Tuesday, November 06, 2007

Satu Hari di Hari Raya


A'kum... salam di petang Selasa. Penat sungguh rasanya hari ni. Hari ni..Bahagian Teknologi Maklumat, ICU JPM buat Majlis Satu Hari di Hari Raya. Meriah sungguh. Setiap seksyen perlu menyediakan juadah dan gerai masing2. Siap ada pertandingan gerau tercantik tu. Gerai seksyen axa diberi nama, Laksam Sesuci Lebaran - Ais Krim Sabarlah Sayang. Ikut tema ala2 muzikal hari raya la... Tapi tak menang pun..apa2 pun thanks untuk semua staff di Seksyen Pentadbiran yang sama2 menghias dan menguruskan gerai. Yang nyata Laksam kak Mazlia tu memang sangat sedap.


Axa di tugaskan menjadi pengerusi majlis, berpasangan dengan Abdullah. Kami pakai baju kurung dan melayu sedondon biru. Alhamdulillah semua nya berjalan dengan baik.

No comments: