Thursday, May 28, 2009

Happy Birthday My Dear Aszra


Salam petang Khamis...


28 Mei, 3 tahun yang lalu.... selepas 37 minggu hidup bersama, akhirnya permata hati KAMI menjengah dunia pada pukul 2.51 pagi di Hospital Pantai Cheras, Kuala Lumpur. Masih lagi segar dalam ingatan axa... sejurus air ketuban pecah sekita pukul 11.50 malam, ayah aszra terus kekal berada di samping axa di dalam labour room. Apabila datang setiap contraction.. ayah aszra akan membaca surah al fatihah ke telinga axa. Bila nurse suruh belajar untuk push.. ayah aszra juga yang akan membantu. Sehingga la saat melahirkan. Suara doktor dan nurse semacam tenggelam.. hanya kedengaran suara lelaki yang bakal menjadi ayah membantu axa untuk push.. Alhamdulillah.... Allah permudahkan semuanya.


Hari ni..Aszra binti Asrof, genap 3 tahun. Terasa mcm baru semalam melahirkan dia. Melihat dia membesar memang sesuatu yang menbahagiakan. Aszra mula meniarap pada usia 4 bulan, tumbuh gigi pun usia 4 bulan. Then pada umur setahun, memang dia dah pandai berjalan. Rindu sangat saat2 dia masih baby.. Pada usia 3 tahun ni..banyak sangat pencapaian Aszra. As Ibu, axa sendiri rasa bersyukur kerana Aszra membesar dengan baik dan sempurna. Jom tengok apa yang Aszra dah boleh buat.


1. Sangat petah bercakap dalam Bahasa Melayu. Boleh guna kata hubung cth: akan, sebab, jadi..

2. Dah mula berkomunikasi in English. Sometimes dia boleh berlakon konon2 dia tengah speaking.. Dia faham bahasa Inggeris. So..kalau nak mengata pasal dia.. tak leh dah nak guna English.

3. Pandai menyanyi . Antara lagu favourite : Twinkle2 Little Star, Baba Black Sheep, Row Row Row Your Boat, Hanya kau yang mampu, Rain-rain Go Away dan mcm2 lagi la..

4. Boleh guna laptop sendiri.. Dia pandai on kan, log in ikut user, on kan CD, tekan ALT + ENTER untuk buat full screen, tutup mana2 pop up yang tak dikehendaki... so..memang dia dah conquer la laptop Ibu.

5. Boleh mengira in Malay & English 1-10.

6. Boleh nyanyi lagu ABC.

7. Dah pilih menu sendiri setiap kali keluar makan. Dia order sendiri dengan org yang ambik order. Favourite : Nasi Goreng + Orange Juice

8. Sangat suka dengan watak2 Princesses kat Disney. Memang dia dah kenal semuanya..Cinderella, Snow White, Belle, Aurora, Ariel..

9. Suka buat collection item disney Princesses tu. Cth: Kasut, baju, topi, buku, pencil case, jam, beg.. kalau boleh semua nak Princesses la.. ni dah ikut ayah dia la ni..suka collect barang.

10. Sangat minat muzik dan siap ada hasrat nak pergi guitar class.

11. Minat dengan arts.. especially buat kolaj atau pun painting...

12. Dah tak pakai pampers... boleh gi toilet sendiri dah... lega tak payah beli pampers dah..

13. Dah tak minum susu guna botol... memang dah tak beli puting dah... hehehe

14. Sangat suka pergi sekolah...

15. Sangat suka pergi kedai buku..mesti akan grab at least satu buku.

16. Aszra hanya minum air Ribena, Vitagen dan Teh Suam. Selain tu dia tak suka.

17. Junk food..aszra hanya makan Sugus, Fruitella, Chocolate Malties, Chocolate Cadbury. Lain2 keropok ke, jajan2 ke.. memang dia tak minat nak makan. Alhamdulillah..lagi pun bukannya lok utk kesihatan kan.

18. Sangat penakut makan ubat. Part ni memang payah sungguh nak bagi dia makan ubat la......


Hmm kalau nak di list kan...memang banyak perkembangan Aszra. Alhamdulillah...


Untuk Aszra.. Selamat Hari Lahir yang ke 3 tahun. Ibu sayang sangat Aszra.. Semoga Aszra jadi anak yang baik, bijak, pandai dan cerdik. Ibu promise..your birthday party kite akan buat on 21 Jun 2009.. jauh sangat tarikh tu.... because we need to make a preparation untuk wedding UMI 6 Jun nanti.. So.. sabar ye Aszra.. party kali ni.. buat tema princesess pulak.. as u wish! Love u so much!!!


3 comments:

Ruby Alias said...

Happy birthday lil princess!

shuzana said...

hepi besday aszra..semoga jd anak yg baik yee sayang..

p/s: arini wedding anni shu...

bANgsaL buROk said...

happy belated birthday to aszra...moga membesar dgn sihat dan cantik...hehhehe..