
Tahun pertama membesarkan Aszra... masa ibu dan ayah amat terhad. Ibu dan ayah tinggal di Cheras ketika itu...berulang alik 2 hari sekali untuk berjumpa dengan anak ibu yang satu ini. Hingga hari ini ibu masih terasa ralat kerana tidak membesarkan Aszra sendiri...tidak dapat mengikuti perkembangan Aszra setiap hari....malah susu ibu pun Aszra tak menyusu dengan banyak. Maaf kan ibu... Kalau la boleh diundur kembali masa... ibu ingin membela Aszra bagai mana ibu menjaga adik Asyif sekarang. Setiap kali menyusu Asyif..Ibu rasa sedih sebab Aszra tak berpeluang berkepit dengan ibu lama macam adik... Alhamdulillah.. mungkin rezeki Aszra, ibu dan ayah membeli rumah di Setia Alam, dengan tujuan agar dapat membesarkan Aszra sepenuh masa. 

Tahun ke dua... Aszra semakin bijak dan pandai. Aszra dah petah bercakap.. berjalan dan berlari apatah lagi. Anak ibu sangat suka dengan buku. Hampir tiap2 minggu kita akan ke kedai buku untuk beli books.. Lepas tu Aszra mesti suruh ibu dan ayah bacakan. Masa ni juga Aszra suka cartoon Barney...lagu Barney pun Aszra hafal... anak patung barney and friends pun ibu ayah belikan..


Masuk tahun ke 4 ini... Aszra dah pun punya adik Asyif. Sepanjang ibu mengandung...Aszra tak pernah jemu nak bercakap dengan perut ibu..nyanyi2 kat perut ibu... Sebab tu la, sekarang ni adik Asyif sentiasa senyum kalau tengok kakak Aszra.. Dia kenal kakak dia yang selalu menyanyi untuk dia. Aszra juga tolong ibu buang pampers.. ambil pampers..ambil tuala.. Rajin sangat anak ibu. Tapi sekarang ni Aszra selalu juga kena marah dengan ibu...bukan ibu tak sayang..tapi kadang2 ibu takut bila Aszra lompat2 nanti terkena adik... Sekarang ni Aszra dah pandai mengira, membaca ABC, menulis nombor dan abjad... Alhamdulillah... Hujung June nanti Aszra akan tamat Gred 1 untuk music class Aszra. Ibu bangga dengan Aszra.... Aszra adalah kekuatan ibu. Sejak Aszra lahir.. ibu tahu ibu melahirkan anak yang sangat istimewa, yang bijak serba serbi..InsyaAllah...
Selamat Hari Lahir buat anak Ibu Aszra binti Asrof. Semoga Aszra membesar menjadi anak yang solehah... menjadi insan berguna, berbakti pada keluarga, agama dan bangsa... Biar harapan ibu ini tinggi melambung... ..kerana kata2 seorang ibu itu adalah DOA!
7 comments:
happy buffday aszra.. >(^_^)< moga dapat jadi kakak yang baik..
hepy besday gurl!jage ibu dan adik baik2 ye.
heppi bestday aszra ;-)
happy belated besday, aszra....comey betul anak dara ni....
Happy Birthday Aszra, moga jadi anak yg solehah, berjaya dunia akhirat.
FYI, sama dgn tarikh birthday anak Shima si Khadija tp baru masuk 3 thn.
happy birthday cute girl..
kalau la boleh Aszra baca entry ni, mesti dia terharu ..Happy Birthday!!
Post a Comment