Friday, March 16, 2007

Aszra ku yang sakit


A'kum, salam di pagi Jumaat yang indah dan terang hari ni. Hari ni axa kembali bekerja setelah 3 hari tak kerja dan berkampung di hospital. Aszra pun alhamdulillah semakin sihat. Tenang sikit rasa hati ni.

Isnin lepas.. axa sampai rumah, tengok aszra macam lembik semacam je. Sepatutnya lepas pergi jumpa doktor kanak2 tuh, aszra makin elok, tapi aszra still muntah dan cirit biritnya makin teruk.Sehari lebih 1o kali. Bila ayah aszra bagi dia minum, dia muntah dengan banyak. So tak boleh jadi. After call kak Dura mintak pendapat, dia suruh bawak gi hospital. Mata aszra pun start cengkung dan kulit dia nampak kering. Tu tanda2 dehidrate.

Sampai hosp pantai cheras, doktor check, dan bagi tahu aszra kena tahan kat wad sebab memang dah dehidrate. Axa ada baca dlm internet, baby umur bawah 18 bulan perlu diberi rawatan segera kalau cirit birit yang teruk sebab kekurangan garam mineral dalam badan boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dan menyebabkan kematian. Nauzubillah. Doktor nak pasang drip kat aszra untuk masukkan air. Axa dan ayah aszra kena tunggu kat luar bilik kecemasan dan masa tuh la axa dengar aszra menjerit sekuat2 nya. Axa tahu sure dia kena cucuk untuk pasang jarum. Masa tuh, tuhan je tahu perasaan axa. Dengar anak axa menjerit. Axa tak mampu tahan, air mata ni tiba2 je keluar dengan banyak. Sebak dengar dia menangis. Lepas 5 minit, ayah aszra bawak aszra keluar. Masa tuh dia dah senyap. Tangannya dah dipasang drip. Sib baik dia tak menangis berterusan. Sedih tengok tangan kecik aszra berbalut macam tuh.


Aszra masuk wad kanak2 3102. Ada satu katil untuk aszra dan satu katil untuk ibu. Lepas pasang air, aszra pun tidur. Mak ayah dan adik, axa suruh balik ke rumah axa. Axa dan ayah aszra je yang tidur kat wad. Axa memang tak boleh tidur sebab takut aszra terjaga dan tarik drip dia tuh. Bila dia cirit birit je, dia akan bangun dan menangis. Maybe dia sakit perut. Malam tuh je lebih 3 kali aszra tukar lampin. Pagi2, doktor check dan bagitahu perut aszra agak kembung dan kulit dia kering. Aszra pun tak nak minum apa2 langsung2. So memang kena stay situ sampai perut aszra betul2 sihat.

Selasa, Rabu menjaga aszra.. baru axa faham perasaan seorang ibu bila anak sakit. Especially bila kena masuk hospital mcm ni. Kes aszra bukan la kes serius kalau nak compare dengan baby yang ada sakit jantung ke, tapi ianya cukup untuk membuat hati axa tak keruan.Kalau boleh tak nak ada apa2 pun yang berlaku pada dia. Dan axa yakin hanya ibu2 je yang faham apa yang axa rasa. Axa terfikir, mcm ni la perasaan mak axa setiap kali axa jatuh sakit. Sian mak.

Semalam, khamis..axa dibenarkan keluar setelah 3 hari 3 malam kat wad. Aszra nampak semakin ceria especially bila drip dia ditanggalkan. Susu pun dia dah mula minum. Axa terpaksa tukar susu aszra kepada susu soya atas nasihat doktor. Tak kisah la.. yang penting aszra sihat. Terima kasih pada saudara mara dan sahabat yang datang menziarahi. Pagi ni.. aszra kembali seperti biasa. Suaranya lantang bila tak dapat apa yang dia nak. Senang hati axa tinggalkan dia pagi ni. Mudah-mudahan anak ibu terus sihat dan tak sakit2 lagi. Amin...

p/s: thanks to Kak Dura yang belanja birthday dinner malam tadi kat Picolo Mondo, Mid Valley dan Kak Aida yg belanja Hagen Dazz.

3 comments:

AfzaNistrator said...

ala.. ciannye aszra.. die saket ape sebenarnye? saket perut ek.. hopefully die dah ok.. sian sungguh tgk gamba die tuh..

milo said...

cian aszra..
muge cepat sihat..
cepat besar..
cepat kuaaaaaat..

tim said...

budak2 kalu kena cirit birit mmg teruk.. muga aton cepat sembuh..