Monday, June 20, 2011
Result exam
Hari untuk Ayah
Citer pasal hari bapa.. selain belanja si ayah tengok wayang.. Aszra buat kad untuk ayah dia. Punyer la nak sorok2. Tapi dia buat kad tu sama2 semeja ngan ayahnya. Bila ayahnya nak tengok dia tak bagi.. harus lah ayah nyer tahu dia tengah buat kad hari bapa kan.. So, malam tu jugak dia nak bagi. Pastu pesan, suruh ayah letak kat opis.. Pagi ni sebelum gi school, ayahnya suruh ambik gambor ngan lukisan fathers day dia tu... tersengih kena puji ngan ayahnya.
Tu untuk ayah Aszra dan Asyif.. untuk ayah saya pulak. Since last week memang dah belikan hadiah untuk ayah. Ayah yang pilih sendiri. Sehelai baju dan tali pingang.. Pastu malam tadi, gi makan kat Pak Li kat seksyen 7. Kira sempena meraikan hari bapa la.. Makan kat situ sebab ada Hainanese Chicken Chop.. faveret ayah. Tuesday, June 14, 2011
Darah seni
First Family Drawing
Tuesday, June 07, 2011
Bersalin lepas berlibur
Ha ahahaha.. merungut pasal kulit. Tu semua gara2 tak ingat dunia duk mandi kat laut. Sebenarnya saya dan keluarga dan sepupu sepapat, emak, bapak sedaara semua ke Teluk Batik, Perak untuk berkelah sempena cuti sekolah ni. Kami bertolak 5 kereta awal pagi.. lepas subuh dalam kul 6 cam gitu, terus gerak. Kul 8 lebih dah sampai. Pastu dapat port berkelah pun baik punyer.. redup. Kami pasang 3 khemah. Bajet duduk sampai petang. Makanan semua potluck bawak dari rumah. Agenda utama dah tentu la mandi laut kan. Memang tak ingat dunia daaa... dari yang si kecik asyif sampai lah ayah saya yang paling tua tu pun terjun laut. huhuhuh. Pastu bukan sekali... boleh kira banyak kali mandi manda. Naik ke darat semata2 nak makan minum sebab lapar. Pastu terjun balik. Yang paling best saya dan sepupu dapat naik banana bot. Memang tak pernah pun naik. Kali ni, lepas dapat restu mak ayah.. dapat la saya naik. Seriau jugak memula.. tapi memang best la. Last kali kami semua diterbalikkan dan jatuh la ke dalam air... hehhehhe tak lemas pun sebab pakai life jacket. Kami gerak balik sekitar kul 5 lebih. Almost 9 jam la kat situ. Mana lah kulit ni tak terbakar. Masing2 muka macam udang kena bakar. Memang kali ni paling teruk saya sunburn. Tapi.. apa2 pun percutian kali ni memang best!
Monday, June 06, 2011
Basikal dan saya

Sehinggalah semalam.. 5 Jun.. saya memiliki basikal baru. Horayyyy.. basikal gaya mountain bike yang telah diubah suai dengan bakul dan tempat duduk belakang. En. suami tercinta yang belikan. Asal nya ke kedai basikal untuk beli basikal baru untuk Aszra sebagai hadiah hari lahirnya last week. Dah pilih basikal Aszra, en. suami tanya.. nak basikal ke.. ehheheh.. Orang dah offer, kita ambik je la kan. Memang sengaja saya pilih basikal yang ada bakul dan tempat duduk belakang. Minggu depan, seat untuk kanak2 akan dipasang kattempat duduk belakang tu. So, mudah lah saya bawak asyif. Bestnya.. memang dah lama jadi hasrat hati, nak ada basikal. Petang2 atau pagi2 ahad.. boleh la saya mengayuh bawak asyif, aszra mengayuh basikalnya sendiri dan en suami pulak berjogging. At least a part of exercise la kan. Nak belari mcm leceh sebab ada anak kecik.. so dengan basikal, anak kecik pun saya angkut sekali... horayyy.. terima kasih en. asrof.