Thursday, May 28, 2009

Happy Birthday My Dear Aszra


Salam petang Khamis...


28 Mei, 3 tahun yang lalu.... selepas 37 minggu hidup bersama, akhirnya permata hati KAMI menjengah dunia pada pukul 2.51 pagi di Hospital Pantai Cheras, Kuala Lumpur. Masih lagi segar dalam ingatan axa... sejurus air ketuban pecah sekita pukul 11.50 malam, ayah aszra terus kekal berada di samping axa di dalam labour room. Apabila datang setiap contraction.. ayah aszra akan membaca surah al fatihah ke telinga axa. Bila nurse suruh belajar untuk push.. ayah aszra juga yang akan membantu. Sehingga la saat melahirkan. Suara doktor dan nurse semacam tenggelam.. hanya kedengaran suara lelaki yang bakal menjadi ayah membantu axa untuk push.. Alhamdulillah.... Allah permudahkan semuanya.


Hari ni..Aszra binti Asrof, genap 3 tahun. Terasa mcm baru semalam melahirkan dia. Melihat dia membesar memang sesuatu yang menbahagiakan. Aszra mula meniarap pada usia 4 bulan, tumbuh gigi pun usia 4 bulan. Then pada umur setahun, memang dia dah pandai berjalan. Rindu sangat saat2 dia masih baby.. Pada usia 3 tahun ni..banyak sangat pencapaian Aszra. As Ibu, axa sendiri rasa bersyukur kerana Aszra membesar dengan baik dan sempurna. Jom tengok apa yang Aszra dah boleh buat.


1. Sangat petah bercakap dalam Bahasa Melayu. Boleh guna kata hubung cth: akan, sebab, jadi..

2. Dah mula berkomunikasi in English. Sometimes dia boleh berlakon konon2 dia tengah speaking.. Dia faham bahasa Inggeris. So..kalau nak mengata pasal dia.. tak leh dah nak guna English.

3. Pandai menyanyi . Antara lagu favourite : Twinkle2 Little Star, Baba Black Sheep, Row Row Row Your Boat, Hanya kau yang mampu, Rain-rain Go Away dan mcm2 lagi la..

4. Boleh guna laptop sendiri.. Dia pandai on kan, log in ikut user, on kan CD, tekan ALT + ENTER untuk buat full screen, tutup mana2 pop up yang tak dikehendaki... so..memang dia dah conquer la laptop Ibu.

5. Boleh mengira in Malay & English 1-10.

6. Boleh nyanyi lagu ABC.

7. Dah pilih menu sendiri setiap kali keluar makan. Dia order sendiri dengan org yang ambik order. Favourite : Nasi Goreng + Orange Juice

8. Sangat suka dengan watak2 Princesses kat Disney. Memang dia dah kenal semuanya..Cinderella, Snow White, Belle, Aurora, Ariel..

9. Suka buat collection item disney Princesses tu. Cth: Kasut, baju, topi, buku, pencil case, jam, beg.. kalau boleh semua nak Princesses la.. ni dah ikut ayah dia la ni..suka collect barang.

10. Sangat minat muzik dan siap ada hasrat nak pergi guitar class.

11. Minat dengan arts.. especially buat kolaj atau pun painting...

12. Dah tak pakai pampers... boleh gi toilet sendiri dah... lega tak payah beli pampers dah..

13. Dah tak minum susu guna botol... memang dah tak beli puting dah... hehehe

14. Sangat suka pergi sekolah...

15. Sangat suka pergi kedai buku..mesti akan grab at least satu buku.

16. Aszra hanya minum air Ribena, Vitagen dan Teh Suam. Selain tu dia tak suka.

17. Junk food..aszra hanya makan Sugus, Fruitella, Chocolate Malties, Chocolate Cadbury. Lain2 keropok ke, jajan2 ke.. memang dia tak minat nak makan. Alhamdulillah..lagi pun bukannya lok utk kesihatan kan.

18. Sangat penakut makan ubat. Part ni memang payah sungguh nak bagi dia makan ubat la......


Hmm kalau nak di list kan...memang banyak perkembangan Aszra. Alhamdulillah...


