Friday, January 30, 2009

MyCuppyBeez

Salam.. just nak update gambar cupcakes. Lately ni axa jarang update pasal cupcakes.. sebab nya axa selalu lupa nak ambik gambar. Kadang2 bateri kamera lak kong. So.. ni adalah gambar cupcakes minggu lepas. Sib baik kak Suhaida ada snap gambar cuppies tu..

ni utk twin kak Su yang sambut 3rd Birtrhday..
Ni utk Kak Su hantar ke nursery anak dia

Ni Fiza dan Alfian nyer majlis merisik.. awal bulan January hari tu

Wednesday, January 28, 2009

Jalan-Jalan ke Zoo Negara

Salam Pagi Rabu... seronok betul cuti direct sempena tahun baru cina ni kan.. hari ni mcm malas je nak gikerja. Tapi seperti yang dijangka...jalan tak jem langsung. Keluar umah kul 7.15 pagi.. sampai ofis kul 7.40 tuh.. tak sampai setengah jam dah sampai..selalunya at least i hour baru sampai ofis...

Ok la... cuti tahun baru cina.. isnin tu duduk lepak kat umah jer.. kemas2 rumah dan spent time dengan keluarga KAMI yang kecik ni. Axa memasak complete meal.. start dari berakfast.. makan tengah hari.. minum petang dan makan malam. Belah petang bawak aszra gi park.. pastu malam leh pergi Tesco.. masa memang dipenuhi dengan aktiviti kekeluargaan je.

Aszra dan Ayah depan Zoo Negara

Selasa semalam... family axa dan family Ucu ke ZOO NEGARA. After 18 tahun... baru lah axa jejak balik ke Zoo Negara ni. Selalu lalu je.. so bila dah ada anak yang semakin bijak pandai ni.. kenalah bawak dia ke Zoo. We all sampai sana kul 9.30 pagi.. entrance fee.. dewasa RM 15, warga emas atas 60 tahun RM 6, kanak2 below 3 percuma. So.. mula2 tengok zirafah.. kat sini je aszra dah sebut "move it-move it".. dia kenal sebab tengok madagascar. Pastu favourite binatang dia... gajah...Aszra panggil "Efen"..siap buat bunyi lagi.. mcm terpaku la aszra tengok gajah tu.. yer la..semalam ni tengok kat TV dan dalam buku je.. sekarang ni tengok live.. mcm2 binatang la yang kami tengok... Antara yang menarik, ular sawa batik.. yang besar dan panjang.. pastu kura2 ke dua terbesar di dunia. Mula2 ingatkan batu... rupanya kura2 tuh..

Kami sempat juga tengok Multi Animal Show.. ada aksi burung kakak tua naik kan bendera, pastu dia main basket ball. Yang paling best aksi dua anjing laut.. pandai lak melompat masuk dalam gelung dan pandai ikut kata tuan dia.

Pastu kami jalan lagi.. tengok beruang.. macam2 la.. dan last sekali tengok Orang Utan.. punyer la jauh nak menapak. Orang Utan tu dah kenyang agak nyer.. bila orang2 baling pisang ..dia buat tak tahu je.. bosan kot makan pisang. Penat betul jalan2 dalam zoo tu.. Kul 2.30 petang baru kami keluar. Kira dapat cover semua binatang la... ni kaki masih lenguh2.. tapi apa2 pun memang seronok. Especially bila tengok Aszra dan Sofia seronok tengok bintang2 ni secara live...

KAMI @ Zoo Negara

" Tinggiiiiiiiiii Move It-Move It tu.." Kata Aszra.. ni terngaruh citer Madagascar


King of The Jungle.. posing baik punyer

Ada hati dah gambor ngan Singa tuh....

Ayah Aszra bagi Gajah Makan

Aszra bergambar denfan feveret animal dia..

Bapak singa dan dua anak singa

Tengok Monkey See Monkey Doo

Aszra, Acu, PakCu dan Hipo

Ular Sawa Batik. scary lerr

Ibu dengan Harimau.... Auummmmmmm

Harimau ni pandai berenang

Aszra dan Sofia kat Ape Center
Gambar2 lain dalam Facebook...hehehe

Wednesday, January 21, 2009

Sepetang di Taman Pra Sejarah

Jumaat lepas.. sementara bagi peluang ayah Aszra lepak ngan kawan2 ofis dia buat kali terakhir.. axa terfikir bawak aszra gi Taman Pra Sejarah kat Pusat Sains Negara kat bukit Damansara ni.. Seperti yang dijangka...Aszra memang excited la.. Seronok dia tengok dinasour2 tu, eventhough semua tu patung je


Ni dinasour karnivor.. lupa lak nak catat nama dia

Gajah zaman purba..belalai dia pendek

Ni Diplodocus nama dia.. replika ni adalah 1/3 daripada saiz sebenarnya.. bayangkan..punyer la besar


Ibu ngan Aszra

Aszra kata dia tengah menyorok sebab dinasour tu tengah cari dia...

