Wednesday, August 01, 2007

Kerana nyawa itu sungguh berharga.....

A'kum..
Salam di pagi Rabu. Mengantuk je hari ni.. last night balik lambat. Celebrate birthday ayah mertua axa di rumah kak Aida. Fuuhh.. hari ni axa dapat boss baru. Axa dah ada boss dan ni dapat boss atas boss. Pompuan lak tuh... lepas ni nak kena groom2 sikit la.. sebab boss baru ni boleh tahan orangnya.

Ok ..nak cerita kisah last night. Masa on the way dari rumah mak ke rumah kak aida, kami terserempak dengan satu accident yang baru je berlaku. Mula2 axa nampak avanza biru yang dah pecah cermin belakang dan kemik teruk bahagian belakang. Then tengok orangberkerumun.. pastu axa ternampak seorang budak lelaki terbaring mengiring. Masa tu jugak, ada seorang makcik tahan kereta kami, dan mintak tolong hantar budak tu ke hospital. Katanya budak tu tengah nazak. Cuak juga axa. Then, ayah aszra berhenti. Orang ramai, tapi masing2 tak tahu nak buat apa. Hanya mampu tengok. Axa terus rapat dengan budak yang terbaring dan penuh darah tu. Then, axa nampak tulang peha kaki kirinya patah dan terkeluar dari seluarnya. Ngeri betul. Mula2 ayah aszra nekad nak hantar ke hospital, tapi memandangkan kakinya yang patah tuh, memang kami tak boleh buat apa selain menunggu ambulans. Sambil tu, axa cuba berkomunikasi dengan budak lelaki tuh. Axa nampak dia cuba gerakkan tangan dan kepala. Axa cuba berckp dan dia membalas dengan anggukan. Apa yang axa mampu hanya bagi dia semangat dan selalu bagi tahu dia yang dia ok dan tak ada apa2. Even mata nya tertutup..dia masih mendengar axa..sambil tu axa usap bahu dan kepalanya so that dia tak rasa takut. Axa nak dia kuat utk lawan kesakitan dia.. Axa juga mintak tolong 2-3 org kat situ untuk mengelakkan org ramai yang mula berkerumun dan yang paling tak best bila masing2 yg dtg tuh, bila tengok tulang kaki budak tu terus ckp kuat2. Sebenarnya dalam situasi mcm tuh, kite tak boleh beritahu atau ckp depan org yang tercedera tentang betapa terukknya keadaan mereka. Itu hanya boleh menyebabkan mereka panik, takut dan boleh menyebabkan mereka pengsan. Dan axa ketika tu, hanya cuba untuk berkomunikasi dengan budak lelaki tu dan memastikan agar dia tidak tidur, kerana tidur boleh menyebabkan sistem pertahanan badan dia lemah.

Dalam 10 minit lepas tuh, datang pulak abang budak ni..terjerit2 dan nak menerpa adiknya. Nasib baik dihalang oleh orang kat situ. Si abang ni pulak marah2 bila orang tak benarkan dia terus dekat adiknya. Axa mintak orang kat situ menenangkan adiknya. Dan lepas tuh, mak dia plak datang..pun sama.. terjerit2. Axa terus peluk makcik tuh, dan sabarkan makcik tu...axa bagitahu anak dia ok.. hanya kaki je yang agak teruk. Makcik tu mintak selamatkan anak dia. Lepas tu, axa bawak makcik tu dekat dengan anaknya yang terbaring dan cakap perlahan2. Begitu jugak abangnya yang mula kelihatan tenang dan cuba berckp dengan adiknya baik2. Axa faham..dalam situasi mcm tuh.. bila kite tengok ahli keluarga kite yang terbaring berlumuran darah..sure panikkan. Cuma kite yang disekeliling ni.. kenalah bantu untuk menenteramkan keadaan. 10 minit lepas tuh, baru la ambulans sampai dan budak lelaki yang lebih kurang berumur 16 tahun tu terus dibawa ke hospital terdekat.

Ini kali ke dua axa mengalami situasi mcm ni. Actually axa ni mcm takut jugak tengok darah2 ni, tapi bila dah berada ditempat kejadian mcm ni, axa rasa semangat axa kuat utk membantu. Kali pertama dulu, dua orang adik beradik perempuan yang cedera, patah tulang kaki jugak bila scooter mereka accident dengan sebuah mercedes di Jalan Semantan. Walaupun axa tak boleh membantu dari segi perubatan, berbekalkan pengalaman dalam PBSM (lulus exam pertolongan cemas tau), axa rasa puas hati dapat membantu mangsa2 terutama dalam membuang rasa takut dan panik yang boleh memudaratkan mereka.

3 comments:

nikfarizah said...

ooh...that lady is your new boss. Good Luck..heehhe

Well, bagus betul lah axa boleh cool tgk budak yg accident tu. Hopefully dia OK...

AfzaNistrator said...

uihh.. takotnye eksiden.. tp bagusla sbb kak as dah tlg die. ade tny kabar die x after tuh?

shahril aley said...

wah bagus la axa tak panik dalam keadaan macam tu. kenapa orang yang dah berkerumun kat situ tak dapat nak membantu. sepatutnya mereka bertindak cepat dalam keadaan yang berlaku. syabas axa....