Monday, January 19, 2009

Good Luck

Salam pagi Isnin... hari ni 19 Januari 2009, hari bersejarah untuk Ayah Aszra. Hari ni merupakan hari pertama Ayah Aszra memulakan kerjaya baru di tempat baru. Alhamdulillah... rezeki awal tahun... Jumaat lepas.. last day ayah Aszra di ofis lama dia. Masa drive balik tu.. nampak la wajah dia agak sayu. Axa pun macam tersedih jugak la. Yer la.. after hampir 9 tahun dengan kawan2 dia.. sama2 dari bujang2 belaka, sampai dah beranak pinak, mcm satu keluarga dah. Boleh dikatakan axa kenal hampir semua kawan-kawan satu department dia. Ayah Aszra memulakan kerjaya di ofis lama dia..since after grad..tahun 2000. Masa tu kat Bangi. Pastu year 2003 pindah ke Bukit Damansara. Memang ayah Aszra loyal dengan company dia ni... Cuma, ayah aszra rasa dah sampai masanya untuk dia mencuba sesuatu yang baru. Selain dari better pay, ayah aszra juga cari peluang untuk mengembangkan kerjaya dia... so.. selepas 9 tahun, ayah aszra pergi interview yang ke 2 dalam sejarah kerjayanya. Alhamdulillah... rezeki interview di hari annivesary kami yang ke 4 hari tu.


So, good luck untuk ayah aszra.. dari kite dan aszra. Semoga success.. dan jadi pekerja yang baik dan cemerlang...ehheheheh

Ayah Aszra masa jamuan perpisahan anjuran kawan2 dia.. siap kena pakai new tie yang dihadiahkan oleh kawan2 di NTI.

No comments: