Monday, June 20, 2011

Result exam

Sebut pasal result exam.. macam result SPM pulak yer.. Actually, Jumaat lepas ada Parent Day kat sekolah Aszra. Ibu bapa kena datang dan teacher akan tunjuk laporan kemajuan dan prestasi anak masing2 la kan. Ala2 report card. So.. saya dan en suami pun gi sekolah aszra pagi Jumaat tuh. Kena tunggu giliran la.. Ada ibu bapa yang lama betul sembang ngan cikgu. Ada yang kejap sangat. Bila tiba giliran kami.. teacher Zalina tunjukkan report card Aszra. Hmmm.. saya agak terkejut dengan peratusan keseluruhan Aszra. Dia dapat 98.7% which is.. bagi saya yang pertama kali nak mengadap keputusan peksa yang pertama anak sulung saya... adalah sangat bagus. Untuk ujian bertulis bagi 7 mata pelajaran dia dapat straight A.. 5 daripadanya 100% dan 2 lagi 95%. . Tapi satu perkara yang tak cantik dalam report card dia ialah bab Oral. Oral English dia dapat B. dan Oral BM dia dapat C. Huhuhuhuh... Saya tanya teacher.. kenapa dia leh dapat C in Oral BM. Teacher kata, Aszra ni pemalu orangnya. Bila ditanya dia akan jawab sepatah.. dia bukan jenis yang banyak cakap. So.. ayat dia memang tak panjang dan tak penuh la. Tu yang dapat C. English ok sikit. Teacher cakap lagi, bab2 belajar lain semua Aszra ok.. malah dia among the best kat kelas.. tapi bila bab2 suruh cerita2 ni memang dia sangat la payah nak bukak mulut.. Beza benor ngan ibu dia yang banyak mulut ni..huhuhuh...


Tapi walau apa pun, ibu bangga dengan Aszra.. keputusan yang baik untuk exam kali pertama. Semoga Aszra dapat kekalkan sepanjang perjalanan Aszra bergelar pelajar. Untuk yang dapat B dan C tu.. dont worry.. perjalanan masih panjang.. ibu akan sama2 dengan Aszra untuk kita baiki kelemahan tuh... Love u Aszra!

Hari untuk Ayah

Salam pagi Isnin.. Semalam adalah hari bapa. En asrof kena attend training pulak dua hari, Sabtu dan Ahad. So aktiviti sangat la terhad. Tapi sempena nak meraikan hari bapa.. saya dan aszra beli tiket midnight citer Green Lantern.. Kami tengok Sabtu malam minggu. Ni citer favourite en asrof ler ni. Siap pakai baju Green Lantern lagi. Baju tu dah berzaman dah beli.. biasalah dia tu kan.. giler komik, giler super hero. Hari tu tengok citer Thor pun dia pakai baju Thor jugak.. layan kan je la.. next movie, harus lah transformers.. rasanya almost every week ni tengok wayang je.. huhuhuh.
Citer pasal hari bapa.. selain belanja si ayah tengok wayang.. Aszra buat kad untuk ayah dia. Punyer la nak sorok2. Tapi dia buat kad tu sama2 semeja ngan ayahnya. Bila ayahnya nak tengok dia tak bagi.. harus lah ayah nyer tahu dia tengah buat kad hari bapa kan.. So, malam tu jugak dia nak bagi. Pastu pesan, suruh ayah letak kat opis.. Pagi ni sebelum gi school, ayahnya suruh ambik gambor ngan lukisan fathers day dia tu... tersengih kena puji ngan ayahnya.
Tu untuk ayah Aszra dan Asyif.. untuk ayah saya pulak. Since last week memang dah belikan hadiah untuk ayah. Ayah yang pilih sendiri. Sehelai baju dan tali pingang.. Pastu malam tadi, gi makan kat Pak Li kat seksyen 7. Kira sempena meraikan hari bapa la.. Makan kat situ sebab ada Hainanese Chicken Chop.. faveret ayah.
Untuk suami saya, ayah saya, ayah mertua saya dan ayah2 lain yang saya kenal.. selamat hari bapa.. semoga terus menjadi ayah yang terbaik.