Untuk Aszra.. Selamat Hari Lahir yang ke 3 tahun. Ibu sayang sangat Aszra.. Semoga Aszra jadi anak yang baik, bijak, pandai dan cerdik. Ibu promise..your birthday party kite akan buat on 21 Jun 2009.. jauh sangat tarikh tu.... because we need to make a preparation untuk wedding UMI 6 Jun nanti.. So.. sabar ye Aszra.. party kali ni.. buat tema princesess pulak.. as u wish! Love u so much!!!


Monday, May 25, 2009

Jom Main Johnson Family Day


Salam petang Isnin..baru la ni dapat nak update blog. Ada meeting pagi2..then petang ada perhimpunan bulanan pulak. Glamer kejap..nama naik sebab INTAN kekal Johan Bowling antara Bahagian JPA. Nanti la citer pasal bowling. Last weekend... another great weekend..full of activites..biasalah KAMI kan keluarga aktif selalu. Sabtu.. seperti biasa hantar Aszra gi Tumble Tots la.. Minggu ni last dia masuk kelas below 3 years.Next week akan masuk kelas 3 years and above..so Ibu dah tak leh jadi partnet Aszra dalam kelas...she will be in class by her own. Axa lak risau..maklumla..ni la first time dia akan gi kelas tanpa ibu atau ayah... but..dah ckp kat dia..even nak pergi toilet pun axa dah ajar dia..bila dia rasa nak terkencing...just ckp kat teacher aszra nak gi toilet. hopefully ok la...hehehe

So.. lepas balik kelas Aszra kami terus ke PJ. Join family day Johnson & Johnson. Actually ni dibuka untuk public la.. Dibuka dari kul 8.30 pagi - 6.00 petang. Entrance..FREE. Saper2 yang ada anak memang seronok la gi sini. Aszra sure la seronok kan.. ada Flying Kite Zone..Face Painting.. ada Game Zone.. letih jugak la seharian..Pastu ada persembahan drumline oleh KLDC.. teringat kat citer Drumline. Macam-macam la ada... ada goodies bag. Most barang2 Johnson la..bedak baby...Shampoo. KAMI sekeluarga masih pakai bedak baby ni. Heheheh..Terasa kulit selembut kulit bayi.. Balik2 tu memang sangat keletihan la.

ambik gambor dengan clown dulu

Ni kat Kite Flying Zone..kena buat kite sendiri..


Tercapai cita2 aszra nak main kite..

My Beloved...going to 3 years old this thursday

Tengah buat face painting

dah bercoreng muka aszra


Happy betul main kat Game Zone


KAMI

Tapi sebelah malam pulak sempat gi wayang tengok Syurga Cinta ngan adik. heheheh.. Ok ..Not Bad. Actually axa tertarik nak tengok bila tengok the making dia. Jalan citer dia menarik. Banyak teladan.. especially as a muslim.. Cuma bila nak part ending axa rasa mcm diaorg nak sangat citer tu cepat habis... padahal boleh je lagi tambah utk lebih menarik. Apa2 congrats tu Ahmad Idham.. citer ringan yang banyak pengajaran... insaf sekejap tengok anak2 melayu lupa diri ni. Aszra pun layan jugak.. suka benar dia ngan Haziq Tom Tom Bak tu....

Ahad.. Pagi2 sempat gi Pasar Tani. Beli barang untuk masak..Sayur,,bawang kentang..ikan, ayam.. Round jugak ke pasar kering. Takplan beli apa2 pun..sebab hari terlalu panas la. Sekarang ni memang seronok..bila ada rumah sendiri.. boleh pergi pasar sendiri.. Belah petang..gi lawan bowling antara bahagian JPA. Hehhehe.. Alhamdulillah.. INTAN sekali lagi Johan kategori kumpulan... dan axa sendiri..Johan Kategori Wanita.. Tahun depan sekali lagi wakil JPA ke MAKSWIP la.. InsyaAllah..kalau tak ada aral melintang pukang..heheheh