Monday, January 19, 2009

Good Luck

Salam pagi Isnin... hari ni 19 Januari 2009, hari bersejarah untuk Ayah Aszra. Hari ni merupakan hari pertama Ayah Aszra memulakan kerjaya baru di tempat baru. Alhamdulillah... rezeki awal tahun... Jumaat lepas.. last day ayah Aszra di ofis lama dia. Masa drive balik tu.. nampak la wajah dia agak sayu. Axa pun macam tersedih jugak la. Yer la.. after hampir 9 tahun dengan kawan2 dia.. sama2 dari bujang2 belaka, sampai dah beranak pinak, mcm satu keluarga dah. Boleh dikatakan axa kenal hampir semua kawan-kawan satu department dia. Ayah Aszra memulakan kerjaya di ofis lama dia..since after grad..tahun 2000. Masa tu kat Bangi. Pastu year 2003 pindah ke Bukit Damansara. Memang ayah Aszra loyal dengan company dia ni... Cuma, ayah aszra rasa dah sampai masanya untuk dia mencuba sesuatu yang baru. Selain dari better pay, ayah aszra juga cari peluang untuk mengembangkan kerjaya dia... so.. selepas 9 tahun, ayah aszra pergi interview yang ke 2 dalam sejarah kerjayanya. Alhamdulillah... rezeki interview di hari annivesary kami yang ke 4 hari tu.


So, good luck untuk ayah aszra.. dari kite dan aszra. Semoga success.. dan jadi pekerja yang baik dan cemerlang...ehheheheh

Ayah Aszra masa jamuan perpisahan anjuran kawan2 dia.. siap kena pakai new tie yang dihadiahkan oleh kawan2 di NTI.

Monday, January 12, 2009

Green Weekend


Pemandangan dari tingkat bilik axa.. hijau jer...

Salam petang Isnin.. hujan la pulak petang2 kat Bukit Kiara ni. Sure jam nak balik ni.. adusss.. sambil2 buat kerja ni..update sikit blog ni...
Sabtu lepas.. Ibu Mertua dan Ayah Mertua axa datang ke rumah KAMI. The best part is.. misi hari tu adalah misi hijauuu... Ibu belikan axa pasu2 bunga dan bawak 2 jenis pokok untuk ditanam di rumah axa. Semuanya pokok2 hijau. Actually axa dah ada pokok money plant.. yang dah menjalar2.. axa beli kat IKEA kecik je masa tuh.. sekarang ni dah besar. So.. Ibu tambahkan axa pokok hhmmm.. axa tak tahu namanya.. tapi orang cina kata ada 'ong' dan pokok ekor kucing. Pastu pokok sekundangan pulak ayah pindahkan ke pasu baru yang sangat cantik (lupa nak snap gambar pokok sekundangan ni). Axa memang minat pokok2.. memang niat di hati oleh kerana rumah KAMI ni bentuk Semi D dan ada tanah 10 kaki disebelah kiri.. so memang nak la bergarden2 sikit. Mcm impian awal tahun 2009 axa kan.. nak buat pergola kat garden axa ni. Sikit2 la kan.. sekarang ni ada pokok2 yang axa dah gantung sangkut kat tiang rumah.. so.. berseri la sikit.. ada warna2 hijau ni..


Pokok money plant yang dah menjalar

Pokok yg Ayah tanam.. tak tahu nama pokok ni...

Pokok ni pun dah berjuntai2 banyak.. sesaper nak anak pokok ni..bagi tau je la...
Ahad pulak pergi ke Pasar Tani Stadium Shah Alam.. ada orang gelar pasar ni "pasar karat" sebab asalnya dulu banyak org jual barang2 lama kat sini.. ala2 car boot sale.. tapi sekarang dah official jadi pasar tani + jual mcm2 keperluan.. Actually, sekarang ni almost every weekend axa ke sana.. beli sayur.. ikan, ayam.. keperluan untuk seminggu. So sekarang ..masak everyday.. tak payah gi Tesco tiap2 hari. Barang2 nak masak semua dah ada dlm peti sejuk.. seronok, umah sendiri, masa sendiri.. ada masa utk keluarga.. my life complete dah.. Alhamdulillah..