Tuesday, June 14, 2011

Darah seni

Cerita padal darah seni ni.. terasa macam ala2 artis la pulak. Tapi the fact is memang saya dilahirkan berdarah seni. Ayah saya bekas pemuzik pada tahun 60-70an yang lalu. Bapa saudara saya pun sama. Arwah datuk saya pemain viola RTM satu masa dahulu. Diorang ni memang main kat radio, tv, pentas2.. Bakat seni itu turun kepada saya. Alhamdulillah... saya boleh bermain keyboard dan beberapa instrument yang lain spt, piona.. harmonica, flute dan gitar. Tapi gitar ni saya tak tahan...tangan sakit.. hehehe.


Selain muzik.. ayah saya juga dulu seorang jurutari. Dia mengajar tarian kebudayaan. Sekali lagi darah seni tu turun kepada saya. Saya memang minat menari dari zaman sekolah. Zapin, Inang, Endang, joget.. insyaAllah sampai sekarang saya boleh menari dan boleh ajar org menari. Klasik india pun saya pernah belajar.. boleh la gerak2 kan kepala mcm penari india tu.. Cuma sekarang saya dah tak menari.. maklumlah.. bila kita ni bertudung, nak menari tu terbatas la kan.. mcm tak manis pulak.. pastu badan pun dah tebal.. menari pun mcm tak cantiknya.. hehehehe.


Satu lagi darah seni ayah saya ialah melukis. Ayah saya tu kalau ambik architecture mesti boleh punye. Ayah saya kreatif.. saya jumpa satu buku lama.. dalam tu ada semua design2 perabot yang dia buat sendiri. Dia design dan buat perabot tu sendiri. Siap ukuran ikut skala.. kagum saya.. Ada pandangan sisi, pandangan atas... Kalau nak tahu, kitchen cabinet kat umah saya, adik dan rumah mak semua ayah yang buat... ayah saya memang seorang handyman dan banyak skill.. Bab melukis ni... mcm tak turun sangat kat saya.. sebab saya mcm tak minat sangat la. Tapi kalau nak suruh kreatif dalam bentuk digital boleh la.. saya lagi suka guna photoshop dan illustrator. Saya pernah buat bisness kad kawin.. sebab saya boleh design sendiri.


Actually, nak citer tentang darah seni aszra. Ramai yang tahu dia memang attend music claa kat YAMAHA. So far, progress ok je.. Tapi lately ni dia nampak macam minat melukis dan mewarna. Sejak kalah dalam pertandingan mewarna hari tu.. dia nampak lebih berusaha untuk mencantikkan kaedah pewarnaan dia tu. Sekarang ni pulak, suka betul dia melukis. Walaupun mula2 memang tak cantik, tapi bila diajar, dia akan buat balik. Hopefully bakat seni dia yang ni dapat diperkembang lagi. Saya suka orang pandai melukis ni. Boleh lah aszra lukis muka ibu dia..heheheh

First Family Drawing

Tuesday, June 07, 2011

Bersalin lepas berlibur

Saya sedang bersalin ni. Tapi bukan beranak. Ni, kulit saya yang tengah bersalin. Especially kulit muka bahagian hidung. Dah merekah2 dah nampaknya. Color kulit tak payah cerita la.. dengan gelapnya.. pastu berkilat. Uisshhhh.. buruk. Tapi pasrah je la.. Datang juga ke ofis. Pakai jugak moisturizer dan foundation.. tak jalan. Tang hidung memang dah menggelupas dah ni...