Thursday, May 21, 2009

Lambat

Salam pagi Khamis. Mengantuk sungguh pagi ni... sambil2 buat kerja..layan blog kejap, boleh hilang mengantuk. Asyik sangap jer dari tadi. Tak suka la kalau mengantuk kat ofis ni. Kenapa mengantuk? Hmmm.... ni asalnya sebab tidur lambat la malam tadi. Actually menemankan ayah aszra buat kerja dia...plus jaga aszra la. Selalunya kalau axa masuk tidur... ayah aszra yang akan lepak ngan aszra sebab aszra ni memang tidur lambat jer. Selagi jam tak cecah kul 12 selagi tu la mata dia bulat je tak mau tidur. Sekarang ni leka layan CD kat laptop ibu. Mcm2 citer kartun yang dia tengok... yang best nya.. dia akan pasang sendiri CD tu.., lepas pilih dari folder cd2 ayah aszra.. dia pun akan masukkan dan on kan CD tu. Sekarang ni.. kalau ada pop up keluar je..dia dah pandai close kan window...kalau tak asyik menjerit "Ibuuuuuuuuuuuu... Aja tak nampak la". Sekali je ajar dia... suruh dia letak cursor kat button close yang tanda "X". Axa pun leh tidur kat sofa dengan lena..tanpa gangguan...hehehe

So last nite akibat dari tidur yang lambat... maka bangun pun agak terlambat. Kul 6 baru terjaga.. lepas mandi siap2 terus la hantar aszra gi umah mak... singgah jap 7-11 sebab sangat mengantuk..layan nescafe latte la...apa lagi.. bagi tegak bijik mata ni. Pastu ada lak orang buat jalan....lagi melambatkan keadaan...satu lane je dia bukak..kena tunggu turn. Dah hantar aszra...kena lalu laluan yang sama..sekali lagi kena lalu kat tempat orang buat jalan tuh.. dah kul 6.30 pg pun diaorg tak berhenti lagi.. memang jam la jalan situ, sebab pagi2 ramai org nak gi kerja kan...thats y la axa selalu hantar aszra kul 6 sebab nak elak jam. So.. sampai balik kat umah Setia Alam..kul . Baru la siap2..makeup (make up sangat le tuh..ehheh)... teringat lak tak sidai baju yang dah dibasuh masih dalam washing machine. Sib baik ayah aszra menghulurkan pertolongan. Ayah aszra memang selalu sidai dan angkat kain baju..dari dulu lagi dia tak ada masalah nak sidai baju..ehehhe.. So lepas tu keluar rumah pun lambat la....kul 7.35 baru keluar.

Nasib baik la tak lambat sampai office.. kul 8.27 dah swipe... lega. Bulan ni kedatangan cantik je.. tak ada merah2..heheh. Banyak betul perkara lambat hari ni... even masuk ofis tak lambat...tapi masalah mengantuk pulak... aduss...

(Untuk Ayah Aszra... Good luck yer Yang. Kite ngan Aszra selalu ada kat sisi awak untuk menyokong awak. Ini adalah satu permulaan yang baik untuk kerjaya awak... You Can Do It...just teruskan usaha, InsyaAllah kejayaan itu Ada!)

Monday, May 18, 2009

Rehat yang menggembirakan

Salam pagi Isnin. Hari yang segar... malam tadi hujan. alhamdulillah... dah beberapa minggu tanah kering kontang. Axa ni.. selepas 5 hari cuti duduk rumah... baru la masuk kerja. Jengah sekejap blog ni.. sementara nak buat kerja ang dah berlambak menunggu. Axa bukannya jenis update blog tiap2 hari.. tapi at least seminggu sekali ok la kan.. kalau rajin atau free sikit.. 2-3 kali la seminggu.

