Salam hari Khamis.. terakhir di tahun 2009. Kejap je masa berlalu.. rasa mcm baru je sambut 2009 hari tu... Hari ni semua tempat lengang. Jalan tak jem.. ofis pun mcm tak ada orang je. Ramai yang bercuti agak nya kan....
Seperti biasa axa tiap2 tahun akan review balik apa azam tahun 2009 yang tercapai dan apa yang dah berlaku suka duka sepanjang tahun 2009. Sekadar review.. mana yang baik kita akan kekal kan.. mana yang tak baik kita ubah la pada tahun 2010 kan.
Azam 2009 (capai ke tak?)
1. Gi holiday - Kalau ikut azam 2009 tu awal tahun nak gi holiday dalam negeri je.. then hujung tahun baru nak keluar ambik angin seberang laut. Tapi yang tercapai yang dlm negeri je la.. Mei 2009, kami sekeluarga ke Langkawi.. saja jalan2. holiday hujung tahun terpaksa ditangguhkan memandangkan pada saat ini axa sangat sarat mengandung..........heheheheh
2. Planning for a new baby - Alhamdulillah azam yang ni tercapai.. axa disahkan mengandung bulan Jun hari tu dan insyaAllah Baby As ni akan keluar awal februari 2010. Syukur sangat2.. doa Aszra untuk dpt adik dimakbulkan....
3. Nak makeup umah KAMI. - So far rumah KAMI dah lengkap dengan perkara2 asas. Kitchen kabinet semua dah ada.. pastu kami create simple garden je.. pokok pagar pun dah tumbuh dengan cantiknya.. nak make up lain2 insyaAllah tahun 2010.. start pregnant hari tu memang agak malas nak make up rumah...
4. Pendidikan Aszra - Azam, 2009, nak carikan aszra weekend class supaya dia boleh bercampur gaul dengan orang lain dan kelas tu harus dlm bahasa inggeris. Alhamdulillah.. Mula April - Disember 2009, aszra dah pun kami hantar ke kelas Tumble Tots Subang Parade. Banyak improvement yang kami dapat lihat especially dari segi confident dia.. english vocab.. dah leh faham dan ckp bahasa inggeris dah si kecik tuh. Tapi kami terpaksa stopkan kelas Tumble Tots tu kerana kenaikan yuran yng melampau jugak kan... dari RM 428 per semester (class once a week - 1 1/2 hours ) kepada RM 1300 per semester. Aduhai... 3 kali ganda naiknya. Sayang jugak stopkan kelas dia.. tapi nak buek cam no.. baik axa hantar daily class kat smart reader yang bayaran dia pun hampir sama.. lagi dapat gi kelas tiap2 hari... Tapi even kami stopkan kelas tu, kami ganti pulak dengan kelas music kat Yamaha Music School. Start on 2 Januari 2010 ni. So..tak lah aszra terasa sangat kan.. lagi pun kelas music ni best sebab setiap org dpat satu organ masa dalam kelas... Selain dari weekend class, kami juga hantar aszra gi kelas mengaji kat Iqra' Bestari. Alhamdulillah penerimaannya sangat baik... dah kenal huruf2 jawi dan dah boleh membunyikan pulak tuh....
5. Nak kurus - Nampaknya tak tercapai la azam yang ni sebab dah mengandungkan. Tak apa.. kite forward ke tahun 2010 lepas habis pantang nanti..hehehe
Hmm.. ada yang tercapai dan ada yang tak tecapai.. tak apa la.. kite hanya manusia yang mampu merancang.. Allah la yang menentukan segalanya. 2009 sememangnya akan meninggalkan kenangan dalam diri axa sendiri. Sebenarnya banyak peristiwa pahit manis yang berlaku sepanjang 2009 ni... yang ada diantaranya menguji kesabaran axa sebagai seorang manusia. Tapi Alhamdulillah.. sehingga di hari terakhir 2009 ini axa masih waras dan masih mempunyai pegangan dan pendirian yang kukuh. Segala dugaan telah axa harungi dengan kewarasan akal fikiran. Walau pun ada antaranya mengguris perasaan, namun kekuatan berfikir secara positif menjadikan axa lebih matang untuk mengharungi liku2 kehidupan.. (mcm ayah novel la pulak)... Apa pun axa bersyukur diberi kekuatan... biarlah segala yang berlaku di 2009 menjadi kenangan.... dan sinar 2010 akan lebih membawa kebahagiaan.. InsyaAllah.....Selamat tinggal 2009...