Monday, January 05, 2009

Oooo Si Jantung Hati


Salam pagi Isnin.. hari ni kesesakan jalan raya dah mula.. maklumlah.. bebudak dah habis cuti sekolah. Sibuk la mak bapak hantar anak gi sekolah kan.. dengar kat radio pagi tadi.. mcm2 kerenah bebudak ni gi sekolah especially masuk darjah satu. Nanti time aszra tak tahu la mcm mana.. silap2 axa yang berdebar sangat..heheh

Ok la.. actually lama dah tak buat entry si jantuh hati kami, Aszra. Dalam usianya yang dah meningkat 2 tahun 8 bulan ni, mcm2 perkembangan yang menggalakkan yang axa dapat tengok. Sometimes mcm tak percaya, dulu kecik je sekarang dah tinggi, petah bercakap pulak tu. Untuk pengetahuan, sekarang ni aszra obses dengan character Cinderella la pulak.. aduuhhh.. actually beberapa bulan yang lepas axa ada beli buku fairy tales. Citer yang dia paling minat memang Cinderella. Dia siap dah pandai citerkan balik pasal cinderella yang kena sapu sampah.. baju koyak2..pastu hilang kasut dan finally kawin. Sekarang ni.. kalau tengok iklan Disney On Ice -Princess Wishes tu.. memang la lagi dia kenal.. Baru ni beli body mist utk dia pun yang Cinderella nyer theme jugak. Yang terbaru, semalam... dia duk berkenan selipar Disney Cinderella kat Jusco Seremban 2. Aduhhh... nak tak nak belikan la.. siap ckp "tima kasih ayah". Cair je hati ayah aszra dengar bila dia ckp macam tu. So semalam..asyik pakai selipar baru tu je..sampai tertidur2 tak nak tanggal selipar Cinderella tu. Pastu masa on the way hantar dia gi umah mak.. dia ckp kat axa "ibu, nanti kite beli baju cinderella ye".. aduss.. dah agak dah... bila dah dapat selipar sure nak baju pulak.. tak apa.. tunggu birthday party aszra nanti ibu buat theme party princess ok.. aszra pakai gaun mcm Cinderella....

Kejap kan Aszra dah besar. Masa dia umur setahun lebih, dia suka layan Barney, Thomas, Pocoyo, Mickey Mouse.. sekarang dah layan girly2 nyer character pulak. Tak apa la.. lagi pun dia perempuan kan. Suka tengok dia membesar. Mudah-mudahan Aszra jadi anak yang cerdik, bijak dan solehah..InsyaAllah..

Dah pandai posing2 bila ambik gambar...

Feveret baju dia.. pink color

Selipar Disney Princess - Cinderella

Ni kain cadar dan langsir pilihan Tok Wan yang sangat cantik untuk bilik Aszra. English Cotton.

Friday, January 02, 2009

Cerita Malam Tahun Baru

Salam pagi Jumaat.. hari ke 2 di tahun baru. Jalan agak lengang. Axa dan ayah aszra kerja hari ni.. bagi peluang orang lain cuti kan... just nak share some story & pics during tahun baru hari tuh..

Untuk tahun baru kali ni.. we decided to have dinner kat luar. Plan asal..nak bawak la si Aszra tengok bunga api. So..dalam kul 9 lebih we all gerak dari rumah. Destinasi dinner mulanya nak gi MamaChop PapaGrill kat Terminal 3 Subang. Sampai sana tutup la pulak... so terus menghala ke Kg Melayu Subang.. teringat kat situ ada Big Plate. So..singgah la kat Big Plate tu..first time makan situ. Pernah dengar org review..katanya pinggan nya besar dan portion makanannya pun sangat besar sampai satu pinggan leh kongsi 2 orang..hmm tapi bila order tengok.. kecik je.. axa order chicken grill dan ayah aszra makan rib-eye steak. Maybe sejak ekonomi merudum..dioarg kena kecikkan portion makanan tu kot...may be la..

Minum together2 ngan Ibu

Chicken Grill with Banana, Starfuit and Apple

Rib-Eye Steak

Aszra makan Corn & Chips je..

Ok.. lepas makan kami gerak ke Shah Alam.. tengok ramai sangat orang duk berkumpul kat padang sebelah Muzium.. kami pun mcm nak join la... dpt parking..terus lepak jugak kat padang. Masa tulagi 10 minit nak tahun baru... so..lepak la kejap. Tengok jam kul 12.. semua orang bangun.. it seems like semua pandang ke langit.. nak tengok bunga api..siap ada yang dah ready dengan DSLR diorang. Tunggu punye tunggu... dah kul 12.01 minit.. tak ada pun bunga api.. pelik betul.. 12.05 semua orang bergerak balik..rupanya memang tak ada apa2 sambutan kat Shah Alam tuh....adeehhhhhhhhhhhhhh.... penatnya gi situ. Dengan jalan yang agak jem.. pelik la.. MBSA dan Polis siap tutup jalan.. pastu menjaga kesesakan lalu lintas..mcm konon2 nya ada sambutan... tertipu semua orang. So.. balik je la.. sian Aszra..nak tengok bunga api tapi tak tercapai. Tak apa.. nanti kite main bunga api kat umah Wan.. ada balance raya hari tu...


Duduk kat padang

Frust tak ada bunga api..