Nak bercerita.. sejak Rabu, axa di beri MC oleh PPUM. Asalnya berkait la dengan demam axa hujung 2 minggu lepas. Allergic punyer citer. Rupaya axa memang tak tahan ubat yang doktor kat klinik setia alam bagi hari tu. Pagi Rabu, badan dah rasa sangat tak bermaya. Ayah aszra memang nampak cuak la.. yer la, nafas axa pun masa tu mcm turun naik. Pergi balik ke klinik setia Alam..doktor takut ada kesan kat paru2.. dia buat surat ke Hospital untuk buat X-Ray. Maklum la..sekarang ni banyak sanga penyakit yang muncul..so, ada kes je sure kena gi hospital. Axa ke PPUM dengan ayah... terus ke emergency. Ok jugak servis situ, cuma lain kali kena bawak GL sebab PPUM tak ada HRMIS. Lepas check dan x-ray alhamdulillah doktor sahkan paru2 ok..tak ada jangkitan, cuma di trakea axa je yang bengkak. Bukan sebab batuk atau sakit tekak..tapi sebab kesan dari ubat yang axa allergic tuh. Doktor kata, bila kita allergic ubat..bengkak bukan hanya pada luaran.. boleh juga berlaku di organ dalaman. Itu agak bahaya.. dan boleh menyebabkan pernafasan terganggu. So.. lepas settle semua...maka bercuti la Axa 3 hari. Memang rest betul la... disamping memanfaat kan masa bersama Aszra yang suka betul ibu tak kerja. Malam tu.. tiba2 dapat bunga dari ayah aszra... dia kata untuk isteri dia yang sakit. heheheh...tima kasih Yang...

Dalam cuti tu bisness jalan jugak. MyCuppyBeez terus beroperasi dengan bantuan mak. Yer la.. axa pun bukannya terlantar tak leh bangun. At least dapat keluarkan peluh bila buat kerja2 ni kan. Puas dengan bisness kecik axa ni. Alhamdulillah... rezeki Allah nak bagi. Kalau kite usaha, insyaAllah akan membuahkan hasil yang baik. Itu janji Dia kan.

Weekend... seperti biasa hantar axa pergi TumbleTots. Kembang aszra teacher dia puji sebab pandai aktiviti kat situ. Balik tu... heheheheh melangsaikan cita-cita dan impian yang dah lama KAMI pendam.. menunggu saat yang terbaik utk mendapatkannya. Akhirnya... beli jugak...apa dia?? Hehehehe... satu gadjet yang agak besar. Berubah wajah ruang tamu KAMI. Pemandangan pun jadi luasssssssss..... nanti birthday aszra, datang dan tengok sendiri. Kalau Hajar (wife Wayi) baca... bagi tahu kat Wayi yer.. kami dah tukar yang Wayi suruh tukar tuh...heheheheheh.. tengah tak sihat pun dah rasa sihat ni....huhuhuh

Gambar hiasan ni.. Aszra minat kat Hafiz AF7 ni.. sebab kononnya rambut dia sama...heheheh hmm boleh tahan sama jugak ek. Sabor je la...

Tuesday, May 12, 2009

Hidup kerana Umur?

Salam.. axa tertarik baca artikel yang axa dapat dari email pagi ni. Something yang boleh diamalkan untuk mendapat cara hidup yang sihat dan gembira kan.....

George Carlin's Views on Ageing

Do you realise that the only time in our lives when we like to get old is when we're kids? If you're less than 10 years old, you're so excited about ageing that you think in fractions. 'How old are you?' 'I'm four and a half!' You're never thirty-six and a half. You're four and a half, going on five! That's the key

You get into your teens, now they can't hold you back. You jump to the next number, or even a few ahead. 'How old are you?' 'I'm gonna be 16!' You could be 13, but hey, you're gonna be 16! And then the greatest day of your life ..... . You become 21. Even the words sound like a ceremony. YOU BECOME 21. YESSSS!!!

But then you turn 30. Oooohh, what happened there? Makes you sound like bad milk! He TURNED; we had to throw him out. There's no fun now, you're Just a sour-dumpling. What's wrong? What's changed? You BECOME 21, you TURN 30, then you're PUSHING40.

Whoa! Put on the brakes, it's all slipping away. Before you know it, you REACH 50 and your dreams are gone.But wait!!! You MAKE it to 60. You didn't think you would! So you BECOME 21, TURN 30, PUSH 40, REACH 50 and MAKE it to 60.

You've built up so much speed that you HIT 70! After that it's a day-by-day thing; you HIT Wednesday! You get into your 80's and every day is a complete cycle; you HIT lunch; you TURN 4:30 ; you REACH bedtime. And it doesn't end there Into the 90s, you start going backwards; 'I Was JUST 92.'