Ha ahahaha.. merungut pasal kulit. Tu semua gara2 tak ingat dunia duk mandi kat laut. Sebenarnya saya dan keluarga dan sepupu sepapat, emak, bapak sedaara semua ke Teluk Batik, Perak untuk berkelah sempena cuti sekolah ni. Kami bertolak 5 kereta awal pagi.. lepas subuh dalam kul 6 cam gitu, terus gerak. Kul 8 lebih dah sampai. Pastu dapat port berkelah pun baik punyer.. redup. Kami pasang 3 khemah. Bajet duduk sampai petang. Makanan semua potluck bawak dari rumah. Agenda utama dah tentu la mandi laut kan. Memang tak ingat dunia daaa... dari yang si kecik asyif sampai lah ayah saya yang paling tua tu pun terjun laut. huhuhuh. Pastu bukan sekali... boleh kira banyak kali mandi manda. Naik ke darat semata2 nak makan minum sebab lapar. Pastu terjun balik. Yang paling best saya dan sepupu dapat naik banana bot. Memang tak pernah pun naik. Kali ni, lepas dapat restu mak ayah.. dapat la saya naik. Seriau jugak memula.. tapi memang best la. Last kali kami semua diterbalikkan dan jatuh la ke dalam air... hehhehhe tak lemas pun sebab pakai life jacket. Kami gerak balik sekitar kul 5 lebih. Almost 9 jam la kat situ. Mana lah kulit ni tak terbakar. Masing2 muka macam udang kena bakar. Memang kali ni paling teruk saya sunburn. Tapi.. apa2 pun percutian kali ni memang best!


Monday, June 06, 2011

Basikal dan saya

Dah lama saya x naik basikal. Last time saya ada basikal was 19 tahun yg lalu. Umur saya masa tu 14 tahun. Basikal mmg jadi kenderaan rasmi saya ke sekolah bermula saya tingkatan 1. Saya akan bawak sepupu saya ke sekolah. Masa tu basikal paling glamer basikal copper biasa je la.. Tiap2 hari naik basikal. Tak kisah hujan panas. Bila hujan siap pakai baju hujan tu..


Bila saya naik tingkatan 3, saya dah tak naik basikal ke sekolah sebab family pindah ke kawasan yang jauh sikit dari sekolah. Jadi basikal tu guna bila nak pergi kedai, atau kadang2 saya kayuh juga ke sekolah bila ada aktiviti petang. Zaman tu tiba2 basikal mountain bike sangat la glamer. Rata2 harga moutain bike semuanya RM 200 dan ke atas. Tahun 1993 dulu, RM 200 tu consider mahal la. Saya pernah jugak mintak mak dan ayah belikan. Tapi memang tak dapat. Sampai la saya sendiri buat deal ngan mak ayah, kalau saya dapat 8A dalam PMR, diorang kena belikan saya basikal mountain bike. Memang keinginan nak basikal tu memuncak sangat. Tapi tu la.. saya ni over confident. Sekali result keluar teruk, tak dapat 8A. Masa tu la hasrat saya untuk memiliki basikal baru hancur lebur. Basikal coper buruk tu je la yang terus jadi peneman saya. Selepas itu, memang tiada lagi basikal dalam hidup saya. Bila masuk U, saya dah bawak motor kat kampus. So.. memang tak pandang dah basikal ni.




Sehinggalah semalam.. 5 Jun.. saya memiliki basikal baru. Horayyyy.. basikal gaya mountain bike yang telah diubah suai dengan bakul dan tempat duduk belakang. En. suami tercinta yang belikan. Asal nya ke kedai basikal untuk beli basikal baru untuk Aszra sebagai hadiah hari lahirnya last week. Dah pilih basikal Aszra, en. suami tanya.. nak basikal ke.. ehheheh.. Orang dah offer, kita ambik je la kan. Memang sengaja saya pilih basikal yang ada bakul dan tempat duduk belakang. Minggu depan, seat untuk kanak2 akan dipasang kattempat duduk belakang tu. So, mudah lah saya bawak asyif. Bestnya.. memang dah lama jadi hasrat hati, nak ada basikal. Petang2 atau pagi2 ahad.. boleh la saya mengayuh bawak asyif, aszra mengayuh basikalnya sendiri dan en suami pulak berjogging. At least a part of exercise la kan. Nak belari mcm leceh sebab ada anak kecik.. so dengan basikal, anak kecik pun saya angkut sekali... horayyy.. terima kasih en. asrof.