Salam petang Rabu... kejap je dah hari rabu yer,, kejap betul masa berlalu. Dah masuk bulan 6 dah...dah separuh tahun 2010 kita lalui.. begitu juga dengan Aszra dan Asyif.. Aszra dah cecah 4 tahun...si Asyif pulak hari ni genap la 4 bulan... Alhamdulillah anak2 saya sihat sejahtera.

28 May lepas...birthday Aszra yg ke 4 tahun. Kebetulan hari cuti Wesak day. So..apa lagi, saya dan suami pun bercadang la nak berjalan2 bawak anak2 kesayangan. Akhirnya destinasi yg di pilih ialah Petrosains, KLCC. Ok la sempena birthday Aszra, boleh la dia belajar something kat sana. Saya ajak mak, ayah, adik dan cik Jad... sib baik semua pun setuju nak ikut. Saya booking tiket pukul 3 petang.. Fee masuk pun tak la mahal sangat..dewasa rm 12, warga emas rm 6 dan kanak2 bawah 5 tahun percuma.




So.. Ahad, 30 May.. pukul 3 petang.. family kami berkumpul. Tak ajak ramai pun... semua cousin2 dan jiran rapat dan dekat je. Kumpul dalam 30-40 orang. At least meriah la masa potong kek... Saya sempat tempah kek ais krim strawberry..sempena minat aszra kat character strawberry shortcake. Alhamdulillah... the gathering berjalan dengan baik... simple tapi puas hati. Really hope aszra happy especially bila dapat jumpa dan main2 dengan cousin2 dan kawan2 dia....
No comments:
Post a Comment