Monday, March 26, 2007

3 perkara..

a'kum..ketika ni, jam kat lap top menunjukkan pukul 11.42 malam. Axa baru je balik dari Leisure Mall. Dan apa yang axa nak coretkan kat sini tentang 3 perkara yang membuat axa rasa sedih, kelakar dan geram. Semuanya berlaku ketika dalam perjalanan dari Leisure Mall ke rumah yang tak sampai pun 3 kilometer.

1. Ketika melintas di sebuah gerai tepi jalan tempat kami parking, kami ternampak sepasang remaja yang mungkin sedang asyik bercinta duduk di depan gerai tersebut sambil melakukan perbuatan yang agak kurang sopan bagi seorang islam. Tuan kedai setakat menggeleng dan yang best nya sebelah meja remaja tuh, duduk sepasang suami isteri dengan 3 orang anak yang masih kecil. Kesian budak2 tuh, kecik disajikan dengan aksi yang tidak patut dilihat. Dan kami...dengan serba salah, hanya mampu naik kereta dan jalan... Sedih tengok anak melayu kita terang-terangan berani buat mcm tuh.

2. Ketika singgah sebentar makan gerai tom yam kat sebelah Leisure Mall, kami terpandang pulak seorang lelaki cina yang terlelap di depan makanan dan minuman yang dah ditempahnya. Penat agaknya. Yang kelakar, bila dia terjaga.. dia tak terus makan tapi lepas menguap beberapa kali dia terlena balik. Kami ni asyik tergelak tengok lelaki Cina tu terlentok2. Sampai kami habis makan dan nak bergerak balik pun lelaki tuh still kat situ.

3. Ketika dlm perjalanan di Area Taman Bukit Segar, dari jauh kami ternampak sepasang remaja yang sedang bergaduh. Axa dapat lihat remaja perempuan tuh ditampar. Dan masa kami melintasi, remaja perempuan tu tengah memegang bibirnya yang mungkin sakit atau luka. Kami tak sedap hati lalu berpatah balik dan masa kami lalu sekali lagi, remaja lelaki tuh menjerit memarahi kami kerana melihat mereka. So apa lagi, kami memang geram dan patah balik. Masa tuh pulak ada seorang lelaki bermotorsikal datang. Bila kami menghampiri da berhenti, axa tanya pada perempuan tu samada dia dipukul atau tidak dan dia diam. Dan lelaki yang baru datang tu bagi tahu mereka ada masalah keluarga..dan dengan selamba axa sound diaorg... ala2 polis gitu dan finally dua2 motor tuh pergi dari situ.. geram betul bila lelaki sanggup pukul perempuan.

So, moral of the story... dalam shari sebenarnya banyak perkara yang boleh terjadi. Cuma kita sedar atau tidak dan samada kita mahu campur tangan, memerhati atau sekadar membiarkan...tepuk dada tanya lah selera masing-masing.

2 comments:

Leilanie said...

Axa.....
lelaki yang pukul perempuan is not worth a single cent.

I hope that lady would "see" what kind of man she is with and make the right decision.

P/s :
I'm glad that you and your hubby turned around "care" for that damsel in distress.

as a.k.a axa87 said...

thank kak leilani.. but regret jugak coz tak pi tegur the first scene yang kami tengok tuh... patutnyer kena tegur remaja2 yang buat perangai tak senonoh ni...