Wednesday, January 28, 2009

Jalan-Jalan ke Zoo Negara

Salam Pagi Rabu... seronok betul cuti direct sempena tahun baru cina ni kan.. hari ni mcm malas je nak gikerja. Tapi seperti yang dijangka...jalan tak jem langsung. Keluar umah kul 7.15 pagi.. sampai ofis kul 7.40 tuh.. tak sampai setengah jam dah sampai..selalunya at least i hour baru sampai ofis...

Ok la... cuti tahun baru cina.. isnin tu duduk lepak kat umah jer.. kemas2 rumah dan spent time dengan keluarga KAMI yang kecik ni. Axa memasak complete meal.. start dari berakfast.. makan tengah hari.. minum petang dan makan malam. Belah petang bawak aszra gi park.. pastu malam leh pergi Tesco.. masa memang dipenuhi dengan aktiviti kekeluargaan je.

Aszra dan Ayah depan Zoo Negara

Selasa semalam... family axa dan family Ucu ke ZOO NEGARA. After 18 tahun... baru lah axa jejak balik ke Zoo Negara ni. Selalu lalu je.. so bila dah ada anak yang semakin bijak pandai ni.. kenalah bawak dia ke Zoo. We all sampai sana kul 9.30 pagi.. entrance fee.. dewasa RM 15, warga emas atas 60 tahun RM 6, kanak2 below 3 percuma. So.. mula2 tengok zirafah.. kat sini je aszra dah sebut "move it-move it".. dia kenal sebab tengok madagascar. Pastu favourite binatang dia... gajah...Aszra panggil "Efen"..siap buat bunyi lagi.. mcm terpaku la aszra tengok gajah tu.. yer la..semalam ni tengok kat TV dan dalam buku je.. sekarang ni tengok live.. mcm2 binatang la yang kami tengok... Antara yang menarik, ular sawa batik.. yang besar dan panjang.. pastu kura2 ke dua terbesar di dunia. Mula2 ingatkan batu... rupanya kura2 tuh..

Kami sempat juga tengok Multi Animal Show.. ada aksi burung kakak tua naik kan bendera, pastu dia main basket ball. Yang paling best aksi dua anjing laut.. pandai lak melompat masuk dalam gelung dan pandai ikut kata tuan dia.

Pastu kami jalan lagi.. tengok beruang.. macam2 la.. dan last sekali tengok Orang Utan.. punyer la jauh nak menapak. Orang Utan tu dah kenyang agak nyer.. bila orang2 baling pisang ..dia buat tak tahu je.. bosan kot makan pisang. Penat betul jalan2 dalam zoo tu.. Kul 2.30 petang baru kami keluar. Kira dapat cover semua binatang la... ni kaki masih lenguh2.. tapi apa2 pun memang seronok. Especially bila tengok Aszra dan Sofia seronok tengok bintang2 ni secara live...

KAMI @ Zoo Negara

" Tinggiiiiiiiiii Move It-Move It tu.." Kata Aszra.. ni terngaruh citer Madagascar


King of The Jungle.. posing baik punyer

Ada hati dah gambor ngan Singa tuh....

Ayah Aszra bagi Gajah Makan

Aszra bergambar denfan feveret animal dia..

Bapak singa dan dua anak singa

Tengok Monkey See Monkey Doo

Aszra, Acu, PakCu dan Hipo

Ular Sawa Batik. scary lerr

Ibu dengan Harimau.... Auummmmmmm

Harimau ni pandai berenang

Aszra dan Sofia kat Ape Center
Gambar2 lain dalam Facebook...hehehe

No comments: