Tuesday, July 12, 2011

Ke Sabah Kami

Lamanya saya tak mencoretkan apa2 kat sini. Banyak nak cerita. Tapi masa amat terhad untuk saya. Minggu ni macam lega sikit sebab conference dah selesai.
Ok la.. nak cerita. 27-29 Jun lepas, saya dan keluarga ke Sabah. Tiket Air-Asia ni dah beli lama since Oktober 2010, masa promosi. Total cost penerbangan pergi baik hanya RM 450 untuk 7 tiket orang dewasa dan 1 tiket infant. Murah sangat kan...



Day1 - Sampai di KK around pukul 2. Terus ke Promenade Service Apartment. Oh ya.. nak ingatkan kat sini.. kalau nak book promenade ni better book thru online.. memang lah dapat murah. Tempatnya not bad.. besar giler. Kat sana kami sewa Avanza. Actually hari pertama more on ronda2 KK dan lepak2 kat Pantai Tanjung Aru. Sebelah malamnya kami ke Philipine Night Market. Terkejut mak saya tengok sayur murah2. Pastu kami makan seafood yang besau2 kat situ..




Day2 - Pagi2 after breakfast, kami bergerak ke Kundasang. Destinasi utama ialah Kinabalu Park atau Kaki gunung Kinabalu. Jauh juga. On the way tu memang nampak gunung Kinabalu tu.. macam memanggil2 je. Kagum saya. Sangat la cantik. Kami spent almost 2 hours kat situ. Ambik2 gambar. Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Ranau untuk ke Poring Hot-Spring. Ni antara tempat2 wajib lawat la ni. Kat situ sempat la rendam2 kami. Anak2 saya sempat mandi manda kat kolam tu. Lepas pu pulak.. kami gerak dalam 10 km.. singgah kat Tagal. Tempat ni sebenarnya sungai. Tapi sungai ni special sebab ada ikan besar2 yang jinak duduk kat situ je. So, pengunjung boleh masuk dalam sungai ni dan ikan ni akan gigit2 dan makan kulit2 mati. Ala2 spa fish la.. tapi spa fish tu kecik.. yang ni ikan besar lengan orang dewasa tu. Memula geli dan takut.. tapi lepas tu ok la. Ada jugak orang yang rendam seluruh badan. Lepas tu kami bergerak balik ke KK. Hari pun dah nak senja. On the way balik ke KK tu.. nampak sekali lagi puncak gunung Kinabalu yang sangat cantik especially bila disinari cahaya matahari. Masa tu jugak, saya bertekad... tahun depan, saya akan daki gunung kinabalu tu. InsyaAllah.









Day 3 - Pagi2 dapat call dari Azlan, kawan en Asrof. Dia paksa kami ikut dia dan keluarga ke Pulau Manukan. Dia kata.. kalau gi KK tapi tak pergi ke Pulau Manukan ni memang rugi la. So, kami pun ikut la.. Memang pun tak rugi kami ke sana. Sangat lah cantik tempatnya. Naik speed boat dalam 15 minit dah sampai. Kat jeti tu airnyer jernih.. siap nampak ikan2 dalam laut tu. Memang cantik. Anak2 saya sempat mandi kat pantai. Kami yang dewasa ni lepak2 makan2 je.. Pukul 11 kami dah berada di KK semula. Now time for shopping sebelum balik KL. Ronda2 pasar kraftangan tu. Beli la souvernir untuk in laws dan kawan2. Belah petang, kami dah gerak ke Terminal 2. Flight pukul 6.30ptg. Alhamdulillah..sampai LCCT dalam pukul 9.00 malam la jugak.






Overall cuti2 kali ni memang full of aktiviti la. Walau pun masa singkat tapi kami betul2 gunakan masa sepenuhnya. PAstu yang penting dapat cover banyak tempat. Tapi InsyaAllah tahun depan... saya datang lagi dengan Misi Mendaki Gunung Kinabalu 2012.

3 comments:

Shima said...

As x sangka ye ari tu kat Tesco Setia Alam kita jumpa. Yang paling tak sangka, As sudi menegur saya. Puji-pujian bagi As yang tak sombong. Seronok dpt kenal As.

Unknown said...

replica watches, louis vuitton, ray ban sunglasses, oakley sunglasses, ray ban sunglasses, louboutin shoes, cheap oakley sunglasses, sac longchamp, air max, nike air max, kate spade outlet, ugg boots, nike free, ugg boots, christian louboutin outlet, nike outlet, jordan shoes, oakley sunglasses, oakley sunglasses, louboutin pas cher, prada handbags, polo ralph lauren outlet, gucci outlet, prada outlet, nike roshe run, nike air max, tiffany jewelry, uggs on sale, ray ban sunglasses, louis vuitton outlet, longchamp, burberry, louboutin, louis vuitton, louboutin outlet, louis vuitton outlet, michael kors, tiffany and co, longchamp outlet, ralph lauren pas cher, air jordan pas cher, chanel handbags, replica watches, louis vuitton, polo ralph lauren outlet, tory burch outlet, longchamp outlet, longchamp pas cher, nike free, oakley sunglasses

Unknown said...

ralph lauren, insanity workout, north face outlet, mont blanc, gucci, instyler, reebok shoes, babyliss, ferragamo shoes, wedding dresses, asics running shoes, longchamp, iphone cases, bottega veneta, soccer shoes, converse outlet, mac cosmetics, nike roshe, jimmy choo shoes, abercrombie and fitch, chi flat iron, hollister, nfl jerseys, nike huarache, baseball bats, louboutin, p90x workout, birkin bag, nike air max, nike trainers, vans shoes, beats by dre, lancel, oakley, giuseppe zanotti, nike air max, soccer jerseys, mcm handbags, herve leger, ray ban, north face outlet, celine handbags, vans, new balance, timberland boots, hollister, valentino shoes, lululemon, hollister, ghd