Thursday, November 29, 2007

Selamat Hari Lahir Emak

A'kum...

Salam di pagi Khamis. Hari ni birthday emak yang ke 61. Selamat hari jadi Mak. Genap pukul 12 malam tadi, kami dah wish birthday kat emak. Dan semalam kami dah pun gi makan2 sempena hari jadi mak kat Restoran Asiarie di SACC Mall. (adik yang suggest tempat ni). Not bad tempat ni.. makanan Asia..Mak memang tak makan western so..kena cari ikut selera mak. Hopefully mak suka.. this weekend axa plan nak buat cupcake untuk mak pulak...insyaAllah.

So..mak, semoga mak panjang umur dan diberi kesihatan yang baik. Alhamdulillah...setakat umur 61 ni mak tak menghidap apa2 penyakit yang kronik. Mak hanya ada darah tinggi dan regularly check up kat klinik. Terima kasih mak.. sebab jaga dan asuh Aszra dengan baik sekali, since hari pertama dia dilahirkan. Ramai yang ckp, axa tak patut bagi mak yang jaga Aszra..takut nanti Aszra lebih rapat dengan mak... tapi axa tak pernah nak hirau apa org kata.. bagi axa...selagi mak ada, axa akan buat apa saja yang mengembira kan mak. Axa yakin...mak tahu nak mendidik Aszra untuk jadi anak yang baik untuk axa, mcm mana mak didik axa dulu. Axa tak pernah risau semua tu...


Emak... word yang kite takkan boleh gantikan dengan siapa2 pun kat dunia ni. Axa juga seorang emak.. dan axa mula faham perasaan mak. Kadang2 axa selalu fikir, mampu ke axa jadi seorang emak yang baik sehebat mak axa.. Yang sejak axa kecil lagi.. makan minum kami anak beranak tak pernah terabai.. mak bangun seawal 4.30 pagi untuk siapkan sarapan. Tak pernah lagi berlaku dalam hidup axa...axa keluar rumah (gi sekolah/kerja) tanpa sarapan. Sekurang2nya roti yang siap disapu dengan kaya/butter... even pagi ni... seawal 6.20 pagi, axa bersarapan nasi goreng dengan kentang.(Mak bangun pukul berapa?)


"Emak.. Ida sayang emak sangat sangat sangat (sayang ayah jugak).. ampunkan dosa2 ida, halalkan susu dan makan minum ida.. doakan ida agar jadi seorang isteri dan ibu yang baik macam mak. InsyaAllah."

No comments: