Monday, November 05, 2007

My Best Friend Wedding


a'kum..salam pagi Isnin. Letih je rasa...dua hari cuti, penuh dengan aktiviti. Sabtu, lepas makan tengah hari..kami ke Cavenzi..menyelesaikan apa2 yang patut.. he he he. Pastu gi Carefour Subang pulak.. dari situ terus ke Glenmarie, sale Revlon dan Silky Girl. Seronok betul la..tengok barang2 Revlon murah2...thanks kak Aida sebab bagitahu. Dapat la jugak beli 2 lipstik, mascara + eyeshadow.. dengan harga 35 semuanya. Murah sungguh... sabar je la axa bila tengok foundation Silky Girl yang axa beli last week yg harganya RM 36, turun jadi RM 15. Kalau tahu ada sale cam gini...sure axa tunggu. Memang berbaloi.


Ok la.. Ahad. Seawal pukul 7 axa, ayah aszra, aszra dan adik dah bersiap nak ke Kuantan. Kami dah janji dengan Wayi + Hajar untuk ke majlis perkahwinan Afat(evildead), best friend axa. Kenduri ni sebelah perempuan. Sebelah afat akan buat di Bidor 10/11 ni. So..ni kenduri sebelah Afzan la. Actually Afat dan Afzan tak tahu pun yang kami akan datang. Ni kira surprise la untuk pengantin. Alhamdulillah... Afat dan Afzan telah selamat di ijab kabul kan pada pukul 9 pagi. Kami sampai pukul 12. Dan pukul 1 pengantin lelaki pun sampai. Terkejut jugak la jugak Afat tengok kewujudan kami. Lepas tengok majlis sanding...dan ambik2 gambar, kami bergerak balik. Sampai KL pukul 4.30.. lepas tu kami bergerak ke Seksyen 18 Shah Alam, gi open house Wak Nin..ni sifoo bowling axa. Then.. dalam kul 8 jugak la sampai rumah. Penat sungguh dan terasa jauh perjalanan semalam.

Bergambar dengan Afzan sebelum ketibaan Afat

Pengantin baru sedang berarak


Bersama geng2 MalaysianBowlers.com


Just nak wish.. Selamat Pengantin Baru buat sahabat baik axa Rauf Arafat Mohd Arshad dengan pasangannya Nurul Afzan Aini Mat Toni. Semoga bahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

1 comment:

Anonymous said...

hi Axa....
thanx sebab postedkan gambar EVD's wedding photo....buat tatapan frens yg tak dpt hadir...
S P B buat 'AFAT n AFZAN'...
nama pun matching kan? :) :) :)