Then a strange thing happens. If you make it over 100, you become a little kid again. 'I'm 100 and a half!'

May you all make it to a healthy 100 and a half!!

HOW TO STAY YOUNG

1. Throw out nonessential numbers. This includes age, weight and height. Let the doctors worry about them. That is why you pay 'them'

2. Keep only cheerful friends. The grouches pull you down.

3. Keep learning. Learn more about the computer, crafts, gardening, whatever. Never let the brain idle. 'An idle mind is the devil's workshop.' And the devil's name is Alzheimer's.

4. Enjoy the simple things.

5. Laugh often, long and loud. Laugh until you gasp for breath.

6. The tears happen. Endure, grieve, and move on. The only person, who is with us our entire life, is ourselves. Be ALIVE while you are alive.

7. Surround yourself with what you love , whether it's family, pets, keepsakes, music, plants, hobbies, whatever. Your home is your refuge.

8. Cherish your health: If it is good, preserve it. If it is unstable, improve it. If it is beyond what you can improve, get help.

9. Don't take guilt trips. Take a trip to the mall, even to the next county; to a foreign country but NOT to where the guilt is.

10. Tell the people you love that you love them, at every opportunity. AND ALWAYS REMEMBER :Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.

Monday, May 11, 2009

Demam & Selamat Hari Ibu

Salam petang Isnin. Pagi2 lagi dah masuk lab untuk sessi hands on dengan vendor.

Weekend... kebanyakan plan tinggal plan je la... tak dapat direalisasikan. Maklum la.. kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan. Alkisahnya.. sejak Khamis lagi.. axa terpaksa EL sebab mak ayah tak leh bangun due to demam yang agak teruk jugak. Letih sangat kut gi Langkawi. So.. kena la stay kat rumah, yer la.. kena tengok2 kan makan minum mak ayah + nak jaga aszra jugak. So.. Jumaat, mak dah kebah dah getting better.. tapi aszra lak yang dah start dedar. Pagi tu axa terpaksa ke ofis juga sebab ada meeting penting dengan SMEs.. Kul 12 lebih axa cabut balik sebab mak call, kata yang aszra makin panas. Ayah aszra plak meeting one whole day..pagi di Putrajaya dan petang di KL. Sib baik we all awal2 dan decide nak drive keta masing-masing. By the time axa sampai rumah.. axa pun dah mula rasa sakit tekak dan semacam je hidung ni. Gi klinik kat setia alam.. so doktor check dua2 kami. Balik rumah mak..makan ubat.. terus pengsan. Rupanya ubat tu mengantuk daaaaa.... malam baru bangun, ada cupcakes nak kena settle malam tu jugak. Sib baik adik pun balik.

Sabtu.. plan asal, nak gi deliver cupcakes.. bawak aszra gi sekolah dan petang ingatkan nak buat carrot cake sempena hari ibu. Semuanya musnah..huhuh.. pagi2 axa tak larat nak bangun. Aszra yang demam pun dah kebah dan semangat nak gi tumble tots. Finally ayah aszra buat semuanya. Dia la yang hantar cupcakes ke rumah kak Hasnita... bawak aszra gi tumble tots (tapi rupanya tak ada kelas sebab wesak day..heheheh), pastu gi hantar cupcakes lagi kat Hani. Axa yang kat rumah ni terlantar je.. then tersedar bila terasa muka sembab semacam. Rupanya muka axa dah bengkak coz tak tahan dengan ubat tu. Adeiiii.. pada hal dah bagi tahu doktor axa tak leh ambik any pain killer.. Tapi kat ubat tu tulis paracetamol.. takkan paracetamol pun tak leh ambik. Jenuh ni... Ayah aszra pulak..balik2 je terus makan ubat dan berselubung...sebab badan dia dah start panas. Habis semua tiga2 beranak demam. Beransur petang.. ayah aszra ajak lepak depan rumah ambik angin. Maklum la.. dah terbaring je dalam rumah. Yang aszra sibuk nak main bola..mentang2 la dah sihat.

