Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa

Salam pagi Isnin. Saya agak kepenatan.. semalam kami sekeluarga baru pulang dari bercuti di Mersing. next entry saya citer pasal Mersing. Hari ni, masih tak terlambat untuk saya ucapkan selamat hari bapa buat insan2 penting dalam hidup saya...

Ayah Saya (Abu Bakar Jabar)

Selamat hari bapa untuk ayah. Ayah saya seorang yang agak serius terutamanya dalam membesarkan saya dan adik. Kalau hitam kata ayah...maka hitam la..kalau putih kata ayah..maka putih la. Tiada kompromi. hehehhe.. Tapi, ayah saya seorang yang sangat penyayang. Tak pernah la saya dan adik kena jentik hatta, nak tepuk nyamuk kat badan kami pun dia tak pernah. Dihalaunya nyamuk tuh.. Ayah saya bukan orang kaya, tapi alhamdulillah keperluan kami sekeluarga tak pernah terabai. Buku sekolah, buku rujukan memang tak jadi masalah. Asalkan anak mendapat pendidikan yang terbaik. Syukur sangat, atas didikan ayah dan emak yang baik, saya dan adik kini mampu untuk berdikari, mampu membezakan yang baik dan buruk dan kekal menyayangi antara satu sama lain. Terima kasih ayah!.. Ida sayang ayah sangat...


Suami saya (Asrof Rauf)

Selamat hari bapa Yang.. Pada awal perkahwinan, kadangkala saya ragui mampukah suami saya ni menjadi ayah yang pandai layan anak2. Ye la..suami saya anak lelaki tunggal dan bongsu pulak tuh.. sifat keanakan dan kemanjaan dia memang terserlah lah.. Alhamdulillah, saya tahu keraguan saya itu salah. Saya rupanya dikurniakan seorang lelaki yang sangat pandai melayani anak2. Bermula dengan Aszra.. yang nampaknya lebih rapat dengan ayahnya. Sikit2 ayah... Suami saya pandai memujuk aszra bila dia menangis atau tantrum.. Lagi satu, suami saya suka belikan buku cerita untuk anak kesayangan dia...dan setiap malam akan membacakan buku cerita yang dibeli. Sampai sekarang ni Aszra dah boleh ceritakan balik mengikut buku yang dibaca... Asyif pulak, bila time asyif buat perangai tak nak tidur cepat, suami saya la yang akan turut sama berjaga sampai pukul 2-3 pagi. Kadang2 saya disuruh tidur dulu...dia yang jaga anak dulu. Kira bergilir-gilir. Syukur sangat... terima kasih awak... semoga awak terus menjadi idola untuk anak2...InsyaAllah...


Bapa mertua (Abd Rauf Abd Rahim)

Selamat hari bapa untuk ayah mertua saya yang masih gagah dan sihat. Berusia 64 tahun, tapi kudrat macam orang muda. Masih gagah bermain golf, memandu solo tanpa henti KL-Mersing-KL. Saya selalu tertanya, mcm mana ayah mertua saya nampak segar dan sihat dan lama2 saya faham sendiri. Dia memulakan harinya dengan sarapan pagi yang sihat. Setiap hari ayah mertua saya hanya makan roti dan telur untuk breakfast. Dia takkan makan nasi lemak ke...kuih muih ke.. mee hoon goreng ke... sebab baginya, untuk memulakan hari dengan baik, perlu dimulakan dengan makanan yang sihat. Ya... saya dah pun melihat hasilnya. Saya kan cuba apply amalan ini untuk keluarga dan anak2 saya. InsyaAllah....

1 comment:

mscabbage said...

Sifat Ayah2 yang memang patut dicontohi....