Salam pagi Rabu...hari ni baru dapat update blog. Saya akan busy sampai la hujung bulan 10 sebab tender akan tamat dan banyak dateline nak dikejar...huhuhuh....
Ok la.. ni just nak citer cuti2 kami sekeluarga ke Mersing. Plan asal ialah nak ke Mersing dan Pulau Tioman. Tapi trip ke Tioman terpaksa di tangguhkan sebab ayah mertua saya ada interview di Putrajaya pada hari Khamis. Sepatutnya nak ke Tioman pagi khamis tu naik bot. So..akhirnya kami semua pulang ke Mersing tengah hari hari Khamis.. Tak apa.. maybe nak kena tunggu jugak Kak Aida (kakak ipar) ada baru leh pergi sama2. Kak Aida tak ada kali ni sebab dia ke Oslo, Norway..2 minggu atas urusan kerja. So.. anak2nya semua ada ngan kami..angkut sekali bawak balik ke Mersing.
Kami tiba di Mersing dengan 3 biji kereta, Kereta kami, Kereta ayah mertua dan kereta kak Dura.. Kali ni mak dan ayah saya pun join sekali. Sampai petang Khamis. Chef of the day terus mulakan aktiviti nak barbeku malam tuh.. Ted dan kak Dura did a good job.. food memang marvelous la.. Samoai kan ayah saya pun nak belajar masak dengan chef Ted tuh...ehheheh.








Hari Sabtu... kami dua kereta (kak dura balik awal), ke Kota Tinggi pulak. Tempat dituju sudah tentu lah air terjun nya. Lama tak pergi, last saya pergi tahun 2002 kot.. Kali ni bawak anak2 pulak. Aszra dan ayahnya bersama dengan Humaira, hazrik ngan hakeem je la yang turun. Ayah dan ayah mertua saya pun join jugak mandi. Malas nak rendam si Asyif sebab air waterfall ni agak sejuk. Menggeletar pulak si Asyif tu nanti. Kami kat sana tak lama.. by 5 petang kami dah gerak balik ke Mersing semula. Kepenatan masing2..



Hari Ahad... lepas breakfast baru la kereta kami bergerak pulak. Family mertua saya ke Simpang Renggam... ada wedding. Saya dan keluarga terus ke hiway.. tapi singgah jugak la Ayer Hitam beli barang sikit... Penat memang sangat penat... tapi 5 hari duduk bersama keluarga memang membahagiakan. Baru habis cuti ni...dah plan cuti lain lak..ehehh, next destination?? Utara pulak kot...InsyaAllah..
3 comments:
kak as, sampai kota tinggi nape tak call?...ai ade kat rumah mertua...kalau tak blh makan durian, rambutan, manggis ngan cempedak...tak larat nak pungut...16 ekar nye kebun, kalau ramai2 lagi seronok
tu la.. namanya tak ada rezeki..huwaaaaaaa.. kiteorg meleleh air liur tengok durian tergantung kat pokok kat mersing tuh...tak gugur lagi...
Rugi jugak tak dpt gi Kota Tinggi. Air terjun nampak best.
Durian oh durian... Dpt ke kita merasa?
Post a Comment