Ahad.. demam dah kebah tapi masih sakit disana sini especially tekak. Pergi jugak jenguk wedding cousin axa kat Port Klang. Balik..sekali lagi terbaring. Cuaca panas betul la lately ni. Plan hari ibu pun habis begitu sahaja. Ingatkan nak keluar makan dengan mak ayah adik.... hadiah mak pun tak beli lagi... tapi yang penting axa dah dapat hadiah hari ibu lebih awal. Ayah aszra beli kan kat Langkawi hari tu... ni ha kat bawah ni. Heheeh... by the way selamat hari ibu untuk semua Ibu-Ibu dan bakal2 Ibu.. semoga kite semua akan jadi Ibu yang terbaik. Aszra siap nyanyi " Ohh Ibuuuu".

Wednesday, May 06, 2009

Buah Hati Pengarang Jantung


Salam petang Rabu. Tiba-tiba rasa nak bercerita tentang buah hati axa ni. Tengok gambar dia...buat hati ini rasa tak sabar nak balik. Sekarang ni dah masuk bulan Mei. Aszra... bakal menyambut hari lahirnya yang ke 3 tahun pada 28 Mei ni. InsyaAllah seperti tahun2 sebelum ni... akan ada birthday celebration untuk Aszra. Rasa macam kejap je masa berlalu. Macam tak percaya, baby yang keluar dari rahim axa yang beratnya 2.55 kg je.. sekarang dah besar panjang. Petah pulak bercakap sampai tak terlayan dengan semua pertanyaan. Now axa faham bila ingat iklan "burung apa" yang si bapa tanya banyak2 kali. Axa dan ayah aszra dan mula experience dah.... once Aszra mula bertanya... setiap jawapan yang kita bagi..dia akan jadikan soalan untuk soalan seterusnya. Sampai dia puas hati. At this stage...sangat penting untuk axa dan ayah aszra jawab semua pertanyaan. Atok dan Wan ckp aszra ni nak ikut mcm ibu.. suka bercakap. hehehehehh

Kadang-kadang kena dengar dia bercerita pulak.. atau dia akan mintak kita bercerita ikut buku2 yang ada kat rumah. Malam2 buta pun kena paksa ceritakan kisah snow white atau cinderella yang dia sendiri dah hafal pun. Actually... more on nak kan perhatian tu sebenarnya. Memang dari kecil lagi Aszra tak pernah tolak buku. Antara toys dan buku ...dia akan pilih buku. Hopefully minat dia terhadap buku ni kekal la sampai besar. Sometimes dia boleh habis kan masa sorang2 menghadap buku. Lagi satu hobby aszra..dia suka tengok CD yang we all beli berulang-ulang kali sampai dia akan hafal cerita tu. Latest CD yang dia dah nak hafal... Pinocchio. Dia boleh citer balik pulak tuh.

Bila tengok muka dia malam2 masa tengah tidur... axa rasa mcm tak percaya, dia dah besar. Letih mcm mana pun.. tengok wajah anak sendiri ni memang sangat menenangkan. Ibu Sayang Aszra tau! (aszra suka letak "tau" kat hujung ayat dia).

Tuesday, May 05, 2009

Cuti-Cuti ke Pulau Langkawi

Salam petang Selasa. Dah petang baru la leh mengadap blog ni. Masuk ofis je pagi tadi dah kena prepare untuk meeting. One whole day meeting... musim sibuk dah nak tiba. 300 cbt hours nak kena develop within 2 years.. hopefully vendor kali ni ok la. Senang sikit nak buat kerja..heheheh

Actually penat masih bersisa ni. Heheheh... baru balik dari Langkawi la.. Saja bawak family gi bercuti. Ni kan salah satu wishlist tahun 2009 ni. We all gerak ke Utara hari Khamis malam 30 april.. Jalan smooth je.. tak le jam.. gi dua kereta..maklumlah bila keluarga dah bertambah ni memang tak cukup la satu keta kan. Berhenti2 jugak la.. Finally sampai di Kuala Kedai kul 5.30 pagi. Elok park kereta.. terus ke jeti untuk beli tiket feri. Then.. dapat la tiket ke Langkawi kul 7.30 pagi. Punyer le ramai orang. Maklumlaaa... cuti panjang kan.


