Wednesday, May 06, 2009

Buah Hati Pengarang Jantung


Salam petang Rabu. Tiba-tiba rasa nak bercerita tentang buah hati axa ni. Tengok gambar dia...buat hati ini rasa tak sabar nak balik. Sekarang ni dah masuk bulan Mei. Aszra... bakal menyambut hari lahirnya yang ke 3 tahun pada 28 Mei ni. InsyaAllah seperti tahun2 sebelum ni... akan ada birthday celebration untuk Aszra. Rasa macam kejap je masa berlalu. Macam tak percaya, baby yang keluar dari rahim axa yang beratnya 2.55 kg je.. sekarang dah besar panjang. Petah pulak bercakap sampai tak terlayan dengan semua pertanyaan. Now axa faham bila ingat iklan "burung apa" yang si bapa tanya banyak2 kali. Axa dan ayah aszra dan mula experience dah.... once Aszra mula bertanya... setiap jawapan yang kita bagi..dia akan jadikan soalan untuk soalan seterusnya. Sampai dia puas hati. At this stage...sangat penting untuk axa dan ayah aszra jawab semua pertanyaan. Atok dan Wan ckp aszra ni nak ikut mcm ibu.. suka bercakap. hehehehehh

Kadang-kadang kena dengar dia bercerita pulak.. atau dia akan mintak kita bercerita ikut buku2 yang ada kat rumah. Malam2 buta pun kena paksa ceritakan kisah snow white atau cinderella yang dia sendiri dah hafal pun. Actually... more on nak kan perhatian tu sebenarnya. Memang dari kecil lagi Aszra tak pernah tolak buku. Antara toys dan buku ...dia akan pilih buku. Hopefully minat dia terhadap buku ni kekal la sampai besar. Sometimes dia boleh habis kan masa sorang2 menghadap buku. Lagi satu hobby aszra..dia suka tengok CD yang we all beli berulang-ulang kali sampai dia akan hafal cerita tu. Latest CD yang dia dah nak hafal... Pinocchio. Dia boleh citer balik pulak tuh.

Bila tengok muka dia malam2 masa tengah tidur... axa rasa mcm tak percaya, dia dah besar. Letih mcm mana pun.. tengok wajah anak sendiri ni memang sangat menenangkan. Ibu Sayang Aszra tau! (aszra suka letak "tau" kat hujung ayat dia).

3 comments:

shima ariff said...

Salam, As....
Comey sungguh Aszra ni!!! Tengok rupa pun tau cerdik budak ni...

Shima,
Tmn Saujana Kapar

anese said...

mase depa tidur tu rasenya diorang ni kiut miut sgt kan???

as a.k.a axa87 said...

Shima,
budak2 sekarang ni memang bijak2 kan. Budak zaman komputer..hehheh

Anese,
Saya suka sangat mengusik aszra bila dia tengah tidur. Damai je bila dia tidur..yang penting mulut dia pun tidur..hehehehe kalau tak pot pet pot pet jer..heheheh