Monday, April 27, 2009

Pengisian Masa dan Kehidupan yang Indah

Salam pagi Isnin... lama rasanya tak update blog ni.. blog CuppyBeez pun sama. Actullay dah seminggu lebih axa tak ada kat office. So.. lega betul..hari ni baru dapat bernafas kat ofis. Kerja yang melambak menanti... kena siapkan cepat2... sebab khamis ni nak cuti dah.... nak gi holiday ngan family...hoorayyyyyyyyyy.

Dengan Anis.. team bowling JPA tahun ni

Cam mana nak citer yer... begini ceritanya. Dua minggu lepas 16-17 April (Khamis, Jumaat), setelah dapat pelepasan.. axa sekali lagi terpilih untuk mewakili JPA untuk Kejohanan Bowling MAKSWIP peringkat Wilayah Persekutuan la, kat South City Plaza. Memang susah betul la main kat situ.. penat nak adjust. Kalau tahun lepas dapat no 12 dari[ada 136 peserta.. tahun ni... agak mendukacitakan.. first block axa teruk sangat. Second block je dah leh naik 170 ++. Tak apa..next year ada lagi.


Team bahas INTAN

Pastu last week... sejak hari rabu, axa berada kat JPA. Kena wakil INTAN ke Pertandingan Bahas JPA. huhuhuh... tak pasal2 nama naik... Timbalan Pengarah ICT ler yang bagi arahan. Ni semua gara2 axa jadi MC untuk beberapa majlis baru2 ni. Tapi alhamdulillah la... syukur dengan bakat yang Allah bagi kat axa.. memang berckp ni bidang axa. Ayah Aszra penah cakap yang axa ni salah bidang... patutnya ambik law kan...heheh.. So... axa bersama Rozaidatul dan Nasrullah.. berjuang la... dan berjaya sampai ke peringkat separuh Akhir. Thanks untuk rozaidatul dan Nasrul.. walaupun diaorg tu sekadar bidan terjun dan tak pernah bahas.. tapi sikap kesungguhan ingin mencuba tu sangat tinggi. Next year.. kite practice betul2 yer.. cuma nak improvekan u all nyer gaya dan intonasi je... hujah2 kite semua memang dah hebat!... heehhe.


Dengan noi.. before operation


Noi..after the surgery

Satu lagi.. sepanjang minggu lepas.. petang2 axa akan ke SJMC. Cousin axa Noi.. finally buat pembedahan untuk buang payudara sebelah kiri disebabkan oleh kanser payudara. Same age dengan axa.. one of my close cousin yang axa sayang sangat. Actually selama ni.. setiap 3 minggu axa akan ambik cuti sehari untuk bawak dia buat kimoterapi. Alhamdullilah.. kimo dah selesai.. dan pembedahan dah pun selesai.. semoga noi terus tabah untuk menghadapi kehidupan lepas ni..

Life axa lately ni.. memang sangat full... penuh dengan aktiviti yang alhamdulillah semuanya menggembirakan. Walaupun penat.. rasanya sangat puas bila kite dah berjaya lakukan. Kerja, aktiviti riadah.. keluarga + bisness kecik axa. MyCuppyBeez pulak.. alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Rezeki Allah nak bagi kan... ada je tempahan. Semua nya menuntut pengaturan masa yang teratur. Weekend.. pun penuh je.. Sabtu dah tentu half day akan habis kat Tumble Tots.. pastu kalau tak ada apa2.. gi swimming... atau buat gardening je. Ni dah 2 minggu berturut2 balik Seremban. Maklum la... in laws axa tak lama akan dapat ahli keluarga baru.....tungguuuuuuuu....

2 comments:

Nora said...

As, ko ni kalau tak aktif memang tak sah kan. Dulu kat U, ni kat tempat kerja pulak. Pantun tak ada ke? Lama aku tak dengor ko berpantun

as a.k.a axa87 said...

woit.. huhuhu.. hidup kena la aktif baru la best. Saja je nak test market gomen. heheh . Kite menunggu jugak pantun ni. Jeles kat sorang budak kat kementerian pelajaran (ex-pemantun UTM) sibuk ajak kite lawan..hehehe.