Sampai di Langkawi dalam kul 9 pagi. Terus call En Zakaria yang axa contact untuk kereta dan tempat tinggal. Alhamdulillah dapat sebiji van.. muat la untuk 7 orang kan.Terus ke tempat penginapan kami di Langkawi Village Stay kat Mukin Kedawang dekat dengan Pantai Chenang. Tempat ni kawan kat Mareld yang rekomen. Memang berbaloi la... konsep dia mcm rumah. Ada 2 bilik..siap aircond, dapur untuk masak.. ruang tamu.. complete la.. RM 150 satu malam. Tempat makan.. jalan kaki tak sampai 2 minit. Nak no contact leh la axa bagi nanti.

Lepas dah mandi2.. kami plan dan makan dan sementara kaum lelaki nak sembahyang jumaat ...kami gi padang matsirat kejap. Time tu la.. tiba2 ayah aszra dapat call.. one of his auntie (adik Ibu) yang kami panggil "Mama" meninggal dunia secara mengejut di Seremban. Tiba2 sesak nafas dan meninggal. Memang hilang terus mood nak tengok barang2 kat Padang Matsirat tu. Terfikir nak balik.. tapi walau balik petang tu jugak...sure tak dapat tengok jenazah sebab petang tu juga nak dikebumikan.. So kami decide teruskan je plan bercuti dan jenguk family arwah bila dah balik KL nanti.


So.. petang tu lepas lawat tapak beras terbakar.. pergi la kami ke tempat kereta kabel. Mula2 mak refuse nak naik sebab mak memang penakut. Tapi atas pujukan anak dan menantu... berjaya jugak mak sampai ke puncak. Memang sangat ngeri la... tinggi sungguh. Pastu naik lak jambatan gantung yang bila angin kuat je bergoyang2.... kabus pun agak tebal hari tu. Memang cantik pemandangan atas gunung machinchang tu. Lepas tu kami gerak ke Pantai PAsir Tengkorak.. memang target nak ke sana... 7 tahun yang lalu.. axa, adik dan ayah aszra pernah lepak mandi manda kat situ dengan kawan2 ofis. Air nya masih sangat jernih.

emak yang muka cuak naik kereta kabel hehehe
sampai pun kat puncak
pada ketinggian 710 meter atas paras laut
Kat jambatan berhayun.. cool je Aszra..kabus tebal masa ni

Pemandangan dari puncak Gunung Machinchang

Dua beranak sibuk main pasir kat pantai

Esoknya... tujuan utama ialah SHOPPING. Rupanya mak dan adik dah pasang niat nak membeli belah. Bawak ke Hj Ismail Group. Terkejut axa... mak angkut Corelle, Corning Ware.. adik pulak ambik Luminarc. Axa??...hehehe adalah membeli sikit2...huhuhuh.. Gi IdamanSuri pun sama.. angkut lagi pinggan mangkuk. Larat ke bawak naik ferri ni. heheheh. Lepas penat shopping gi singgah Telaga Air Hangat pulak.

dua beranak yang tak larat tunggu orang shopping


Celup kaki kat telaga air hangat


Aszra kata tu telaga untuk dia sebab kecik je...

Next day... pun shopping lagi. Kali ni shopping chocolate dan minyak gamat lak sebab dah nak balik. 2 malam je lepak langkawi. Tak banyak tempat sejarah yang kami pergi sebab dah pernah pergi kan... so memang objektif utama ialah shopping pinggan mangkuk. Mula2 datang ada 3 je beg luggage.. time balik.. sampai kat 8 beg yang nak di bawa..tambah lak dengan beg2 plastik lain lagi. Sebab tu la tak nak naik flight... takut lebih muatan. Jenuh jugak mengangkut barang2 tu naik ferri.. hhehehe.. even percutian ni pendek.. tapi seronok la jugak... especially mak yang senyum je dapat beli pinggan mangkuk idaman...axa pun seronok jugak sebab dapat hadiah hari ibu in advance....tima kasih ayah aszra...heheheheh


Pilih minyak gamat