Salam... Kul 12 tengah malam, 31 Ogos 2009. Axa tertidur kat sofa depan TV. Sejak mengandung memang selalu tidur awal.. then dengar orang ketuk pintu... terjaga jugak, pastu Aszra ckp.. 'eh birthday Ibu la...' Oh ya.. dah masuk 31 Ogos rupanya... Mak ayah, adik dan cik Jad yang datang bawak cheese kek..heheheh... tima kasih la susah2 je datang tengah2 malam bawak kek kegemaran axa tu.. walaupun sebenarnya axa mcm dah agak la kan.... sebab Aszra kata nanti mamacu beli kek untuk ibu. Huhuhuhuh....
So.. berlangsung la sessi nyanyi2 lagu birthday oleh Aszra... mcm dia lak birthday girl.. sibuk betul duk depan kek. Suruh ibu dia tiup lilin.. tapi sebenarnya dia pun nak tiup sama. Seronok betul sambut birthday dengan anak yang dah besar dan faham pasal birthday ni.. dia yang excited lebih. Pastu Aszra terus gi ambik satu paper beg kecik.. yang sejak dari hari sabtu dah ada... ayahnya pesan.. bagi kat Ibu bila dah sampai birthday ibu nanti.... so aszra pun sampaikan la kat axa..even axa dah tahu apa kat dalam tu... siap dia lak yang sarungkan... pandai anak ibu. Dia bagi tahu "Ibu.. ayah beli cincin untuk ibu"...huhuhuh...Thanks Yang.....
Flash back.. Sabtu 29.08.09.. Kat Subang Parade. Biasala..gi hantar aszra di Tumble Tots.. lepas abis kelas dia.. ayah aszra bersuara.. tentang birthday gift axa. Huh.. tetiba je.. Dia terus bagi tahu.. dia dah plan nak belikan axa cincin... white gold katanya... hmm...axa pernah bercita2 nak beli cincin white gold awal tahun hari tu.. tapi tak beli2 pun. Entah.. seperti biasa.. axa bukan jenis yang suka beli sesuatu yang bukan keperluan...guna duit sendiri apatah lagi mintak kat ayah aszra. Walaupun teringin.. tapi axa masih boleh membezakan mana keperluan dan mana kehendak. Tapi nampaknya kali ni.. ayah aszra dah tetapkan nak beli.. so rezeki tak leh tolak kan.. Terus la ke Tomei yang ada kat S.Parade tu. Proses memilih tak makan masa yang lama. Sekali lagi.. axa bukan orang yang cerewet... lepas mengasingkan 2-3 bentuk yang axa rasa axa suka.. axa mintak aszra pulak pilih mana yang dia paling suka.. finally dia pilih untuk ibu dia.. Thanks again utk Ayah Aszra dan Aszra... sayang sangat both of u.
Back to 31 ogos 2009. Seharian lepak kat rumah.. tapi dah ada plan.. kul 3 gerak ke KL. Plan pertama gi IJN..jenguk Damia..yang akan jalani pembedahan sama ada hari ni atau esok. Mudah-mudahan Ija dan family tabah dan segala2 nya dipermudahkan...Amin. Destinasi seterusnya... Restoran Subak. Axa dah booking untuk berbuka puasa dan celebrate birthday kat situ. Memang dah jadi tradisi family axa... setiap kali birthday, kami akan gi dinner ke tempat2 yang special sikit. Yup.. kali ni paling special kot. Restoran Subak ni kat area Penchala, Damansara. Sesuai dengan temanya...Dine with Nature... persekitarannya memang cantik. Makanannya pun sedap2 belaka...campuran local dan western. Rate makanan RM 18-45 per dish.. Alhamdulillah...kenyang sangat2..... Ok la.. thats all sepanjang birthday axa yang ke 31.. dah tua rupanya... tak apa...yang penting fikiran pun sematang usia....baru la seimbang. Thanks untuk kawan2 jauh dan dekat yang sms axa..... U all memang kawan sejati la.. dah tua2 pun masih ingat birthday kawan2 kan....Sayang semua....