2 Ayu (PTM Johor) untuk set up montaj launching portal tu. Bagus nya kat situ..orang2 kampung ramai turun untuk majlis ni. Kagum axa...sebab kalau kat bandar2 jangan harap la org2 nya nak turun sampai penuh dewan.

Kul 6 kami bertolak dr situ.. singgah hentian seremban dan sampai ke putrajaya kul 9. Then axa ambik ERL ke Bandar Tasik Selatan. Ayah aszra dah tunggu ..terus ke EP utk mesyuarat MB. Sangat penat! Ni makanan tengah hari axa. Kami makan kat satu Homestay kat kampung ni. Ada kerabu pucuk paku, ulam2, tapai dan yang first time axa jumpa ..IKAN KELI MASAK PECEL (bukan pecal). Ni masakan orang jawa. Axa tak makan ikan keli tapi kuah pecel tu not bad la..cuma pedas lorr..

Wednesday, December 05, 2007

On Our Anniversary - A trip to Genting

4 Disember 2007

Kami bertolak dr rumah pukul 10 pgi. Plan asal nak naik bas Skyway dr Gombak, tapi bas kosong hanya ada kul 1. So..kami decide drive ke stesen kereta kabel. Dalam masa 30 minit dr Gombak, dah sampai kat stesen tu. So...naik la kami kereta kabel tu. Memang sangat tinggi... cuak jugak axa mula2.. bergoyang2..kalau la apa2 jadi..habis la kami anak beranak.. sangat ngeri. Alhamdulillah..perjalan naik ke puncak yang mengambil masa 15 minit berjalan dengan baik walaupun angin kuat.




Sampai2, kami terus ke Outdoor Theme Park. Ingat kan gi weekdays ni..org tak ramai, tapi rupanya lagi ramai. Cuti sekolah kot. So bermula la..aktivit keriangan... kami pilih permainan yang boleh naik dengan aszra. Permainan2 yang thrill2 ni semua kami dah merasa masa zaman bujang dulu.. so yang penting nak bagi aszra happy. Naik Matahari (ala2 Ferish Wheel).. pastu naik bot masuk gua Dinosour, naik kereta antik..aszra naik mainan terbang2..mcm2 la. Aszra memang nampak excited even cuaca sangat sejuk. Angin kuat dan kabus pun agak tebal.
Lepas dah puas main kat Outdoor..kami masuk ke First World Indoor Games pulak. Kat sini..sempat la naik Reindeer Cruise, Venice Gondola dan ada satu lagi axa dah ingat nama nya. Bila dah lapar lepak2 makan kat Mary Brown-Somethin' Different. Pukul 5.30..aszra dah tak larat.. terlentok atas bahu ayah dia. Pukul 6.30 kami bergerak turun naik kereta kabel jugak. Ni lagi ngeri sebab turun kan... hu hu hu.
Even penat masih terasa.. kami happy satu hari spent time bersama. Ini lah hadiah paling istimewa untuk Ulang tahun perkahwinan kami yang ke - 3. Thanks untuk Ayah Aszra dan Aszra yang selalu buat axa happy. Sayang both of u.






Dalam Reindeer Cruise
Aszra yang dah keletihan

Banyak lagi gambar2..tak larat nak upload kat sini. So..axa simpan kat SINI